Penyanyi lagu Pour It Up, Rihanna, 25, mengabadikan kenangan melancong ke New Zealand dengan membuat tatu seperti puak Maori pada tangan kanannya menggunakan kaedah Ta Moko. Pengalaman Rihanna membuat tatu pada tangannya dikongsi bersama peminat melalui video berdurasi dua minit yang dimuat naik di Internet. Rihanna memilih tatu berbentuk anak panah dari hujung jari hingga ke pergelangan tangannya.
Proses membuat tatu yang hanya meng-gunakan tukul, pahat dan dakwat itu dilakukan pembuat tatu terkenal, Inia Taylor di studio Moko Ink di Barat Auckland.
Dalam video itu, Rihanna beberapa kali mengerutkan dahinya serta ketawa de-ngan kuat untuk menahan kesakitan ketika Inia yang dibantu penyanyi tempatan, Tiki Taane menyiapkan tatu itu.
Pada satu tahap, proses dihentikan seketika bagi memberi peluang kepada Rihanna mengelap darah yang meleleh.
Rihanna membuat lebih 20 tatu pada badannya, termasuk tatu doa dalam bahasa Sanskrit pada pahanya dan perkataan 'love' pada jari tengah di tangan kiri.
"Semua tatu yang saya buat mempu-nyai makna yang berkait rapat dengan kerohanian dan perasaan saya pada agama. Saya ada tatu burung helang. Dalam cerita dewa, helang adalah burung yang membantu mereka," katanya.
|