CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 24726|Reply: 31

[Lain-Lain] KEKASIH AWAL DAN AKHIR (Jamal Abdillah & Sofea Jane)

[Copy link]
Post time 4-11-2013 05:31 PM | Show all posts |Read mode
Filem KEKASIH AWAL DAN AKHIR merupakan sebuah filem yang diterbitkan dan ditayangkan di Malaysia pada tahun 1993.


Sinopsis : Dato Alwi tidak mendedahkan anak lelakinya Yusman kepada dunia di sekitarnya. Anak perempuan pemandu Dato Alwi, Marlia telah secara sembunyi-sembunyi mengajar Yusman tentang kehidupan di luar mahligainya itu. Mereka berpisah setelah Dato Alwi meninggal dunia dan Yusman dihantar belajar ke luar negara. Mereka meneruskan hubungan melalui kiriman surat. Namun Marlia menipu Yusman tentang kehidupannya. Setelah bertahun berlalu, mereka bertemu semula. Pelbagai cara Marlia usahakan untuk menutup penipuannya, tetapi akhirnya Yusman mendapat tahu juga.




Pengarah : ZULKEFLIE M.OSMAN

Barisan Pelakon Utama:
JAMAL ABDILLAH sebagai YUSMAN

SOFEA JANE sebagai MARLIA

ZIZIE EZZETE sebagai MARLIA kecil

CICO HARAHAP sebagai YUSMAN kecil



Last edited by telracs on 4-11-2013 09:39 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-11-2013 05:34 PM | Show all posts
skrin-shoot:

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2013 05:36 PM | Show all posts
yusman dan marlia:



Last edited by telracs on 4-11-2013 09:42 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2013 05:47 PM | Show all posts
Siapa ada full movie...boleh download?
kalau ada, tolong beri link ya...
terima kasih..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2013 05:50 PM | Show all posts
Lagu tema best... lagu dimainkan ketika yusman dan marlia bertemu semula setelah berpisah...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2013 06:02 PM | Show all posts
Ulasan cerita oleh: A.WAHAB HAMZAH
Sumber : Utusan Malaysia 5/6/1993
Penilaian : 3 bintang

Melodrama yang menghiburkan

Berdasarkan kepada bentuk cerita yang dipersembahkan maka sambutan penonton terhadap filem ini adalah sesuatu yang cukup menarik. Sambutan hebat yang diberikan bukanlah bermakna ceritanya sudah cukup istimewa atau cukup baik, malah cerita begini sudah puluhan kali dipersembahkan dalam pelbagai bentuk dan stail. Jika dikatakan filem ini mempunyai pengaruh Hindustan yang tebal, juga wajar sekali.

Filem ini menarik kerana ia berjaya menguasai emosi penonton.

Kekasih Awal Dan Akhir adalah sebuah melodrama yang bentuknya sudah sebati rasanya dengan sebahagian besar penonton Melayu. Inilah persoalan yang menarik di sini.

Sudah sekian lama istilah melodrama dalam filem Melayu digunakan secara pejoratif untuk menerangkan bentuk estetika, yang selalunya dilabelkan dengan pengertian sensasi dan manipulasi rakus terhadap emosi penonton.

Jika demikianlah hubungan di antara melodrama dengan penonton, maka baik sekali istilah melodrama dalam filem Melayu diberikan pengertian yang sewajarnya.

Transformasi pemikiran terhadap melodrama sebenarnya semakin menarik perhatian para sarjana filem. Apatah lagi bila melodrama seringnya membawa pengertian yang tersendiri terhadap kewanitaan dan ideologi dalam filem.

Melodrama tidak lagi seharusnya dilihat sebagai istilah yang menjejaskan atau memperendahkan tetapi sebagai satu aliran natural untuk melihat salah satu genre dalam pembikinan filem. Maka, melodrama mula dilihat kembali pada sifat, struktur dan signifikannya serta kompleknya hubungan di antara penonton dan keupayaan naratif filem ini mencari audiennya.

