CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4643|Reply: 44

[Tempatan] kemalangan berlaku di jln mukah selangau swk

[Copy link]
Post time 1-12-2013 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
DUNIA ITU

HomeGambar-Gambar Pilihan▼

November 30, 2013

Pangku sampai ajal

MAYAT mangsa tersepit mengambil masa sejam untuk dikeluarkan.KEADAAN kenderaan dan mayat di lokasi kejadian.Keadaan mayat yang masih tersepit dalam kereta Perodua Kancil yang bertembung dengan sebuah pikap dalam kemalangan di Kilometer 14 Jalan Mukah - Selangau dekat Mukah, Sarawak, semalam.Mukah: “Sebaik tiba di tempat kejadian, kami melihat mayat seorang kanak-kanak masih dalam pangkuan ibunya,” kata pekerja ladang, Sallim Mukrime, 43, ketika menceritakan kemalangan ngeri yang mengorbankan enam orang termasuk lima beranak di Kilometer 14, Jalan Mukah-Selangau, berhampiran Ladang Mukah 1 di sini, semalam.Kemalangan dipercayai berlaku pada jam 3 petang itu menyebabkan Perodua Kancil dinaiki enam sekeluarga bertembung Toyota Hilux mengakibatkan lima daripadanya maut di tempat kejadian manakala seorang lagi kritikal.Kejadian itu juga menyaksikan seorang penumpang kenderaan pacuan empat roda yang dikenali Wong Tai Yen, 27, maut dan tercampak keluar ke bahu jalan.Menurut Sallim, sebelum kejadian dia bersama rakan berada di ladang terbabit sebelum dikejutkan bunyi dentuman kuat dari arah jalan raya dan bergegas keluar menyiasat apa yang sebenarnya berlaku.“Apabila tiba ke tempat kejadian, saya terkejut melihat lima orang tersepit dalam kereta manakala seorang lagi telentang di bahu jalan dipercayai tercampak akibat kemalangan itu.“Kami panik dan tidak tahu apa perlu dilakukan. Seorang rakan berusaha mendapatkan bantuan pengguna jalan raya yang kebetulan melalui kawasan ini sebelum menghubungi bomba dan polis,” katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Omar Bakhtiar Yaakub berkata, seorang mangsa terbunuh dikenali sebagai Mohd Hisyam Abdullah, 40, yang memandu Perodua Kancil manakala anak perempuannya, Nor Syafidah, 14, kritikal dan dirawat di Hospital Sibu.Beliau berkata, setakat ini, identiti empat lagi mangsa dipercayai anak dan isteri kepada Mohd Hisyam masih belum diketahui.“Tiga penumpang Hilux yang parah pemandunya, Wong Kim Kui, 48, abang kepada Tai Yen, Wong Tai Hing, 28, serta bapanya Wong Kheng Ki, 57. Tai Hing yang parah kemudian dikejarkan ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut.“Kemalangan berlaku apabila Perodua Kancil dinaiki enam beranak dalam perjalanan dari Selangau ke Mukah bertembung Hilux menuju ke Selangau. Namun, sehingga kini polis masih belum dapat mengesahkan punca sebenar kemalangan berlaku.“Keenam-enam mangsa terbunuh di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan. Kami masih menjalankan siasatan termasuk mendapatkan keterangan saksi kejadian.“Semua mayat dibawa ke Hospital Mukah untuk bedah siasat.” katanya.Dalam pada itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Mukah ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.20 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.“Anggota kami mengambil masa lebih sejam untuk mengeluarkan semua mangsa tersepit dalam kenderaan remuk itu,” katanya.myMetro 30 Nov 20136 maut seorang parah 2 kenderaan bertembungMUKAH 29 Nov. - Enam maut manakala seorang lagi parah dalam nahas melibatkan pertembungan sebuah kereta dan sebuah trak pikap di Kilometer 14, Jalan Mukah-Selangau dekat sini hari ini.Dalam kejadian pukul 3 petang itu, empat penumpang dan pemandu kereta Perodua Kancil meninggal dunia manakala seorang lagi remaja perempuan berusia 14 tahun cedera parah dan dilaporkan kritikal.Turut terkorban seorang lelaki dewasa yang merupakan penumpang bahagian belakang trak pikap jenis Toyota Hilux.Kesemua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, ketika kejadian, pemandu kereta itu, Mohd. Hisham Abdullah, 40, dari Kampung Briut-Daro di sini dan keluarganya dalam perjalanan dari Sibu ke Mukah sebelum kenderaan tersebut bertembung dengan trak pikap berkenaan setibanya di situ."Akibat rempuhan kuat itu, pemandunya dan lima penumpang dalam kereta tersebut tersepit," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.Omar Bakhtiar berkata, kesemua mayat dihantar ke Hospital Mukah untuk bedah siasat manakala seorang mangsa yang kritikal dikejarkan ke Hospital Sibu."Polis sedang berusaha mendapatkan butiran kesemua mangsa yang terlibat dalam kemalangan ini dan punca kejadian masih dalam siasatan."Polis dengan kekuatan anggota seramai 10 orang dan beberapa anggota bomba mengambil masa hampir tiga jam untuk mengeluarkan semua mangsa yang tersepit dalam nahas itu," katanya.Kata beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Utusan 29 Nov 2013



