Sememangnya sejuk mata memandang gambar-gambar pernikahan Adam AF dan Fiza Elite ini. Memang kedua-duanya sama cantik dan sama padan. Majlis yang sederhana menyerlahkan lagi keserian mempelai kita ini. Semoga perkahwinan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat buat mereka berdua. Semoga mendapat banyak cahaya mata untuk menyerikan lagi kehidupan mereka. Sama-samalah kita doakan.
Majlis resepsi pasangan ini diadakan 16 November 2013 di kampung halaman Adam di Inanam Laut, Sabah.