Melodrama boleh dilihat dari beberapa sudut. Betapa melodrama kerap mengintensitikan emosi, melebih-lebihkan retorika dan mengutamakan aksi, seringnya diberikan orientasi tidak realistik dan menjadi hiburan yang cukup popular, maka ia wajar menerima perhatian yang lebih teliti dan simpatetik.

Melodrama membenarkan ekspresi yang kreatif dan artikulasi stail, yang mana ideologi dan representasinya di dalam filem menjadikannya alasan untuk popular dan mudah diterima.

Satu hal yang pasti, melodrama dalam pengertian barat dan melodrama dalam pengertian timur adalah berbeza. Di kebanyakan negara Asia, contohnya India, Indonesia dan Malaysia, melodrama seringnya dihubungkait dengan mitos, ritual, aktiviti keagamaan dan perayaan. Oleh itu nilai melodrama bukan sahaja berubah, malah membantu membentuk faktor dalaman masyarakat.

Maka nilai dan pengertian melodrama dalam filem Melayu menjadi cabaran yang baru untuk para sarjana menilai kembali konsep melodrama dalam filem-filem Melayu, yang mungkin sahaja mencabar teori dan konsep dalam pendekatan filem-filem yang dilakukan di Barat.

Filem Kekasih Awal Dan Akhir berupaya menawan perasaan penonton kerana sifatnya yang sentimental, penuh emosi dan memfokuskan tentang pergeseran hubungan cinta antara lelaki dan wanita.

Betapa tema ini menjadi faktor yang dominan dalam pengertian melodrama filem-filem Melayu. Dan yang menariknya 'kebiasaan' tema ini seakan sebati dengan jiwa sebahagian besar penonton Melayu. Lalu, ini memberi pemahaman "baik" kepada para penonton terhadap filem ini.

Seperti yang dikatakan Kekasih Awal Dan Akhir hanyalah pengulangan idea filem-filem Melayu yang terdahulu.

Pergeseran hidup kaya-miskin dan permasalahan cinta adalah unsur melodrama yang sering dimanipulasi untuk meningkatkan tarikan emosi penonton. Bagaimanapun pengarahnya Zulkefli M. Osman dan penulis skrip Aziz M. Osman cuba memberi sentuhan baru yang menarik.

Di peringkat awal di filem ini (melalui flashback dan hampir 90% filem ini dalam flashback) ditonjolkan hubungan keluarga kaya dan miskin. Dato' Alwi (Osman Zailani) seorang usahawan hanya mempunyai seorang anak lelaki Yusman (Ciko) yang dibesarkan tanpa diberi kebebasan bergaul kecuali dengan rakan-rakan perniagaan ayahnya. Malah Yusman juga tidak boleh keluar dari perkarangan rumah. Hinggalah pada suatu hari bila mana Marlia (Zizie Ezette) anak drebar Dato' Alwi (R. Jaafar) yang bebas lepas membawa Yusman ke Kuala Lumpur, melihat ragam manusia.

Perhubungan yang bermakna ini seterusnya berkembang menjadi hubungan cinta bila mereka dewasa. Yusman yang dewasa (dilakonkan oleh Jamal Abdillah) kini menuntut di sebuah universiti di London dan Marlia (dilakonkan oleh Sofea Jane) terpaksa berhenti sekolah selepas kematian kedua ibu bapanya dan bekerja di kilang.

Antara babakan awal iaitu peringkat Yusman dan Marlia kecil dan babakan kedua bilamana Yusman dan Marlia dewasa, memberikan perbezaan yang menarik. Semasa mereka kecil, kita melihat banyak babak yang sengaja di lebih-lebihkan. Kita melihat keluarga orang kaya yang hampir tidak realistik. Cara mana dia mendidik anak dan urusan kekeluargaan terasa di lebih-lebihkan, dengan pengawal atau pembantu peribadi keluarga Dato' Alwi sering mengawal pergerakan keluarga Dato' Alwi. Bagaimanapun bila mereka dewasa keadaan berubah. Tetapi perubahan ini hanya ketara pada watak Marlia sahaja.

