CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6642|Reply: 17

Saya tak cari kontroversi - Ika

[Copy link]
Post time 17-10-2013 08:48 AM | Show all posts |Read mode


BERMULA dengan isu melakukan tindik lidah sehingga mengundang kritikan ramai, kemudian dirinya dikatakan pula seorang lesbian dan mempunyai hubungan cinta dengan pengkid serta dituduh menyimpan peralatan seks.

Terkini, kontroversi mengenai tindakannya menghamburkan kata-kata kesat di laman sosial Instagram miliknya gara-gara tidak berpuas hati dengan kelakuan seorang individu yang meminta gambar bogelnya hangat diperkatakan.

Itulah rentetan kontroversi yang melanda pelakon Tanda Putera, Ika Nabella sepanjang bergelar artis setelah tersingkir daripada Akademi Fantasia 6 (AF 6) dahulu. Ironinya, ada pihak yang beranggapan namanya popular gara-gara isu sensasi berbanding kisah kerjayanya.

Melihat tepat ke arah anak matanya semasa ditemu bual kelihatan sekelumit kekecewaan yang seperti terpendam di hatinya, Ika meluahkan segala kontroversi yang berbangkit bukanlah atas kehendak dirinya sendiri.

“Saya menceburkan diri dalam dunia seni kerana minat yang mendalam, malah saya lebih gemar bercerita tentang kerjaya berbanding memperkatakan tentang isu-isu peribadi.

“Bagaimanapun, saya sedar dan akur bahawa inilah realitinya apabila menjadi seorang artis. Cuma, saya tidak pernah mencari kontroversi semata-mata mahu meraih populariti dengan segera,” ungkap pelakon berusia 24 tahun itu.

Ditanya mengenai pandangannya terhadap pelbagai kontroversi yang sering melanda dirinya itu, pelakon itu memberitahu ia boleh dijadikan sebagai pengajaran paling berguna supaya kesilapan sama tidak berulang.

Ujar Ika, pada masa akan datang dia enggan lagi terlalu cepat melatah apabila berhadapan dengan sesuatu isu yang melanda dan perlu menanganinya dengan lebih bijak supaya peminat tidak skeptikal terhadap dirinya.



“Permasalahan yang timbul sebelum ini seperti meluahkan kata-kata kesat di Instagram, semuanya berpunca daripada situasi tekanan yang dialami sehingga tidak memikirkan dahulu impak yang akan diterima.

“Jadi, saya perlu sentiasa bersikap positif dan lebih terbuka selepas ini dengan tidak melakukan tindakan terburu-buru supaya tidak dikecam hebat. Saya sekadar berharap perkara yang pernah terjadi itu tidak akan berulang kembali,” ujarnya.

Menyatakan dirinya sedia ditegur sekiranya melakukan sebarang kesalahan, tetapi Ika meminta supaya tidak ada pihak yang suka menghakimi seseorang individu itu sebelum mengenali dengan lebih rapat.

“Kalau hendak memberi teguran sekalipun biarlah dengan cara yang lebih berhemah dan bukan sekadar melemparkan tuduhan tidak berasas. Saya anggap sebarang teguran itu boleh dijadikan panduan untuk memperbaiki diri sendiri,” tegasnya.

Biarpun sering terpalit dengan kontroversi, pelakon itu menyatakan ia langsung tidak menjejaskan kariernya sebagai pelakon serta hubungan dengan ahli keluarga yang lain kerana mereka lebih mengenali dirinya yang sebenar.

Berlakon

Menceritakan tentang perkembangan kerjayanya pula, Ika memberitahu rezekinya sekarang ini lebih berpihak kepada lakonan, meskipun tidak pernah melupakan bidang nyanyian.

Ujarnya, setelah hampir lima tahun berkecimpung dalam dunia seni, dia lebih kerap berlakon dalam drama bersiri dan telemovie, manakala nyanyian pula agak kurang dan hanya pada acara-acara tertentu sahaja.

“Tidak dinafikan kemunculan saya lebih banyak di kaca televisyen berbanding di layar perak. Tawaran berlakon filem itu banyak juga yang diterima, tetapi biasanya ia akan bertembung dengan jadual lain.

“Apa pun saya tidak kisah sangat dan tetap bersyukur kerana rezeki dalam lakonan masih terbuka luas. Dengan pelbagai tawaran yang diterima membuktikan masih ramai pengarah dan penerbit yang memberikan kepercayaan kepada saya,” ujarnya yang baru sahaja muncul dalam filem Tanda Putera pada Ogos lalu.

Berkenaan dengan aktiviti seninya sekarang, pelakon itu memberitahu dia bakal tampil dalam sebuah drama bersiri berjudul Seindah Sabarmu yang mula disiarkan di TV9 sejak 15 Oktober lalu.

