View: 9845|Reply: 113
|
[Tempatan]
UPDATE : Anak, cucu terlantar perlukan bantuan (page 4)
[Copy link]
|
|
Edited by rosemary70 at 18-6-2017 02:53 PM
MARAN – “Hati ibu mana tidak sayu apabila mengenangkan nasib anak dan cucu yang kini lumpuh. Saya tidak menyangka kegembiraan kami sekeluarga menyambut orang baru dua tahun lalu menjadi tragedi yang membuatkan hidup kami berubah sama sekali,” kata Jawahir Abdullah, 56, mengenai kejadian yang menimpa anak tunggalnya, Rashidah Abd Malek, 33, yang mengalami komplikasi darah tinggi ketika melahirkan anak pertamanya.
Jawahir berkata, Rashidah menghidap penyakit darah tinggi kronik ketika mengandungkan Nur Syafikah Mohd Nordin, yang kini berusia dua tahun.
Katanya, ketika hendak melahirkan bayinya itu, Rashidah tiba-tiba diserang sawan ketika dalam perjalanan ke Hospital Besar Melaka.
Jawahir memangku Nur Syafikah yang lumpuh akibat komplikasi sejak lahir
Menurutnya, bagaimana pun apabila berada di wad kecemasan, jantung Rashidah berhenti berdenyut selama 10 minit mengakibatkan anak dalam kandungannya Nur Syafikah turut mengalami komplikasi akibat kekurangan oksigen.
“Kini, kedua-duanya disahkan lumpuh seumur hidup kerana kerosakan saraf pada bahagian otak membuatkan mereka langsung tidak mampu memberi tindak balas terhadap persekitaran.
“Selain itu, mereka juga terpaksa bergantung dengan susu khas yang disalurkan melalui tiub untuk terus hidup,” katanya ketika ditemui, semalam.
Jawahir berkata, sebelum ini Rashidah berkhidmat sebagai pembantu pejabat di sebuah syarikat swasta di Melaka. Selepas Rashidah disahkan lumpuh, suaminya bertindak dengan menceraikan Rashidah dan menghantarnya pulang ke kampung.
Biarpun sudah dua tahun anaknya terlantar, belum ada pihak yang tampil memberikan sumbangan namun baru-baru ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri berjanji untuk memberi bantuan RM300 sebulan kepada dua beranak itu.
Jawahir yang juga merupakan ibu tunggal tidak mampu untuk menyara hidup anak dan cucunya. Hanya mengharapkan ehsan dari jiran tetangga yang sudi menghulurkan beras dan sedikit barang keperluan dapur.
Keadaan menjadi semakin sukar apabila cucunya kini disahkan mengalami masalah komplikasi jantung dan perlu melakukan pembedahan segera yang menelan kos sebanyak RM36,000.
Pembedahan Nur Syafikah perlu dilakukan segera untuk mengelakan keadaan Nur Syafikah bertambah parah kerana kerap mengalami sesak nafas dan kegagalan jantung.
Last edited by rosemary70 on 18-2-2014 02:28 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Subhanallah... mana kutipan zakat berjuta? Mana bantuan bersamamu? Mana JKM?
Nak tunggu masuk berita tv/paper dulu baru nak buat kerja? |
|
|
|
|
|
|
|
RE: Anak, cucu terlantar perlukan bantuan
matdue77 posted on 25-11-2013 09:21 AM
Subhanallah... mana kutipan zakat berjuta? Mana bantuan bersamamu? Mana JKM?
Nak tunggu masuk be ...
JKM sudah menyumbang RM300 sebulan. Sila baca semula.
Pusat zakat pula mungkin akan memberi alasan, tiada aduan/permohonan di buat ataupun pemohon sudah dapat bantuan JKM.
|
|
|
|
|
|
|
|
inilah bukti kutipan zakat 2 biliyon |
|
|
|
|
|
|
|
kes ini kena tunggu pihak zakat buat bangunan, dah siap bangunan baru ada pekerja yang boleh diajukan permohonan. |
|
|
|
|
|
|
|
siannya..masa first pregnant dulu pun saya ada pre eclampsia.
mmg suami risau sgt sbb doc beritahu komplikasinya mcm ni..
kesian sesangat |
|
|
|
|
|
|
|
pusat zakat kata duit jota2...tp liat nk bg wlpn yg mohon tu dh thp makan tanah |
|
|
|
|
|
|
|
Tak boleh buat di IJN? Kosnya jauh lebih murah. And one more thing - duit zakat. |
|
|
|
|
|
|
|
tergamak betul ceraikan isterinya dlm keadaan isterinya perlukan bantuan dan sokongan daripada suami... |
|
|
|
|
|
|
|
duit zakat akan dilaburkan semula utk pulangan yang lebih besar - macai |
|
|
|
|
|
|
|
sarahmirza posted on 25-11-2013 09:27 AM
JKM sudah menyumbang RM300 sebulan. Sila baca semula.
