CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8434|Reply: 131

[Tempatan] Nama Allah tak boleh pakai, Kini Nama Melayu pun non-Muslim tak boleh pakai?

[Copy link]
Post time 27-10-2013 02:35 AM | Show all posts |Read mode
        

              

KRUBONG – Kewujudan sebuah tokong di kawasan perindustrian Krubong di sini yang menggunakan nama orang Islam menimbulkan tanda-tanya dalam kalangan masyarakat Islam di situ. Menurut mereka, tokong itu wujud sejak kira-kira 30 tahun lalu, namun hanya menyedari ia menggunakan nama “Datuk Haji Jawi Shamsuddin” sejak dua minggu lalu.


Seorang penduduk, Sham Kamat, 47, berkata, dia tidak berniat untuk mencampuri aktiviti keagamaan kaum lain namun, tindakan pihak terbabit menggunakan nama orang Islam memang tidak boleh diterima. Menurutnya, perkara itu perlu disiasat pihak berkuasa termasuk untuk mengetahui sebab mengapa mereka menggunakan nama orang Islam di tokong berkenaan.


“Kita tidak mahu mengganggu urusan atau aktiviti keagamaan kaum lain tetapi tindakan mereka menggunakan nama ini boleh menimbulkan kekeliruan orang ramai. “Memanglah hari ini kerajaan melaungkan slogan 1Malaysia tetapi janganlah sampai isu keagamaan pun hendak ‘di 1Malaysiakan’,” katanya, semalam.


Sham berkata, tokong berkenaan juga terletak hanya kira-kira 10 meter dari surau tempat pekerja kilang terbabit menunaikan solat.
Sementara itu, Ketua Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam (Jaim), Rahimin Bani ketika dihubungi berkata, penggunaan nama yang berkaitan Islam atau orang Islam seperti Datuk Haji Jawi Shamsuddin tidak sepatutnya dilakukan oleh bukan Islam apatah lagi ia diletakkan di tokong.


“Perkara ini boleh menimbulkan keresahan dan kemarahan masyarakat Islam. Ia juga boleh ditafsirkan sebagai menghina Islam. “Pihak berkuasa tempatan (PBT) diharap dapat menguatkuasakan garis panduan pembinaan rumah-rumah ibadat bukan Islam,” katanya. Beliau turut mengharapkan kerjasama semua pihak bagi memastikan Islam terus dimartabatkan di arus perdana seiring dengan peruntukan perlembagaan negara.-Sinar Harian

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2013 02:42 AM | Show all posts
Peninglah weiii kat msia ni tak habis2 begaduh pasal agama dan bangsa. Sudah2 lah nak hiduo berperang berbunuh bunuhan satu sama lain kacau bilau satu negara baru puas hati ke??????
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2013 03:05 AM | Show all posts
Idris Jala kena tukar nama
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2013 03:07 AM | Show all posts
aku x paham apa fungsi nama datuk haji tu letak kat tokong tu?

Nama tokong kah? ke kubur org Islam dibuat tokong? ke tukang rasmi tokong?

Bende ni mengingat kan aku kepada kisah org cina beli tanah kat kampung aku pastu kat tanah tu ada kubur Tok Guru Islam zaman dulu kala yg dah beratus tahun di jadikan Tokong oleh org cina tu untuk disembah. last2 Jakim dpt tau mintak musnahkan dan org cina tu beri kerjasama
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2013 03:07 AM | Show all posts
Malaysia masih aman.... ahaks....

Sebenarnya malaysia dah aman terlalu lama... Dah tiba masa untuk bergelora agaknya...

Mohon dijauhkan...

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2013 03:11 AM | Show all posts
ada 'haji' tu............
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2013 03:25 AM | Show all posts
aku x paham apa fungsi nama datuk haji tu letak kat tokong tu?
Nama tokong kah? ke kubur org Islam dibuat tokong? ke tukang rasmi tokong?

