View: 2237|Reply: 3
|
{7} Rakyat Msia terselamat dari digantung mati !
[Copy link]
|
|
SINGAPURA, 15 November - Pemerintah pulau ini buat kali pertama membatalkan hukuman mati terhadap seorang pengedar dadah dan menggantikannya dengan penjara seumur hidup serta 15 sebatan.
Beberapa kumpulan hak asasi termasuk Amnesty International menyatakan, pemerintah di sini menggantung beratus-ratus banduan termasuk puluhan warga asing kerana jenayah dadah sejak dua dekad lalu.
Rakyat Malaysia, Yong Vui Kong yang dijatuhi hukuman gantung pada 2009, terselamat semalam selepas seorang hakim memutuskan, dia hanya seorang penghantar dadah dan tidak terlibat dalam pengagihan atau bekalan narkotik.
Undang-undang antidadah pulau ini adalah antara yang paling keras di dunia dengan amaran pengedar dadah akan dihukum mati tertera pada borang kastam sebagai amaran buat pelancong.
Pembatalan hukuman mati terhadap Vui Kong dibuat selepas pemerintah mengumumkan beberapa perubahan pada undang-undang dadah di sini pada akhir tahun lalu.
Rombakan tersebut membenarkan hakim menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan terhadap penghantar dadah yang membantu pihak berkuasa menangani jenayah pengedaran barang terlarang itu.
Pada September lalu, Peguam Negara Singapura mengeluarkan kenyataan bahawa pihak pendakwa raya akan memberi keterangan bahawa Vui Kong telah membantu agensi antidadah pulau ini membanteras aktiviti pengedaran dadah di dalam dan luar negara.
Dia ditangkap di sini pada tahun 2007 di sini ketika berusia 29 tahun dan didakwa kerana mengedar sebanyak 47.27 gram heroin.
Pulau ini turut merombak hukuman mati mandatori untuk kes bunuh dengan hakim dibenarkan menukarnya dengan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan untuk kes-kes tertentu.
Setakat ini, hukuman mati terhadap lima pembunuh telah ditukar sejak rombakan undang-undang tersebut dibuat.
Namun, Timbalan Perdana Menteri, Teo Chee Hean memberitahu Parlimen pada tahun lalu bahawa hukuman mati tidak akan dimansuhkan.
"Hukuman mati akan diteruskan, terutamanya terhadap mereka yang mengilang atau mengedar dadah termasuk ketua sindiket dadah, pengeluar dan pengedar serta mereka yang membiayai, mengurus atau bersubahat dalam jenayah ini," katanya. - Reuters
kosmo
p/s Ajal belum sampai...
|
|
|
|
|
|
|
|
dodok dlm penjara seumur idup seperti tiada life lgsg.. |
|
|
|
|
|
|
|
alahai. muda lg. br 29thn |
|
|
|
|
|
|
|
din_atos posted on 15-11-2013 04:27 AM
dodok dlm penjara seumur idup seperti tiada life lgsg..
penjara seumur hidup bermaksud masih ada banyak peluang untuk buat rayuan.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|