CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1710|Reply: 3

[Dunia] Rokok elektronik tidak membantu perokok berhenti merokok

[Copy link]
Post time 29-11-2013 10:46 AM | Show all posts |Read mode

AMSTERDAM - Kementerian Kesihatan Belanda semalam menyatakan terdapat kemungkinan risiko kesihatan akibat penggunaan rokok elektronik.

Penemuan itu dibuat berhubung satu analisis ke atas penyelidikan saintifik yang dibuat sekumpulan penyelidik Institut Kesihatan Awam Kebangsaan Belanda.

Pihak institut itu bimbang mengenai kekurangan bukti berhubung dengan kemungkinan terdapat risiko kesihatan terhadap pengguna rokok elektronik.

Akibat kebimbangan itu, pihak institut tersebut meminta wanita hamil tidak menghisap rokok itu atau di dihisap dekat dengan kanak-kanak.

Beberapa pakar kesihatan menyatakan, rokok elektronik yang dilengkapi dengan bateri dan tiub mengandungi nikotin akan membantu berjuta-juta penduduk berhenti merokok.

Namun, Timbalan Menteri Kesihatan Belanda, Martin Van Rijn yang memberitahu tentang hasil analisis itu mendedahkan, rokok elektronik juga adalah seperti rokok biasa kerana ia mengandungi nikotin.

Rijn berkata, kandungan itu akan menyebabkan perokok akan menjadi ketagih.

Menurutnya, tidak ada bukti seperti didakwa syarikat-syarikat pengeluar rokok bahawa rokok elektronik akan dapat membantu perokok berhenti merokok. - Reuters





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2013 10:49 AM | Show all posts
tapi terbukti rokok elektronik membantu pengguna cepat mati..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 11:01 AM | Show all posts
Aku berhenti merokok dah dekat setahun psl rokok elektronik. Serius tak tipu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2013 11:08 AM | Show all posts
batmana posted on 29-11-2013 10:49 AM
tapi terbukti rokok elektronik membantu pengguna cepat mati..

sepatutnya mempercepatkan lagi proses mati
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.169603 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list