byDunia itu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-12-2013 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku xtau nk tempek gambo yer..mntk ampun
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2013 12:16 AM | Show all posts
toteng posted on 30-11-2013 04:14 PM
Aku xtau nk tempek gambo yer..mntk ampun

lu bukan aje tak tau tepek gambar...

tepek article pun lu fail jugak...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2013 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
lavacoffee posted on 1-12-2013 12:16 AM
lu bukan aje tak tau tepek gambar...

tepek article pun lu fail jugak...

Ha'ah...mntk ampun yer..I pakai hp jer...tgh mlm otak tbantut ckit..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2013 12:19 AM | Show all posts
gelupur nak bukak thread tu...
bukak thread tu tak salah...tp belajarla dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2013 12:19 AM | Show all posts
toteng posted on 30-11-2013 04:17 PM
Ha'ah...mntk ampun yer..I pakai hp jer...tgh mlm otak tbantut ckit..

nak mintak ampun pi mintak dgn tuhan..

wa bukan tuhan...

wa aulia je...



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2013 12:19 AM | Show all posts
toteng posted on 1-12-2013 12:14 AM
Aku xtau nk tempek gambo yer..mntk ampun

you reply saya punya post ni lepas tu you klik kat kotak image yg warna biru tu dan hap load gambar dr file awak.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2013 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Dunia ni kecik act yer..yg family pakai kete kancil ni dgr katonyer nk g mziarahi ahli kluarga yg sakit di  hosp swasta di sibu...yg hilux ni ank kpd slh sorang staff keje kat hosp swasta tu jugak..jd takziah la kpd smua ahli kluarga..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-12-2013 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
lavacoffee posted on 1-12-2013 12:19 AM
nak mintak ampun pi mintak dgn tuhan..

wa bukan tuhan...

Yer la..xyah mbebel mlm2 ari yer...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2013 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_blingblings posted on 1-12-2013 12:19 AM
you reply saya punya post ni lepas tu you klik kat kotak image yg warna biru tu dan hap load gamba ...

Time kasih byk2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2013 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
matamata posted on 1-12-2013 12:19 AM
gelupur nak bukak thread tu...
bukak thread tu tak salah...tp belajarla dulu...

Haha..skdr nk bkongsi bcerita jer...xder niat lain...lg pn I nk gak tahu citer sbenar..kot2 ada yg tahu ker...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2013 12:28 AM | Show all posts
pening bace takda perenggan
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2013 12:28 AM | Show all posts
toteng posted on 1-12-2013 12:24 AM
Haha..skdr nk bkongsi bcerita jer...xder niat lain...lg pn I nk gak tahu citer sbenar..kot2 ada yg ...

Tak ngapa, kita belajar dari kesilapankan. lama2 nanti awak pun terorlah. Agak2 gambar2 ngeri tak?
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2013 12:30 AM | Show all posts
toteng posted on 30-11-2013 04:24 PM
Haha..skdr nk bkongsi bcerita jer...xder niat lain...lg pn I nk gak tahu citer sbenar..kot2 ada yg ...

ni..wa bantu lu ni..

