CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9897|Reply: 59

Pelakon di Banned Masuk Gimnasium Sebab Feeling Superstar

[Copy link]
Post time 19-11-2013 08:19 PM | Show all posts |Read mode
KL, 19 NOVEMBER 2013: Biasalah bila sudah popular, bermacam ragam akan terjadi kepada seseorang artis, walupun hakikatnya dia tidaklah sepopular mana.

Namun bagi Murai Batu, di mana bumi di pijak, seseorang artis itu perlulah sedar asal-usulnya dan bukan menyombong atau berlagak tak kena tempat.

Baru-baru ini Murai Batu dikhabarkan dengan lagak seorang pelakon drama lelaki yang dikatakan berangan seakan bintang popular sehingga begitu berani memarahi pekerja di sebuah gimnasium tempat dia menjalani latihan fizikal.

Khabarnya, pelakon drama yang Murai Batu anggap suam-suamkuku itu telah meminta pihak gimnasium untuk menggunakan kawasan latihan yang hanya dibenarkan untuk jurulatih terlatih melatih pengguna di tempat berkenaan.

Bagaimanapun, kerana permintaannya  ditolak atas alasan yang cukup munasabah,pelakon berkenaan nampaknya naik berang dan telah menggunakan statusnya sebagai pelakon bagi membolehkan dia menggunakan lokasi berkenaan.

Murai Batu difahamkan, seperti juga selebriti lain, pelakon berkenaan khabarnya turut mendapat penggunaan percuma di gimnasium berkenaan.  Tapi  itu tidak bermaksud dia  perlu terlalu membangga diri.

Murai Batu dikhabarkan, pelakon drama berkenaan telah cuba menghalau jurulatih gimnasium berkenaan bagaimanapun tindakannya itu telah diperhatikan oleh penyelia bertugas.

Maka terjadilah pertegangan leher di gimnasium berkenaan sehingga pelakon berkenaan telah menggunakan nama serta popularitinya untuk menepis atau menyokong dirinya bagi menegakkan benang yang basah.

Murai Batu pun tak faham mengapa pelakon berkenaan sanggup menggunakan statusnya semata-mata untuk perkara yang kecil.

Malah Murai Batu rasa, tindakannya itu tidak wajar dan langsung tidak mencerminkan keperibadian yang baik seorang selebriti kerana cukup angkuh.

Tambahan pula, pelakon drama berkenaan tidaklah sepopular mana. Malah terdapat ramai aktor lain yang ternyata lebih merendah diri terutama apabila berhadapan dengan peminat mahupun orang awam.

Kerana tindakannya itu, penyelia di gimnasium berkenaan telah meminta pelakon berkenaan keluar dan dilarang untuk mengunjungi tempat senaman itu lagi.

Itulah padahnya kalau perasan popular. Setahu Murai Batu, tak pernah rasanya ada selebriti yang menggunakan statusnya untuk mendapat kelebihan tertentu sebagaimana pelakon lelaki ini.

Apa-apapun, yang baik itu jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan. Murai Batu doakan selamat maju jaya kepada pelakon lelaki berkenaan.

Murai Batu: Khabarnya, janda kepada Cheff Riz iaitu Ana Dahlia juga rajin ke gimnasium kebelakangan ini. Baguslah untuk menjaga kesihatan diri.



Credits: murai.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2013 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde klu langsung ... sapa kah ?
Suam2 kuku
pelakon drama...
lelaki
naik berang

ramai wehhh
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 08:27 PM | Show all posts
yang tunjuk kxtx page 2 itu....x puteri sarah...aiman ke amman ke apa nama mamak itu?
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 08:27 PM | Show all posts
lain kali buatlaa gym sendiri.. bukan takat tpt latihan jurulatih, dalam jamban pon boleh nak angkat besi.. xde sape mao halang
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 08:31 PM | Show all posts
saya teka ammar alfian
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2013 08:35 PM | Show all posts
mitnick posted on 19-11-2013 08:27 PM
lain kali buatlaa gym sendiri.. bukan takat tpt latihan jurulatih, dalam jamban pon boleh nak angkat ...






Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2013 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa? General sgt klu nya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan anak agong ke sultan ke nk tunjuk eksyen sgt.. Setakat artis sendu jek pon..

Mmg padan le mukenye kene banned.. Tpi sape kah beliau ini ek??

Last edited by tora216 on 19-11-2013 08:44 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2013 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ermsss teka teki teka tekuk
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Macm douche jer..kompem pemamer korneks mr ammar:lol
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 09:11 PM | Show all posts
wah ayat murai, menggunakan status giteww
igtkn lah status anak raja ke anak sultan ke
rupe2nye status sbgai pelakon drama jah
ko hengat kalo jd pelakon tu sume org kene sembah ratu kt ko ker?
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 09:49 PM | Show all posts
ammar alfian kot..mmg suam kuku je kan
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 10:43 PM | Show all posts
ada jugak yang speku mamak Alfian?
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Guna status pelakon?
Hebat sgt ker? Adoi..xfhm lansung..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 11:29 PM | Show all posts
bebird ammar spender merah
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 01:39 AM | Show all posts
Banned aje lah retis suam2 Kuku nie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2013 02:00 AM | Show all posts
ammar trainer gym kan. bukan nya client kat gym. i guess bukan ammar. sebab dia PT
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 02:38 AM | Show all posts
@axl_bach jah yang terer pasal gym ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 07:49 AM | Show all posts
kalau kaya sangat booking la the whole gym tu..
setakat nak cakap hang kenai x aku sapa? aku pelakon hoccay!!
pakcik guard pun leh ckp lagu tu..
bagidolsood tui..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 07:54 AM | Show all posts
ammar alfian selepas tunjuk bebird kot..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.078296 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list