|
Lea Michele kembali bertenang.
SELEPAS kematian teman lelakinya akibat penyalahgunaan dadah, bintang utama drama bersiri Glee, Lea Michele dikatakan kembali tenang.
Mendiang Cory Monteith,31, yang juga pelakon drama tersebut mati secara mengejut kira-kira empat bulan lalu.
Sebelum ini, Michele begitu sedih dengan kehilangan Monteith kerana terlalu mencintai jejaka kelahiran Kanada itu.
"Ia sangat sukar untuk saya lalui.
Jika tidak kuat untuk tempuh saat kehilangan orang tersayang, kita mungkin jatuh sakit.
"Saya bersyukur ramai teman dan keluarga yang sentiasa berada di sisi saya," katanya.
|
|