Yusman yang tiba dari airport dengan helikopter dan terus mencari Marlia di sebuah bank masih lagi kelihatan watak yang tidak realistik. Tetapi Marlia menerima hakikat kenyataan, gagal persekolahan dan harus bekerja di sebuah kilang, untuk meneruskan hidup. Watak dan perubahan nasib Marlia menarik perhatian saya. Marlia meyakinkan dan perkembangan diri Marlia adalah sesuatu yang digemari oleh penonton. Watak Marlia dapat diidentifikasi oleh penonton kepada diri mereka dan ini menyebabkan penonton sentiasa bersimpati dan berpihak kepada Marlia.

Tidak dinafikan adegan-adegan Marlia di kilang cukup menarik, apatah lagi dengan keupayaan Sofea Jane menjiwai watak Marlia pekerja kilang dengan cukup baik.

Kehadiran Ramli (Imuda) sebagai pengurus kepada Marlia adalah unsur antagonis yang menarik. Biarpun watak Ramli yang sentiasa mahu berniat serong dan menggoda Marlia adalah watak jahat yang biasa dalam mana-mana filem Melayu tetapi watak itu penting untuk membolehkan plot berkembang dengan baik dan mencapai kemuncaknya. Ramli yang jahat di sini hampir sama dengan watak-watak antagonis dalam filem Hindustan. Malah dalam beberapa adegan Imuda seakan meniru gaya lakonan watak antagonis filem Hindustan. Keupayaan lakonan Imuda amat membantu sekali menghidupkan watak Ramli, biarpun berwatak anatagonis tetapi digemari penonton.

Zulkefli telah berusaha memaparkan adegan-adegan di kilang dengan cukup baik tetapi apabila dia beralih kepada babak-babak yang menunjukkan kemewahan, terasa sekali begitu di lebih-lebihkan dan jauh dari kenyataan. Sebab itulah watak Yusman kurang meyakinkan.

Biarpun melodrama membenarkan "exaggeration" atau melebih-lebihkan sesuatu watak atau aksi tetapi kenyataan realiti harus diberi perhatian. Atau barangkali, memang Zulkefli berhasrat menemukan unsur yang tidak "real" yang diwakilkan oleh keluarga berada dan unsur "real" yang diwakilkan oleh keluarga yang secara relatif miskin atau pekerja kilang.

Filem ini dengan fantasi cinta ala Cinderella ini, memadukan unsur tragedi dan komedi pada tempatnya dan berakhir dengan gembira. Biarpun tragedi yang menimpa Yusman boleh dipersoalkan kewajarannya. Bagaimanapun komedi filem ini dikendalikan dengan baik. Malah, saya amat tertarik dengan kelucuan semasa berlakunya kecemasan, kelucuan yang ditimbulkan oleh salah seorang penyelia kelihatan bersahaja dan spontan.

Pengertian semula melodrama sebagai salah satu aliran dalam filem-filem Melayu tidak bermakna pembikinan filem Melayu boleh menghasilkan filem-filem melodrama yang rendah mutunya.

Sebuah melodrama tetap menuntut kekuatan pada skripnya. Kekasih Awal Dan Akhir masih memperlihatkan kelemahan pada pengolahan skripnya terutama di sekitar pengolahan watak-watak. Gambaran yang diberikan terhadap orang kaya, keterlaluan dan kurang meyakinkan.

Biarpun pengarahan Zulkefli ada peningkatan, tetapi dalam beberapa adegan dia masih memperlihatkan kelemahan, tidak teliti dan sensitif. Pencahayaan dalam filem ini ketara sekali kelemahannya dan pada adegan-adegan tertentu suluhan cahayanya hilang punca, dan penggunaan warna cahaya untuk menghidupkan suasana juga kelihatan tidak seimbang. Efek kilat tidak cukup berkesan dan kelihatan begitu 'artificial'.

Ketidak telitian pada set adalah antara kelemahan yang seharusnya boleh diatasi. Kita dapat melihat tangga tersandar pada dinding rumah, walhal Marlia tidak menggunakan tangga waktu keluar ikut tingkap rumah. Begitu juga jurukamera filem yang sedang merakamkan adegan, kelihatan pada babak akhir filem ini.