Pusat zakat pula mungkin akan memberi a ...
Dah baca dah tadi, CUBA cik Sarahmirza baca semula...
"Biarpun sudah dua tahun anaknya terlantar, belum ada pihak yang tampil memberikan sumbangan namun baru-baru ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri berjanji untuk memberi bantuan RM300 sebulan kepada dua beranak itu."
Berjanji maksudnya BELUM beri lagi kan?
Kalau ikutkan pengalaman yang sudah2 dengan JKM ni, ayat BERJANJI nak beri still tak boleh PAKAI, sebab pelbagai tapisan dan kerenah kena lalui SEBELUM dapat duit RM300 tu... Mintak maaf cakap la, dalam situasi kita skrg nie, RM300 boleh beli apa? Serius cakap... BOleh beli apa dengan 300?
Duit Zakat? Malas nak komen lah... Nanti sok-sok kat padang Mahsyar menjawablah depan Allah... Kisah Saidina Umar dengan anaknya boleh dijadikan iktibar macamana duit Baitulmal kena dipertanggungjawabkan...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ba bEE punye somi, si isteri lahirkn anak ko, bila dia lumpuh, ko pi cerai..
mmg patut potong aja anu si somi ni , pastu bagi makan anjing.. |
|
|
|
|
|
|
|
dia tak keje ke dulu...
kalau keje boleh mohon pencen socso |
|
|
|
|
|
|
|
ushioz posted on 25-11-2013 09:40 AM
kes ini kena tunggu pihak zakat buat bangunan, dah siap bangunan baru ada pekerja yang boleh diajuka ...
amboi, mendalam sungguh ayat ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
ibu_haritz posted on 25-11-2013 10:04 AM
tergamak betul ceraikan isterinya dlm keadaan isterinya perlukan bantuan dan sokongan daripada suam ...
Jarang sangat kita dengar ada suami yg sanggup bela isteri yg sedang sakit...
|
|
|
|
|
|
|
|
harap yg komplen2 nih pun sedikit sebanyak hulurkan bantuan ringankan beban
|
|
|
|
|
|
|
|
mohon nenek jawahir ni
usung Rashidah dan anak
yang malang ni panjat
tangga pejabat mewah
baitulmal negeri
semoga kakitangan baitulmal
boleh lah sahih kan
kesusahan anak beranak
malang ini sambil2 duduk
di kerusi empuk dalam aircond
pengemis pengemis semua
kenalah lah tonjolkan diri
sekiranya anda ingin kan hak anda
kakitangan baitulmal ni
perlu di spoon fed dgn info orang
orang susah
pusat zakat tahu kutip sahaja
|
|
|
|
|
|
|
|
matdue77 posted on 25-11-2013 11:00 AM
Dah baca dah tadi, CUBA cik Sarahmirza baca semula...
"Biarpun sudah dua tahun anaknya terlanta ...
Memang belum beri pun, cuma janji je. If di tanya mengapa lambat memberi bantuan, mungkin jawapannya, tiada permohonan dari pemohon ataupun mungkin juga, si pemohon perlu hadir sendiri ke pejabat JKM walaupun dalam keadaan lumpuh!
Inilah padah bekerja kerajaan bukan sebab tanggungjawab yang diberikan tetapi lebih kepada mengharapkan pencen sampai ke hujung nyawa.
|
|
|
|
|
|
|
|
x payahlah nk show off duit zakat berjuta2..org2 cam ni mmg xde hati perut..nk beri zakat pun pilih bulu agaknya..
|
|
|
|
|
|
|
|
outcast posted on 25-11-2013 01:16 PM
harap yg komplen2 nih pun sedikit sebanyak hulurkan bantuan ringankan beban
InsyaALlah, walau tak banyak pun waima sedikit Allah ada berikan rezeki untuk disumbangkan kepada yang memerlukan... Cumanya semua itu pun masih lagi jauh daripada mencukupi untuk mereka2 yang memerlukan ini...
Mmg terkilan sungguh bilamana duit zakat DIPERDAGANGKAN sesuka hati mereka (puak2 atasan yang diamanahkan) macam duit2 itu semua duit mereka punya... padahal bersepah ASNAF2 yang patut dapat bantuan diketepikan... Apa? Duit zakat untuk buat bangunan dan bermegah-megah ke? Buat hotel itu ini, duit dah bercampur halal haram pastu campurkan balik semula dalam tabungan zakat tu??? (itupun kalau dimasukkan semula lah!)
Mmg ****ka sungguh mereka-mereka ini!!!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|