CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3627|Reply: 10

Lelaki kemaruk jadi anjing

[Copy link]
Post time 25-10-2013 10:12 AM | Show all posts |Read mode
Pittsburgh: Sesetengah orang memang menggemari haiwan, tetapi bagi Gary Matthews, 47, dia mengimpikan untuk menjadi seekor anjing.
Matthews yang juga juruteknik teknologi maklumat yang menganggur berhasrat menjadi haiwan berbulu itu jika diberi kesempatan.

Apabila mendapat peluang, biasanya dia akan memakai kostum anjing ketika berada di rumah bersama keluarga dan rakan, selain turut menggelar dirinya dengan nama timangan “Boomer”.


Matthews suka berlari ke sana dan ke mari dengan dua tangan dan dua kakinya seolah-olah dia adalah haiwan empat kaki, makan makanan anjing dalam mangkuk haiwan dan mengejar kenderaan.

Lelaki berketinggian 1.80 meter itu juga gemar tidur dalam rumah anjing di kediamannya. Dia turut memiliki kostum anjing diperbuat daripada kertas, lapor Oddity Central.

Menurut Matthews, dia memang sukakan anjing. Rancangan komedi Disney, “The Shaggy D.A” menjadi pendorong untuknya meniru kehidupan tidak normal itu. Pada mulanya, dia menggelar dirinya “Pongo”, watak anjing dalam “101 Dalmatians”. Ketika berusia 12 tahun, Matthews menjadi peminat “Here’s Boomer”, siri drama televisyen NBC mengenai anjing yang gemar membantu manusia.

MATTHEWS merayau di kawasan kejiranannya dengan kostum anjing.

“Saya suka watak Boomer, mengembara melihat bandar baru, bertemu orang berbeza setiap minggu dan membantu mereka menyelesaikan masalah,” katanya.

“Malah, saya bercadang untuk merayau dan mengembara apabila habis tempoh persekolahan untuk hidup bersama anjing liar dan menempuh cabaran bersama haiwan itu.

“Saya menonton siri “Here’s Boomer” dan meniru beberapa tingkah lakunya. Apabila saya menyalak, apa yang anda dengar ialah hasil rakaman salakan saya yang dipelajari daripada salakan Boomer. Semuanya membantu saya menjadi anjing yang lebih baik,” katanya.

Keluarga dan rakan sudah biasa memanggilnya Boomer, tetapi Matthews belum mendapat pengiktirafan sah bagi nama itu.

Pada 2010, dia medapat perhatian antarabangsa apabila cubaannya mengubah nama kepada “Bommer The Dog” ditolak hakim kerana ia akan menyebabkan risiko kebajikan awam.

Hakim daerah Allegheny, Ronald W Folino berkata, jika Matthews menyaksikan nahas dan menghubungi talian kecemasan 911, operator mungkin meletakkan telefon dan tidak menghantar petugas penyelamat jika dia memberitahu pihak berkuasa yang namanya ialah “Boomer The Dog”.

Sementara itu, Matthews memberitahu, dia ingin mendapatkan “anjing betina” untuk berkongsi kehidupan dengannya. - Agensi

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2013 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Erkkkkk.....pelik2 manusia zaman nih....
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 10:47 AM | Show all posts
dah elok2 jadik orang nak jadik hewan
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 10:52 AM | Show all posts
dah kenapa nk jd anjing pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 10:55 AM | Show all posts
dah kenapa..
bosan jadi manusia?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 11:08 AM | Show all posts
dah elok2 Allah jadikan ko sebaik2 makhluk nak jadi haiwan plak.. ikut ko lah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2013 11:14 AM | Show all posts
memang manosia nie xtau bersyukur..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 11:22 AM | Show all posts
pelik benar.........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2013 12:05 PM | Show all posts
Jadi manusiakan lebih baik buat apa le nak jadi anjing
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 01:56 PM | Show all posts
si mamat ni mesti xde akal.. sbb tu nak jadi anjing.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 08:36 AM | Show all posts
Salaam.















Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.065490 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list