Bagaimanapun filem ini dikuatkan oleh lakonan Sofea Jane dan Imuda, manakala Jamal Abdillah semakin menunjukkan lakonan yang baik. Pujian harus diberikan pada Zizie Ezette dan Ciko yang berjaya membawa watak masing-masing dengan baik dan meyakinkan. Di samping beberapa kelemahan, filem ini ternyata menghiburkan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-11-2013 06:38 PM | Show all posts
Cuba baca ulasan yang ini..

Monday, 31 October 2011


Malam ini TV2 tayang sebuah filem. Agaknya beberapa minggu ini temanya “Jamal Abdillah”. Minggu lepas heroinnya Raja Ema. Minggu ini ku sangkakan cerita psycho-thriller “Takdir Penentu Segala” (setelah disemak “Suratan Kasih” rupa-rupanya) tapi sebaik sahaja ternampakkan Sofea Jane dengan baju kilang, memang sah ini filem “Kekasih Awal dan Akhir”. Babak paling membekas di ingatan walaupun aku tidak menonton di pawagam ialah babak Sofea Jane yang berpakaian kilang berlari-lari sambil menangis. Berdasarkan semata-mata ingatan aku (kalau silap tu alamatnya aku lupalah), filem ini terbitan 20 tahun lepas. Tahun 1992 (bila aku semak semula tahun 1993). Memang mengimbas zaman muda-muda, dengan landskap perbandaran Malaysia (Kuala Lumpur khususnya) takkan mungkin dapat dilihat lagi pada hari ini. Dengan adegan Sofea Jane menunggu bas kilang (dengan lengkap berpakaian minah kilang warna oren, hish, kilang manalah agaknya tu) di hentian bas, ada bas mini dan steamroll warna kuning ang-ang membuat penampilan cameo. Mana ada lagi bas mini kat KL sekarang, takkan jumpa punya. Paling dekat agaknya di Bangi dan Kajang membawa pendatang asing dan mahasiswa UKM. Polis (inspektor?) pun baju cekelat perang semacam, jalan raya pun tak seceria hari ini dengan lampu, banner, billboard dan segala macam.
Filem ini boleh tahan box-office, 4.2 juta ringgit (sekali lagi kalau tak silap; memang silap pun, dalam 2.1 juta ringgit sahaja). Mengeksploitasi populariti lagu Jamal Abdillah dengan tajuk yang sama. Susunan jalan cerita pun tak klise. Kalau biasanya start A habis di Z, filem ini bermula di Z, diikuti A, B, C dan seterusnya. Walaupun aku tak berkesempatan melihat dari mula, aku ingat lagi bahawa wartawan lokasi yang membuat liputan runtuhan bangunan melibatkan tersepitnya si hero (Jamal Abdillah) ialah Azwan Ali. Kontroversi juga di situ. Sebabnya, menurut Harian Metro yang aku baca di Selayang pada petang ketibaan aku adik-beradik dengan tok menaiki kereta sewa tok ayah dari Pulau Pinang (masa itu Harian Metro kira surat khabar elit untuk warga kota sahaja, di negeri lain tak ada), ada perang mulut antara Azwan Ali dengan Afida Es, ibu kepada Zulkifli M. Osman. Punca perang kerana dubbing tak guna suara Azwan Ali, sudah tentu hamba Allah tu tak puas hati. Twitter belum lagi tercipta masa itu.
Watak hero dan heroin zaman remaja dipegang anak Uji Rashid, Cico Harahap dan gandingannya Zizie Ezette. Si heroin tu menang award kat Festival Filem Malaysia tahun berkenaan (dah agak dah "tahun berikutnya"). Siapa sangka dua dasawarsa kemudian beliau ketemu dengan orang Kinabatangan.
Sumber : http://adamghedodin.blogspot.com/2011/10/ulasan-filem-kekasih-awal-dan-akhir.html#axzz2jfMqg4bf
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2013 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooo cite lama..igt buat bru... Bru nk komen npe zizie ezzati tu sofia kecik..kecik kah dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2013 08:57 PM | Show all posts
wahh abg jemall. i liokeee!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2013 02:42 PM | Show all posts
suterabiru123 posted on 4-11-2013 12:52 PM
Ooo cite lama..igt buat bru... Bru nk komen npe zizie ezzati tu sofia kecik..kecik kah dia