Pernah baca artikel pasal ni... Kalau tak silap aku nama tu merupakan orang yang pernah berjasa pada penduduk2 tersebut pada suatu masa yang lalu... Mungkin disebabkan rasa terhutang budi, penduduk dan penganut tersebut meng'abadi'kan nama beliau didalam kuil/tokong tersebut...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2013 03:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Org Arab kristian Nama serupa mcm org Arab Muslim...tak kecoh pun..akk ingat org indo je yg suka kecoh2 ni, fupanya meleis Malaysia pun serupa jugak..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2013 03:51 AM | Show all posts
“Perkara ini boleh menimbulkan keresahan dan kemarahan masyarakat Islam. Ia juga boleh ditafsirkan sebagai menghina Islam.

owh,klu yang camni,pandai plak rasa terhina..
abes,yg pelakon beragama berpelok2 bukan muhrim,rasuah sume tu xrasa terhina plak??
bodoh melantun-lantun
pacik sham kamat,perbezaan org islam dgn non muslim adalah iman.
xguna jugak klu nama islamik gila tp dok mkn rasuah,maksiat sana sini
siyes bodoh punya isu..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2013 03:56 AM | Show all posts
Tokong tu macam tok pekong lar penunggu kat kawasan tu. Dah kawasan tu kawasan orang melayu, cina2 tu sembah lar tok pekong hantu tanah kat situ. Kazen Bedah ramai je yang kawin dengan jantan Cina duk terhangguk2 depan tokong macam tu. Sekali tu Bedah tanye sorang akak sepupu anak kepada abang babah, die cakap tokpekong macam tu penunggu kat tanah tu. Pastu die suh Bedah duk diam2 la mulut tu tak reti nak cover
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2013 04:00 AM | Show all posts
Panglima Datuk Ah Cong

Panglima Ah ChongOne Datuk was originally a man of Cantonese Hakka family, his name was So Ah Chong (苏亚松). He was the leader of Ghee Hin secret society that founded more than 16 tin mine settlements. The municipal government of Taiping named a road after him for his contribution in the economy. In June 1865 he was captured and sentenced to death by local Malay chief of Matang during the Larut War among secret societies, and the Malay chief honoured him by calling him Panglima Ah Chong (Commander Ah Chong). After his heroic death, it was said the godship of him was very effective for his worshippers and so peoples of Matang and coastal dwellers built shrines to worship him.

Ni ha dik Cong, ade orang sembah kau... tak tawuuu... haaa.... haaa


Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2013 04:08 AM From the mobile phone | Show all posts
haish... psal nama pn nk kecoh... cm JPN sebok nk betulkan nama org...

eh.. i melalut lak..

beliau tu, datuk haji tu adakah org yg sponsor tokong tu??
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2013 04:09 AM From the mobile phone | Show all posts
haish... psal nama pn nk kecoh... cm JPN sebok nk betulkan nama org...

eh.. i melalut lak..

beliau tu, datuk haji tu adakah org yg sponsor tokong tu??
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2013 04:09 AM From the mobile phone | Show all posts
haish... psal nama pn nk kecoh... cm JPN sebok nk betulkan nama org...

eh.. i melalut lak..

beliau tu, datuk haji tu adakah org yg sponsor tokong tu??
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2013 04:14 AM From the mobile phone | Show all posts
alamak sorry mod smpai 3 kali post yg sama... hp i pening td.. adoi...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2013 04:17 AM | Show all posts
Aku tak kisah pun pasai nama tu...tapi yang memusykilkan aku ialah nama tu sendiri. Bley sapa2 sila cerita sikit sapa kah Dato Hj Jawi tu? sedikit info pls.? Gerangannya kelihatan hebat sehinggakan dipuja2 sedemikian rupa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2013 04:18 AM | Show all posts
Kelihatan seperti tokkong je pun kepada Bedah
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2013 05:33 AM | Show all posts
Apesal makin mengarut jer orang orang kat malaysia sejak akhir-akhir ni?
Makin ramai tukang komplen, tukang report, tukang nak menyaman.......zzzzz
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2013 06:27 AM | Show all posts
Tukar ler nama tu, nanti ada yang akan keliru dan menyembah tokong kan susah...
Bukan semua manusia ni ada comman sense...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2013 06:35 AM | Show all posts
roboh tokong tu!

halau keluar Mesia  pemilik tokong tu!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:29 PM GMT+8 , Processed in 0.082226 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list