CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4672|Reply: 43

[Tempatan] Kajian Isma dapati 70 peratus golongan remaja Islam tidak solat lima waktu

[Copy link]
Post time 27-11-2013 08:34 AM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR 26 Nov. - Kira-kira 70 peratus remaja Islam didapati tidak solat lima waktu sehari semalam yang menjadi kewajipan umat Islam.

Pengerusi Biro Pembangunan Kepimpinan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Mohamad Hazizi Abd. Rahman (gambar) berkata, peratusan itu diperolehi hasil kajian terhadap 40 responden setiap tahun selama lima tahun berturut-turut sejak 2005.

Katanya, selama lima tahun itu juga, pihaknya secara konsisten mendapati 70 peratus daripada responden tidak menunaikan solat atau tidak melengkapkan solat lima waktu sehari.

"Ini merupakan penanda aras kepada kita sejauh mana umat Islam khususnya generasi muda memahami dan mendalami ajaran agama itu.

"Ini merupakan masalah besar. Kita sibuk bercakap mengenai pelaksanaan hukum Islam, pelaksanaan hudud tetapi apa maknanya kalau amalan yang menjadi tiang agama pun tidak ditunaikan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan syarahan bertajuk 'Bahaya Liberalisme' dalam Seminar Ancaman Serangan Akidah anjuran bersama Isma dan Unit Dakwah Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, dekat sini hari ini.

Mengulas mengenai budaya liberalisme yang semakin menular dalam kalangan rakyat, Mohamad Hazizi berkata, puncanya kerana umat Islam berpecah-belah dan tidak bersatu-padu, walaupun membabitkan isu kepentingan Islam sendiri.

"Sebab itu golongan yang berjuang atas nama kebebasan dan hak asasi manusia semakin berani membuat pelbagai tuntutan yang tidak masuk akal serta bercanggah dengan ajaran Islam. Mereka mahu menerapkan budaya liberalisme di Malaysia," katanya.

Mengambil contoh tuntutan Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mohamad Hazizi memberitahu, tindakan itu merupakan gerakan halus 'mendemokrasikan' Malaysia tanpa pengetahuan masyarakat.

"Sebelum kita bantah tuntutan-tuntutan itu, rakyat tidak tahu pun mengenai kewujudan Comango. Ini usaha halus yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia di negara kita.

"Saya berharap semua pihak dapat membantah tuntutan tidak munasabah Comango. Jangan buat secara bermusim sahaja dan untuk kepentingan tertentu," ujarnya.



Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Dala ... waktu#ixzz2lnkkyn5l
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-11-2013 08:34 AM | Show all posts
aha...bapak budak n mak budak,
pagi tadi ada solat subuh??
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Bt kajian tu di mn? Setakt 40 org nk jd bench mark utk 1 negara?
Klu dia bt kt penang ckp lh dptn di penang....
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 08:37 AM | Show all posts
Memerangi syiah tu lebih penting dari perangi orang tak solat kekdahnyer.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 08:38 AM | Show all posts
Oppssss.... lupa nak tanya.. yang 70% tak solat tu sunni ka syiah?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Apply pada remaja je ke?:lol
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2013 08:45 AM | Show all posts
70% peratus.........hmmm byk tu
golongan remaja tua pun ramai yg x jaga solat..apa lagi remaja


Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 08:47 AM | Show all posts
siapa yang harus dipersalahkan ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-11-2013 09:02 AM | Show all posts
tak yah cari salah org lain.
meh kita audit diri kita n org kat rumah kita dulu,
pagi tadi mak pak ada solat?
anak cam ne pulak?
umur brp tahun dah mula belajar solat?
brp tahun pulak dah mula solat penuh 5 waktu?
bacaan dlm solat ok tak?
ni asyik meroyan tgk tv kul 7 cam ner???
bapak pulak ada buat solat jemaah tak?
atau jenayah? kekekeke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2013 09:03 AM | Show all posts
yg mak pulak
anak tak buat homework trus satu badan masuk hantu
kalu anak tak solat ada standby rotan tak?
kalu anak tak tahu english, macam esok nak kiamat risaunya
anak tau tak arah kiblat kat rumah tu??
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 09:06 AM | Show all posts
takyah buat kajian pun tau.  tgk kat CI udah....   time solat jumaat pun ramai yg kantoi buat posting & jwb thread.   hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 09:08 AM | Show all posts
70% golongan remaja tak solat 5 waktu...okay

makpak kepada 70% remaja sasaran itu solat tak?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 09:23 AM | Show all posts
wa yakin..ramai forumers kat thread ni solat 5 waktu sehari + solat sunat dan amalan sunat yg lain...

dgn ada nye topik ini..buleh la korang mengutuk budak2 yg tak solat dan memuji diri sendir bhw dir sendiri solat tak tinggal

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Forumer cari terutamanya current issue semua ahli syorga.... bukan sahaja tak tinggal sembahyang malah, solat di awal waktu secara jemaah. Rokok jgn cakaplah.... tgk rokok mcm nampak babi yg sedang guling2.
Dalam nie semua ajk masjid di kawasan masing2.... lollol
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 09:35 AM | Show all posts
pendidikan awal bermula dari rumah...

teringat kata2 "xsemua perempuan bertudung tu baik, tapi perempuan (islam) yg baik itu bertudung"

dan kata ustaz aku jaman matrik dulu... " xkisah hangpa nakal macam mana.... selagi hangpa jaga (dlm erti yg sebenar) solat... insyallah hangpa xsilap"
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
kenari2101 posted on 27-11-2013 09:02 AM
tak yah cari salah org lain.
meh kita audit diri kita n org kat rumah kita dulu,
pagi tadi mak pak ...

Ini point bagus. Zaman skrg mak bapak sibuk antar anak2 semuda 3 thn msk kelas menari, menyanyi bukan kelas mengaji. Depa bangga klu anak dpt jd artis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2013 09:46 AM | Show all posts
takyah kata golongan remaja..yang da tua-tua bangka ni pun ramai je yg tak solat. jangan kata 5 waktu, 1 waktu pun belum tentu..

ada juga yg hanya solat, ingat tuhan bila nangis-nangis ditimpa dugaan hidup..masa tu lah ke hulu ke hilir mengusung beg telekung bila dah senang sikit hidup tu..hado jah!

bak kata orang nogori...bobuih mulut
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 09:56 AM | Show all posts
mommymonster82 posted on 27-11-2013 08:37 AM
Bt kajian tu di mn? Setakt 40 org nk jd bench mark utk 1 negara?
Klu dia bt kt penang ckp lh dptn  ...

NGO yang UMNGOK...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2013 10:01 AM | Show all posts
hai lahhh... citer pasal solat pun nak masuk politik ke????

meh kita buka mata jap.
tak yah tgk kat survey tu lah
kita tgk keliling kita jer,
ha cam ne??
keluarga kita, adik beradik kita
ipar duai kita
mak pak kita
tok nenek kita
pak mak saudara kita
cam ne semua tu??
anak-anak kita?

kompem lagi kenal artis sendu AF dari kenal huruf al-quran kan??????
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
bagus la kajian ni..leh jadi peringatan pada semua...
yg xsolat mmg jauh dh dari Tuhan...
yg solat pun xpasti betul ke kaedah dan bacaan solat....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.209104 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list