CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19932|Reply: 101

[Tempatan] Starting gaji tinggi utk lulusan Master, PhD

[Copy link]
Post time 9-12-2013 04:18 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menetapkan gaji permulaan yang lebih tinggi sebagai insentif untuk penjawat awam yang mempunyai kelayakan akademik Doktor Falsafah (PhD) dan Sarjana meliputi 33 skim perkhidmatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, 33 skim perkhidmatan gaji tersebut termasuk pensyarah universiti, pegawai teknologi maklumat, pegawai penyelidikan, akauntan, pegawai kanan polis serta pegawai tadbir dan diplomatik.



Bagi pegawai yang sedang berkhidmat dan masih berada di gred lantikan, dan kemudiannya memperoleh kelulusan akademik tersebut, beliau berkata kerajaan akan turut menawarkan insentif hadiah kenaikan gaji (HKG).


"Ini adalah khusus bagi skim-skim perkhidmatan seperti pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai perkhidmatan pendidikan lepasan diploma," katanya kepada soalan Senator Baharudin Abu Bakar pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Teks jawapan Najib dibaca oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berhubung soalan mengenai langkah pemberian insentif khas kerajaan kepada penjawat awam yang mempunyai kelulusan akademik di peringkat PhD dalam bidang-bidang kritikal kepada pembangunan negara.

Selain itu, Najib berkata Lembaga Kenaikan Pangkat akan menimbang pegawai yang layak bagi urusan kenaikan pangkat berdasarkan sistem merit.

"Pegawai yang mempunyai PhD mendapat kelebihan dalam proses pertimbangan ke sesuatu jawatan kenaikan pangkat.
"Sebagai contoh, bagi pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah di Kementerian Pendidikan Malaysia, pegawai dinaikkan pangkat melalui Laluan Cemerlang yang mengambil kira kelayakan akademik termasuk PhD dan pengalaman yang dimiliki," katanya.

Najib berkata wajaran yang akan pegawai penilai berikan ialah 15 peratus daripada keseluruhan kriteria kecemerlangan. - BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2013 04:21 PM | Show all posts
tetap ader ptd.. xcukup2 lagi ngan post korg bolot kat semua high level.. kijer pon bukan pandai sgt.. kalo pandai xder la menteri2 kuor statemnt bimboo..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Im speechless
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 04:28 PM | Show all posts
yang buat dasar2 ni pun dah memang PTD..
nak buat mcm mana, dah tentu dia org akan dpt lebih punya..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 04:45 PM | Show all posts
kat co aku pun gaji master holder ngan degree holder lain cket walaupun post sama-exec
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 04:45 PM | Show all posts
Sori me x berapa faham. Guru pppsiswazah yg ada master pun termasuk sama x? Klu iye syukur,
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-12-2013 05:07 PM | Show all posts
pusing2 org yg sama gak...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
nnt kuar la list2 skim yg terlibat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2013 05:11 PM | Show all posts
I sedang sambunng master. Adakah i juga akan mendapat kelebihan itu? Tapi i kerja dgn universiti skarang ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 05:13 PM | Show all posts
keje swasta macam mana plak weiiiii?

nak jugakkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
teky posted on 9-12-2013 04:21 PM
tetap ader ptd.. xcukup2 lagi ngan post korg bolot kat semua high level.. kijer pon bukan pandai sgt ...

Aku setuju.

Hazab ja PTD yang bukan setat kerja dari bawah tiba2 dok post tinggi nih.

Bukan faham apa pun. Banyak cakap jah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku nak sambung master tapi tak minat master pendidikan. Nak ambik master kaunseling.

Tapi kalau ambik master tadak kaitan dengan bidang, tak pasti dapat ka tidak laluan cemerlang ni (cemerlang lar sangat).
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 05:19 PM | Show all posts
Harap2 betul la...dpt naik gj lg....
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 05:22 PM | Show all posts
so.. berapa gajinye?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahh bestnya...aku pun teringin nak sambung má§tér lamà dah tapi tak tersambung sbb dah letih kerja dan jaga anak2
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 07:52 PM | Show all posts
Tah tgok2 satu tangga je... Hahah mkin ramai yg nak sambung blaja nnti... Bagus la dlu sape yg ader kelaykan or tghbstudy xder membri kelebihan...

Lani for sure ramai yg nak smbung blja sbb dpt gji lebih.. Pluang nak dpt tajaan pun sengit nnti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2013 08:07 PM | Show all posts
What looks good on paper tak semestinye bagus in reality ....
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 08:07 PM | Show all posts
teky posted on 9-12-2013 04:21 PM
tetap ader ptd.. xcukup2 lagi ngan post korg bolot kat semua high level.. kijer pon bukan pandai sgt ...

ye betul, kakitangan sokongan mmg bijak, sama bijak dengan statement ko ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg sy tau skrg..kalo mcm officer IT yg dah daabis smbg master semasa tgh kerja mmg akan dpt satu pergerakan gjj..so kire diorg applyutk skim yg laen jgk?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 08:13 PM | Show all posts
taun depan baru abis master...urmm...agak2 bole dapat ke tak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:22 AM GMT+8 , Processed in 0.072584 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list