“Anissa merupakan rakan baik kepada Fiqa yang dibawakan Nad Zainal, tetapi konflik antara kedua-duanya mula timbul apabila mereka mencintai lelaki yang sama sehingga Anissa melakukan perkara yang di luar batasan,” ujarnya.



Selain Ika dan Nad, pelakon yang turut membintangi drama bersiri sepanjang 14 episod itu antaranya ialah Shah Iskandar, Shahronizam dan Hanis Kamal.

Usaha lebih

Seperti yang telah diketahui umum, pembabitan Ika dalam AF 6 pada tahun 2008 tidak berpanjangan apabila dia menjadi peserta yang kedua terkeluar, sekali gus gagal merebut gelaran juara.

Namun begitu, dia dilihat antara peserta yang agak bertuah kerana masih lagi mampu bertahan, tidak seperti kebanyakan peserta lain yang terus tenggelam daripada arus perdana hiburan.

“Kalau diikutkan memang agak sukar untuk meneruskan karier dalam seni pada peringkat awal, tetapi yang paling utama kena berusaha dengan lebih gigih lagi sekiranya ingin menggapai impian yang terpendam sejak sekian lama.

“Walaupun tersingkir awal semasa AF 6 dahulu, tidak bermakna impian tidak boleh digapai. Yang penting, seseorang itu harus bijak mencari peluang yang ada serta tidak mudah berputus asa,” jelasnya.

Ketika ditanya sama ada dia mengikuti perkembangan AF 2013 yang sedang rancak berlangsung ketika ini, Ika memberitahu sekiranya ada kelapangan dia akan menontonnya di rumah.

“Dengan perubahan konsep yang dilakukan saya dapati persaingan kali ini lebih sukar dan mencabar buat para peserta. Selain itu, mereka perlu lebih kreatif terutamanya untuk menarik lebih banyak undian daripada penonton.

“Kepada peserta yang sudah tersingkir pula, jangan terlalu cepat patah semangat kerana ia tidak bermakna hasrat untuk mengejar impian menjadi seorang artis sudah berakhir,” ujarnya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2013 10:25 AM | Show all posts
suam suku gak nih attention seeker kot ..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 10:36 AM | Show all posts
Seriously aku nyampah tgk ppuan nih
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 10:44 AM | Show all posts
dia berlakon pon citer apa
aku ttp tak ingat dia tu sapa

yg aku tau ada watak menyetan..
mcm drama perempuan neraka.. dia jadi anak kepada aaa sapa tah perempuan tuh


Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 10:47 AM | Show all posts
aku xsuka ppuan ni....
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 10:49 AM | Show all posts
apa sumbangan ko pd industri?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2013 10:50 AM | Show all posts
Ikan Abella...berapa sekilo neh????
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 10:52 AM | Show all posts
aku juz ingat masa kat AF dulu dia letak wishlist lagu dia lagu "Umbrella", skali out habis, terpaksa last minute tukar lagu lain sebab suara n pronunciation dia hampeh nyanyi lagu tu.. nguahahahah!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2013 09:28 PM | Show all posts
sendu dia ni... kesian..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 09:31 PM | Show all posts
Entah dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2013 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
sape nii loll
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2013 06:45 PM | Show all posts
rimas ah pompuan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2013 06:48 PM | Show all posts
mcm pnh dgr nama... tp iols xtau sgt psl dia nie
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2013 08:40 PM | Show all posts
adziah posted on 17-10-2013 10:52 AM
aku juz ingat masa kat AF dulu dia letak wishlist lagu dia lagu "Umbrella", skali out habis, terpaks ...

mmg suara si Ika ni out. adlin siap ckp dia nyanyi mcm nyanyi lagu tadika je.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2013 08:34 AM | Show all posts
kakakmanis posted on 19-10-2013 08:40 PM
mmg suara si Ika ni out. adlin siap ckp dia nyanyi mcm nyanyi lagu tadika je.

tu la pasal.. pasal tu la dia end up jadi pelakon bukan penyanyi.. hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2013 09:15 AM | Show all posts
sendu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2013 09:26 AM | Show all posts
Ika ni cantik tapi seksi tak hengat.
Kesian.
Letak gambar seksi meksi dekat instag,
lepastu bila orang bahankan dia sentap,
kenapa tak guna otak ; boleh je jangan post gambar macam tu.
Tapi nak juga post bagi orang tengok.
Bila kena bahan, pandai pula sentaps.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2013 09:47 AM | Show all posts
yg aku ig pasal dy ni,penah masuk melodi sbb katanya zain ada hantar mesej ala2 lucas kat dia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.081418 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list