CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8399|Reply: 65

[Jenayah] Bisnes Kereta Sewa - Merana nak untung cepat

[Copy link]
Post time 22-11-2013 07:59 PM | Show all posts |Read mode
Merana nak untung cepat
Oleh Yusmizal Dolah Aling dan Nur Hamizah Abd Kadir

Kuala Lumpur: Seramai 17 lelaki kemungkinan diisytihar muflis kerana masing-masing menanggung ansuran bulanan beberapa kenderaan yang dibeli untuk disewakan kepada sebuah syarikat sewa kenderaan.

Sehingga kini mereka tidak mengetahui di mana semua kenderaan itu yang dianggarkan keseluruhan bernilai RM4 juta berada serta digunakan oleh siapa.

Menerusi laman sosial Facebook, mereka mula menyedari ditipu pemilik syarikat itu yang menukar syarat dan terma perjanjian yang berat sebelah serta mengundang risiko bankrap kepada kumpulan pemuda berkenaan yang rata-rata berusia bawah 30 tahun.

Menurut jurucakap kumpulan terbabit, Firdaus Ayob, mereka diperkenalkan dengan perniagaan ‘untung cepat’ itu menerusi seorang kenalan yang mendakwa mampu menjana pulangan lumayan dan hanya perlu menyewakan kereta kepada orang ramai terutama pelajar universiti.


NADZIM (dua dari kiri) mendengar keluhan mangsa penipuan syarikat sewa kenderaan, semalam.

Mempunyai cawangan di 16 tempat berbeza termasuk Shah Alam, Puncak Alam, Serdang dan Tanjung Malim, Firdaus berkata, pada mulanya dia dijanjikan bayaran RM4,000 sebulan untuk empat kereta dibeli serentak menerusi rangkaian syarikat terbabit berharga antara RM49,000 hingga RM75,000 seunit, awal tahun ini.

“Selama empat bulan saya mendapat bayaran penuh, namun ia berubah sebaliknya apabila kami semua mendapat surat perjanjian perubahan terma menyebabkan saya terkejut kerana perlu membiayai ansuran walaupun kereta digunakan pihak lain,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan di sini, semalam.

Hadir sama 16 lagi mangsa penipuan syarikat itu yang membabitkan pembelian 53 unit kenderaan pelbagai jenis bagi tujuan usaha sama perniagaan berkenaan.

Firdaus berkata, dia dan rakan lain kini bingung memikirkan nasib mereka kerana perlu menjelaskan hutang selain saman yang diterima atas kesalahan penyewa dan pelbagai risiko lain termasuk kemalangan.

“Ada di antara mereka menerima lebih 10 saman yang dilakukan orang lain. Manakala tiga kereta milik mereka dikatakan hilang, dicuri dan sebagainya. Kami sudah beberapa kali adukan kepada pengurusan tapi mereka tidak mahu bertanggungjawab sebaliknya minta kami patuh kepada perjanjian,” katanya yang membuat laporan berhubung perkara itu di Balai Polis Sungai Besi, minggu lalu.

Menurutnya, mereka kini buntu memikirkan nasib apatah lagi tidak layak untuk membuat sebarang pinjaman dengan institusi kewangan kerana nama sudah digunakan untuk memiliki beberapa kenderaan lain.

Nasib sama dikongsi seorang lagi rakannya, Azril, 30, yang kerugian RM5,000 setiap bulan selepas terpedaya dengan pendapatan lumayan yang dijanjikan selain menanggung 11 saman daripada tujuh unit kereta yang dibeli daripada syarikat berkenaan.

Azril berkata, disebabkan ingin mencari wang tambahan, dia bersetuju menceburi perniagaan itu tanpa menyelidik dahulu latar belakang syarikat selepas diperkenalkan seorang rakan.

“Mula-mula saya beli sebuah kereta dulu dan selepas mendapat keuntungan selain melihat kejayaan syarikat yang sudah beroperasi sejak tujuh tahun, saya menambah lagi pembelian kereta sehingga menjadi tujuh unit.

“Saya mula sedar ditipu apabila beberapa bulan selepas itu hanya memperoleh keuntungan RM50 untuk setiap kenderaan selain dipaksa membayar kos baik pulih salah sebuah kereta yang terbabit dalam kemalangan berjumlah RM2,000,” katanya.

Sementara itu, Nadzim berkata, siasatan pihaknya mendapati wujud unsur penipuan di dalam kes itu kerana tiada peraturan yang membenarkan kenderaan persendirian disewakan kepada orang lain.

Katanya, masalahnya ketika ini ialah kemungkinan kereta itu disalah guna pihak tertentu untuk melakukan jenayah serta kesalahan lain yang akhirnya mendatangkan mudarat kepada pemilik kenderaan.

