AKTOR terkenal, Channing Tatum dikhabarkan sedang berusaha mencapai kesepakatan dengan Metro-Goldwyn Mayer bagi sebuah filem terbaru, Bad Romance.
Dikhabarkan Tatum akan bertindak sebagai pelakon dan juga Penerbit Eksekutif bagi filem tersebut.
Jika kesepakatan itu berhasil, ia sekali gus akan memperlihatkan Tatum kembali bekerjasama dengan Reid Caroline iaitu individu yang menjadi rakan perniagaannya dalam membangunkan Iron Horse Entertainment.