Aku dengan penuh confident nya mengatakan yang tiada manusia lain yg mampu sampai ke bulan kecuali Rasulullah s.a.w dan inilah pendirian aku sampai bila2 pun. Pesanan arwah moyang aku dulu amat logic kalau kita tengok dari segi Islam mmg hanya Nabi Muhammad je yg sampai sana melalui peristiwa Israk & Mikraj. Pada aku kita selama ini dipaparkan dgn penipuan terbesar oleh Amerika khasnya NASA. Di bawah ini adalah persoalan dan fakta-fakta yang menguatkan lagi kesahihan pesanan moyang aku tu. Satu lagi persoalan, apakah hukumnya sebagai seorang Islam yang percaya? Dulu aku masa budak2 mmg la terkesima dan percaya dgn benda2 ni semua (*rasa bodoh pulak hehehe). Sama2 kita fikirkan
Info adalah dari http://mediaserius.com/penipuan-pendaratan-manusia-di-bulan/
Manusia tidak pernah mendarat di bulan ? Persoalannya jika pada 1969 kita telah mendarat di bulan, ketika ini 2011 sepatutnya kita sudah tinggal di bulan. Malah pada masa itu tiada teknologi wireless pada 1969 bagaimana kita boleh mengambil gambar roket berlepas pulang ke bumi. Banyak lagi alasan-alasan yang ditunjukkan di sini yang perlu dijawab..
Antara yang perlu dijawab dengan baik oleh NASA
1 – Kenapa bendera Amerika Syarikat yang dipacakkan ke bulan berkibar? Jika di permukaan bulan tidak ada oksigen dan udara, dengan kata lain suasana hampagas, bendera itu tidak sepatutnya berkibar. Memang NASA telah meletakkan satu batang paip horizontal pada bendera tersebut, tetapi tidak diletakkan kipas angin untuk membuatkannya berkibaran dan bergoyang-goyang. Jika hanya diletakkan batang paip, maka sepatutnya bendera itu hanya tegak diam-diam, bukan menari-nari seperti ditiup angin.
2 – Tidak ada kesan hentaman jet modul pendaratan pada permukaan bulan. Sepatutnya ada kesan berlepas dan tapak-tapak kaki angkasawan berdekatannya akan terhapus. Tetapi tapak-tapak kaki di situ masih wujud.
3 – Tapak kaki angkasawan tersangat jelas. Sedangkan graviti di bulan tidak kuat. Permukaannya tidak lembab. Tetapi kesan tapak kaki tersebut seolah-seolah permukaan di situ lembab dan tarikan gravitinya kuat. Debu-debu di permukaan bulan dikatakan sangat nipis, tetapi mengapa masih wujud kesan tapak kaki yang dalam dan jelas.
4 – Pergerakan para angkasawan di bulan jika dilajukan filemnya sedikit akan menunjukkan pergerakan yang sama jika mereka di bumi. Bermakna filem yang merakamkan pergerakan-pergerakan mereka itu kemungkinan besar telah di gambar gerak perlahankan (slow motion).
5 – Batu-batu yang dibawa pulang adalah serupa dengan batu-batu yang dikumpul pada ekspedisi saintifik ke Antartika. Kemungkinan batu-batu itu adalah meteor-meteor yang jatuh ke bumi.
6 – Bayang-bayang yang wujud pada subjek-subjek di permukaan bulan seperti yang dirakam oleh NASA kadang-kadang tidak menepati yang sepatutnya berlaku. Contohnya, arah muncul bayang tidak kena dengan arah cahaya matahari. Lagi pun angle kamera yang diambil bukan matahari membelakangi jurugambar. Jika matahari membelakangi jurugambar, logik lah bayang dilihat menuju arah yang berlainan sedikit, kerana perspektif jurugambar dari bayang tersebut.
7 – Seolah-seolah digunakan tali lutsinar dari atas disangkut pada angkasawan-angkasawan itu yang kadangkala dapat kelihatan dalam video rakaman NASA.
8 – Kesemua 6 kali pendaratan manusia di bulan dilakukan pada masa pemerintahan Presiden Nixon, dan tidak ada satu pun selepas zamannya hinggalah sekarang. Zaman dulu mudah untuk menipu dan memainkan pemikiran orang, tetapi cuba buat zaman sekarang. Silakan NASA hantar seorang ke bulan sekarang kalau dapat, sedangkan teknologi sekarang jauh lebih maju.
9 – Suasana langit ketika di permukaan bulan adalah hitam gelap pekat. Tetapi kenapa sampai langsung tidak nampak bintang di langit? Sedangkan atmosferanya bukan macam bumi, yang ketika matahari memancar terik di atas langit jadi biru. Tetapi alasan aperture kamera dan setting-settingnya untuk mengelakkan over expose mungkin munasabah.
10 – Perekabentuk kamera untuk misi ke bulan itu iaitu Jan Lundberg juga mengakui hairan melihat keadaan gambar-gambar yang diambil oleh angkasawan. Dengan hanya cahaya bersumber dari matahari, tanpa flash kamera, mustahil wujud pencahayaan seperti yang dirakamkan. Dengan beberapa bayang-bayang wujud ditempat yang salah. Dan bagaimana kamera yang disangkut ke dada angkasawan itu, boleh merakam gambar-gambar yang jelas dan kemas, sepertimana diambil oleh jurugambar professional.
Dan banyak lagi keadaan-keadaan lain yang jelas lagi membuktikan bahawa pendaratan di bulan itu hanyalah satu hoax. Dan mengikut kajian para pengkaji teori konspirasi, semua aktiviti yang kononnya di permukaan bulan itu dibuat di dalam studio dan juga di sebuah kawasan padang pasir yang top secret di AS yang diberi nama Area 51.
Setelah bertahun-tahun NASA dituduh memalsukan pendaratan di bulan, baru kini mereka tampil dengan gambar-gambar kononnya bukti pendaratan manusia di bulan itu adalah betul-betul berlaku?
Gambar-gambar permukaan bulan yang terbaru itu dirakam oleh Lunar Reconnaisance Orbiter (LRO). Mereka mengatakan ianya jelas menunjukkan kesan tapak kaki angkasawan, lunar rover dan tanda-tanda kesan bakar kapal angkasa.
Sedangkan mereka mempunyai teleskop-teleskop yang berkeupayaan mengambil gambar permukaan matahari yang lagi tersangat beza jauhnya. Dapat zoom ke planet-planet lain dan galaksi-galaksi lain, takkan gambar permukaan bulan setakat itu saja mereka mampu? Kenapa tidak bawakan imej yang lagi dekat dan jelas?
Lagi pun sekadar gambar-gambar ini, amat mudah untuk dipalsukan. Zaman Photoshop kalau setakat bawa gambar begini, bagaimana untuk dijadikan hujjah? Takkan ini saja yang NASA boleh lakukan, setelah mengambil masa bertahun-tahun untuk membawakan bukti bergambar?
p/s : Wallahu a’lam Last edited by medangmru on 1-12-2013 09:20 AM
|