“Satu lagi kita tidak menolak kemungkinan individu ini bersubahat dengan rangkaian gelap kerana dengan begitu mudah boleh meluluskan pinjaman beberapa kenderaan serentak walaupun ada pengadu kita mempunyai pendapatan kurang RM1,200 sebulan.

“PPIM akan membawa perkara ini kepada pihak berwajib bagi mengelakkan lebih ramai menjadi mangsa. Satu pengajaran kepada kita ialah, jangan terlalu inginkan kemewahan sehingga menggadai masa depan sendiri,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/13
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Merananakuntungcepat/Article/index_html


sohih tauke cha yaa nun alif......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2013 08:07 PM | Show all posts
ko salah sorang mangsa ker cong?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2013 08:27 PM | Show all posts
Modngengade posted on 22-11-2013 08:07 PM
ko salah sorang mangsa ker cong?

takdak laa.....

aku inbest kat bisnes perdagangan organ pendatang haram saja....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2013 08:32 PM | Show all posts
flashback.........


‘Pemilik tak patuhi kontrak’

Serdang: “Saya difitnah,” demikian tegas pemilik sebuah syarikat sewa kenderaan menafikan dakwaan kononnya dia memperdaya pemilik kereta yang memajak kenderaan kepada syarikatnya.

Ahli perniagaan yang ingin dikenali sebagai Datuk H berkata, urusan pajakan kereta di syarikatnya dibuat atas persetujuan bersama serta ditandatangani pemilik selepas dimaklumkan terma dan syarat ditetapkan.

“Tak wujud soal saya menipu mereka. Saya tak pernah melesapkan kereta yang dipajakkan. Kalau ada pemilik berasa kereta mereka dilesapkan, tolong tampil dan buat laporan polis. Jika benar saya lesapkan, mereka ada hak menuntutnya.

“Kalau tak puas hati dengan syarikat, mereka boleh mengemukakannya di mahkamah, saya tiada masalah. Namun jangan mengadu dan membuang masa membuat laporan polis tanpa bukti. Saya ada maruah dan keluarga untuk dijaga,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyelar tindakan Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL) yang mengeluarkan kenyataan terbabit tanpa melakukan siasatan terlebih dulu.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan PKPKL kononnya saya memperdaya orang ramai supaya menyerahkan kereta mereka untuk disewakan,” katanya di sini, semalam.

Metro Ahad minggu lalu melaporkan dakwaan PKPKL seorang ahli perniagaan berstatus Datuk yang giat memperdayakan orang ramai agar membeli kenderaan atau menyerahkan kereta peribadi mereka kepadanya di bawah perjanjian pajakan bagi disewakan kepada pelajar institusi pengajian tinggi, sekali gus mengaut keuntungan dan menipu.

Menurut laporan, mangsa bersetuju apabila dijanjikan imbuhan mewah setiap bulan, namun ia hanya berlaku beberapa bulan sebelum tidak menerima bayaran.

Datuk H turut mendakwa menerima ugutan daripada orang kuat persatuan itu ketika mahu menyelesaikan urusan pembayaran tertunggak seorang pemilik kereta sewa berjumlah RM4,400.

“Selasa lalu, saya menerima panggilan daripada persatuan itu yang meminta saya bertemunya di Balai Polis Bukit Aman bagi memulangkan kereta pemilik serta menyelesaikan bayaran selepas pemilik yang membuat aduan kepadanya.

“Saya hadir dan terperanjat apabila pertemuan itu bukan di balai polis, sebaliknya di kawasan berhampiran. Saya diminta menyerahkan wang itu kepadanya dan dia akan melaporkan kepada pihak berkuasa jika enggan.

“Baru saya sedar tujuannya mengajak berjumpa di Bukit Aman hanya mahu menakutkan saya,” katanya.

Menurutnya, lelaki itu tiada hak meminta wang berkenaan kerana ia perlu dilakukan secara beretika.

Katanya, tidak timbul soal syarikatnya enggan memulangkan kereta kerana mengikut perjanjian, notis sebulan perlu diberikan oleh pemilik terbabit sebelum mengambil semula kereta mereka.

“Namun, pemilik terus membuat laporan polis mendakwa saya enggan menyerahkan keretanya. Dia sebenarnya tidak mematuhi kontrak, tapi saya pula dituduh menipu,” katanya.