hahaha... ni filem 20 tahun lalu...
tapi lakonan zizie ezette memang best...
suka tengok adegan masa zizie ngn cico je..
bila dah besar jadi sofea ngn jamal tu tak best sangat..
dah jadi cinta biasa ja..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2013 02:48 PM | Show all posts
Jenabmurai posted on 4-11-2013 12:57 PM
wahh abg jemall. i liokeee!!

ada satu lagi filem jamal yang sewaktu dengannya..
best gak..
lagi best sebab ada lagu jamal.. heheh..
esok lusa la bukak benang baru..


YUSMAN mengejar MARLIA...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2013 03:23 PM | Show all posts
telracs posted on 5-11-2013 02:48 PM
ada satu lagi filem jamal yang sewaktu dengannya..
best gak..
lagi best sebab ada lagu jamal.. h ...

kak tel, iols kalau dgr laju jamal leh pengsan..
hahaha heishhh
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2013 09:50 AM | Show all posts
mane nk download cite ni? da lame x tngok. huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2013 05:49 PM | Show all posts
jaja4 posted on 11-11-2013 01:50 AM
mane nk download cite ni? da lame x tngok. huhu

sedang mencari juga... tapi belum berjumpa..
tu la letak sini.. kot2 ada yang boleh membantu..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2013 09:03 AM | Show all posts
telracs posted on 11-11-2013 05:49 PM
sedang mencari juga... tapi belum berjumpa..
tu la letak sini.. kot2 ada yang boleh membantu..

hm kalo xde, kene try cari kt DVD Store plk.. hiihi.
mmg tertunggu-tunggu tv3 tyg balik cite lame, tp xde, x silap Last week TV3 ade siarkan cite jamal ngn sofea tp cite suratan kasih ( ni kot tajuknye), tp dpt tngok last scene je. huhu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2013 05:43 PM | Show all posts
jaja4 posted on 12-11-2013 01:03 AM
hm kalo xde, kene try cari kt DVD Store plk.. hiihi.
mmg tertunggu-tunggu tv3 tyg balik cite lame ...

ooo ada e citer lain yang menggabungkan jamal ngn sofea...
nnt i try cari.. kalau betul tajuk tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2013 05:51 PM | Show all posts
telracs posted on 12-11-2013 05:43 PM
ooo ada e citer lain yang menggabungkan jamal ngn sofea...
nnt i try cari.. kalau betul tajuk tu. ...

Ade, kt dlm artikel yg TT post ni  ' Minggu ini ku sangkakan cerita psycho-thriller “Takdir Penentu Segala” (setelah disemak “Suratan Kasih” rupa-rupanya)'. cite ni pon best gak.. betul la tajuk movie die suratan kasih..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2013 05:53 PM | Show all posts
jaja4 posted on 12-11-2013 09:51 AM
Ade, kt dlm artikel yg TT post ni  ' Minggu ini ku sangkakan cerita psycho-thriller “Takdir Penen ...

okies.. tq veri mac..


Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2013 08:46 PM | Show all posts
telracs posted on 11-11-2013 05:49 PM
sedang mencari juga... tapi belum berjumpa..
tu la letak sini.. kot2 ada yang boleh membantu..

aku gugel nama movie tu..kuar blog teamrelease blogspot
dah siap sedut dan layan
hujung2 cerita cam ngarut jek
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2013 08:51 PM | Show all posts
telracs posted on 12-11-2013 05:43 PM
ooo ada e citer lain yang menggabungkan jamal ngn sofea...
nnt i try cari.. kalau betul tajuk tu. ...

citer suratan kasih mcm thriller..jamal abdillah jd komposer merangkap pembunuh bersiri
sopia jane penyanyi yg jatuh cintan dgn jamal
tak best sgt la citer tu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:53 AM GMT+8 , Processed in 0.118972 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list