View: 1896|Reply: 19
|
[Tempatan]
Tak sempat balik beraya
[Copy link]
|
|
PAKA - Hasrat dua sahabat yang juga rakan sekolej menghabiskan masa cuti sempena sambutan Aidiladha di kampung halaman tidak kesampaian apabila keduanya maut dalam kemalangan, dekat sini, petang kelmarin.
Kemalangan kira-kira jam 5.30 petang di Kilometer 25 Jalan Paka-Al Mukhtafi Billah Shah itu dipercayai berlaku apabila kereta Proton Wira dinaiki Hasmadi Zainordin, 30, dan rakannya Mohd Rizairie Mohd Rizan, 23, terbabas sebelum bertembung dengan sebuah kereta lain dari arah bertentangan.
Ketika kejadian, dua sahabat itu yang merupakan penuntut jurusan keselamatan di Institut Marin dan Latihan Ronaco Kemaman dalam perjalanan pulang ke Kelantan.
Hasmadi yang tersepit di tempat duduk pemandu dilaporkan cedera parah dan maut di tempat kejadian, manakala Rizairie meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Dungun.
Rakan mangsa, Maisurah Nor, 19, berkata, sebelum kejadian, dua rakan kolejnya itu sempat menikmati sarapan pagi di sebuah warung makan berdekatan kolej mereka.
Katanya, Allahyarham ketika itu banyak berdiam diri dan hanya melemparkan senyuman ketika rakan-rakan lain sedang asyik berbual.
''Tak sangka kedua-dua mereka akan menemui ajal, baru pagi tadi (kelmarin) kami bersama," katanya.
Ketua Polis Daerah, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika mengesahkan kejadian berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk pemeriksaan lanjut.
Jenazah Hasmadi kemudian dibawa pulang ke kampungnya di Jelawat, Bachok, Kelantan, manakala jenazah Ruzairie dibawa pulang ke Machang, Kelantan.
Pemandu Perodua Viva yang terlibat dalam kemalangan itu, Mohd Khairul Anuar Alias, 19, hanya cedera ringan dan menerima rawatan pesakit luar di Hospital Dungun.
|
|
|
|
|
|
|
|
Takziah... Alfatihah...
Ruginya... pemuda2 harapan negara, terkorban dijalanraya....
Berhati2 dijalanraya.. Biar lambat asal selamat.... |
|
|
|
|
|
|
|
salam takziah
terkorban dikala raya korban bakal menjelang |
|
|
|
|
|
|
|
takziah. hancur teruk kete tu |
|
|
|
|
|
|
|
sumber berita lain ade? yang ni lebih pada cerita kawan sedih baru pagi tadi makan bersama bla bla bla je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya hajat nak beraya bersama keluarga x kesampaian.
|
|
|
|
|
|
|
|
kawal emosi anda bila memandu... so sad raya2 nie dengan berita kematian |
|
|
|
|
|
|
|
hati2 di jalan raya.
pastikan keadaan kete selamat. |
|
|
|
|
|
|
|
edee_91 posted on 12-10-2013 10:43 AM
sumber berita lain ade? yang ni lebih pada cerita kawan sedih baru pagi tadi makan bersama bla bla b ...
Dua pelajar maut nahas di Dungun
DUNGUN: Selepas 10 hari meragut tiga nyawa, Kilometer 25 Jalan Paka-Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), dekat Bukit Sejuk, di sini, terus meragut dua lagi nyawa pelajar Renaco Marin, petang semalam.
Kemalangan kira-kira jam 5.30 petang itu mengorbankan dua pelajar jurusan penyeliaan keselamatan, Hasmadi Zainordin,30, yang berasal dari Kampung Kuin Pasir Jelawat, Bachok, Kelantan dan Mohd Rizairie Mohd Rizan,23, dari Machang, Kelantan yang juga anak kepada Pegawai Operasi dan Latihan Kementerian Pertahanan, MINDEF, Leftenan Kolonel Mohd Rizan Mat Hasan.
Ketua Polis Daerah Dungun, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta Proton Wira yang dinaiki kedua-dua pelajar terbabit dikatakan terbabas memasuki laluan kanan jalan sebelum bertembung dengan kereta Produa Viva yang datang dari arah bertentangan.
|
|
|
|
|
|
|
|
aigoo. cemana boleh terbabas? lama tak serbis kete? |
|
|
|
|
|
|
|
jgn memandu dalam keadaan emo dan mengikut perasaan... ingatlah org yg tersayang.. Selamat Hari Raya Aildil Adha.. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah..al fatihah buat arwah2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ujan dan angin ... kat sini walaupun ujan renyai tapi angin lintang agak kuat ....
Suatu ketika dulu , aku melalui jalan ni dan aku dapat rasakan tujahan angin namun tak dapat nak pastikan akan kelajuan angin secara pengalaman sebab pokok besar dan tinggi dan tak kedapatan ... |
|
|
|
|
|
|
|
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah kpd keluarga mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
Asal raya aje mesti balik.
Asal balik aje mesti time raya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|