Datuk H tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang jika pihak terbabit terus membuat tuduhan tidak berasas terhadapnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/19
http://www.hmetro.com.my/articles/2013011921310320130119213103/Article/
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak salahkan diri sendiri ke or syarikat ne ... Kalau ikot perjanjian .. Syarikat tu menang la.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2013 08:36 PM | Show all posts
info:

Sodakollah Hulazim.....sekian terima kasih.....Dato Hassan Bin Selamat, masuk dalam list wanted seluruh malaysia...... Pada saper2 yg dahh terkena dgn dato hassan, blh call sy 017-671 4614, kita report polis atas semua kesalahan yg dia buat, simpan semua salinan report, salinan mahkamah dan semua salinan apa2 yg blh kita figt dia....

Dia tipu rm100 ker, tipu rm1k ker, tipu rm10k ker, tipu rm100k kita saman atas kesalahan sivil....bawa kes ke mahkamah....kalau sorang mungkin tipis nak menang, kalau ramai kita ada bukti, Dato Hassan Bin Selamat penipu besar...Simpan semua bukit2...

Sy sebagai onwer kereta sewa, sudah tertipu rm100k dgn dia dan 23biji kereta masih dgn dia......

Malam ni jugak sy akan Pamerkan no kenderaan sy yg berada dalam tangan Dato, serta Wajah dato....

Saper2 boleh tlg sy, Sy akan upah rm300 untuk dapatkan sebuah kereta....terbuka untuk semua.....

https://forum.lowyat.net/topic/2451134/all

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-11-2013 08:40 PM | Show all posts
revolusi_30 posted on 22-11-2013 08:32 PM
Nak salahkan diri sendiri ke or syarikat ne ... Kalau ikot perjanjian .. Syarikat tu menang la.

kontrak otomatik terbatal apabila syarikat berkenaan tidak bayar sewa kpd pemilik kenderaan.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Acong posted on 22-11-2013 08:36 PM
info:




Fight la bokan figt.  ... Haiyoooo ... Patot la kene tiiui. Last edited by revolusi_30 on 22-11-2013 08:43 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2013 08:43 PM | Show all posts
Acong posted on 22-11-2013 08:40 PM
kontrak otomatik terbatal apabila syarikat berkenaan tidak bayar sewa kpd pemilik kenderaan..... : ...

iye ke..??



Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 08:43 PM | Show all posts
Org tamak selalu rugi
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 08:45 PM | Show all posts
Orang melayu kalau dengar untung cepat, tak payah kerja, sambil berak duit masuk akan terbuntanglah mata sekor2.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 08:46 PM | Show all posts
akibat nak easy money......kalo uruskan sendiri kena bersusah2.....hmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 08:47 PM | Show all posts
ada sorang sedara aku buat bnda cmnih

beli 5 bijik kreta skaligus

last week time jmpa dia kat kayhell...dia ada explain tntang biz yg dia buat nih

aku dgr jer lah....

ceritanya best jer ckp bolan2 dapat bersih beribu ribu...tp dia sedar yg terlalu berisiko

harap dia x jadi mangsa

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2013 08:50 PM | Show all posts
TanSriJess posted on 22-11-2013 08:47 PM
ada sorang sedara aku buat bnda cmnih

beli 5 bijik kreta skaligus

urus sendiri ok laa......

pasang laa alat GPS skali
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 08:53 PM | Show all posts
Acong posted on 22-11-2013 08:50 PM
urus sendiri ok laa......

pasang laa alat GPS skali

urus sndiri amenda nya

dia bg kat syrikat lain laaa  

( mcm dlm citer kat atas tu la )

gps memang pasang

5 jam bersama aku..dia sibuk duk tnjuk kat mana kereta2 dia berada selang 30min


Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 08:53 PM | Show all posts
bila accident owner kereta kena tanggung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2013 08:59 PM | Show all posts
uih...

tak sempat nk kaya bleh mati sebab stress dulu kalu biz high-risk camni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 09:02 PM | Show all posts
ushioz posted on 22-11-2013 08:45 PM
Orang melayu kalau dengar untung cepat, tak payah kerja, sambil berak duit masuk akan terbuntanglah  ...

tu laa pasal....asal ada tagline duit masuk sekian2 riban ketika berkain pelikat sambil mencerut ramai laa yg berminat......

padahal apa salahnya bersusah2 dahulu uruskan sendiri dah start untung lepas laa kasi org lain uruskan....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2013 09:02 PM | Show all posts
TanSriJess posted on 22-11-2013 08:53 PM
urus sndiri amenda nya

dia bg kat syrikat lain laaa  

kalau nak aniaya tauke keta sewa, pakai nie lak.....




Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 09:05 PM | Show all posts
“Saya mula sedar ditipu apabila beberapa bulan selepas itu hanya memperoleh keuntungan RM50 untuk setiap kenderaan selain dipaksa membayar kos baik pulih salah sebuah kereta yang terbabit dalam kemalangan berjumlah RM2,000,” katanya.

Untung RM50. Kena keluar lagi RM2,000.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.409459 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list