Mukah: “Sebaik tiba di tempat kejadian, kami melihat mayat seorang kanak-kanak masih dalam pangkuan ibunya,” kata pekerja ladang, Sallim Mukrime, 43, ketika menceritakan kemalangan ngeri yang mengorbankan enam orang termasuk lima beranak di Kilometer 14, Jalan Mukah-Selangau, berhampiran Ladang Mukah 1 di sini, semalam.

Kemalangan dipercayai berlaku pada jam 3 petang itu menyebabkan Perodua Kancil dinaiki enam sekeluarga bertembung Toyota Hilux mengakibatkan lima daripadanya maut di tempat kejadian manakala seorang lagi kritikal.

Kejadian itu juga menyaksikan seorang penumpang kenderaan pacuan empat roda yang dikenali Wong Tai Yen, 27, maut dan tercampak keluar ke bahu jalan.

Menurut Sallim, sebelum kejadian dia bersama rakan berada di ladang terbabit sebelum dikejutkan bunyi dentuman kuat dari arah jalan raya dan bergegas keluar menyiasat apa yang sebenarnya berlaku.

“Apabila tiba ke tempat kejadian, saya terkejut melihat lima orang tersepit dalam kereta manakala seorang lagi telentang di bahu jalan dipercayai tercampak akibat kemalangan itu.

“Kami panik dan tidak tahu apa perlu dilakukan. Seorang rakan berusaha mendapatkan bantuan pengguna jalan raya yang kebetulan melalui kawasan ini sebelum menghubungi bomba dan polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Omar Bakhtiar Yaakub berkata, seorang mangsa terbunuh dikenali sebagai Mohd Hisyam Abdullah, 40, yang memandu Perodua Kancil manakala anak perempuannya, Nor Syafidah, 14, kritikal dan dirawat di Hospital Sibu.

Beliau berkata, setakat ini, identiti empat lagi mangsa dipercayai anak dan isteri kepada Mohd Hisyam masih belum diketahui.

“Tiga penumpang Hilux yang parah pemandunya, Wong Kim Kui, 48, abang kepada Tai Yen, Wong Tai Hing, 28, serta bapanya Wong Kheng Ki, 57. Tai Hing yang parah kemudian dikejarkan ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut.

“Kemalangan berlaku apabila Perodua Kancil dinaiki enam beranak dalam perjalanan dari Selangau ke Mukah bertembung Hilux menuju ke Selangau. Namun, sehingga kini polis masih belum dapat mengesahkan punca sebenar kemalangan berlaku.

“Keenam-enam mangsa terbunuh di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan. Kami masih menjalankan siasatan termasuk mendapatkan keterangan saksi kejadian.

“Semua mayat dibawa ke Hospital Mukah untuk bedah siasat.” katanya.

Dalam pada itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Mukah ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.20 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Anggota kami mengambil masa lebih sejam untuk mengeluarkan semua mangsa tersepit dalam kenderaan remuk itu,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2013 12:31 AM | Show all posts




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2013 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_blingblings posted on 1-12-2013 12:28 AM
Tak ngapa, kita belajar dari kesilapankan. lama2 nanti awak pun terorlah. Agak2 gambar2 ngeri tak? ...

Ngeri nyer x la..tp mayat pmandu hilux tcmpak kluar..p yg sadisnya...pesakit yg family pakai kancil tu nk ziarah pn tgh d intubate d hosp sibu..tgh btarung nyawa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2013 12:32 AM | Show all posts







Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2013 12:32 AM | Show all posts
lavacoffee posted on 1-12-2013 12:31 AM

hang memudahkan lagi kerja depa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2013 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
lavacoffee posted on 1-12-2013 12:30 AM
ni..wa bantu lu ni..

Mukah: “Sebaik tiba di tempat kejadian, kami melihat mayat seorang kanak- ...

Mekacih yer..baik jugak ati perut abe lava ni...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2013 12:33 AM | Show all posts
baca berita pun ngeri sangat dah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.073406 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list