View: 3836|Reply: 5
|
CARI 2013 K Drama Awards [Pengumuman]
[Copy link]
|
|
PENGUMUMAN
1. Anugerah CARI K-drama dijangka akan menemui peminat K-drama pada awal tahun depan. Berikut merupakan tentatif majlis anugerah secara kasar:
Peringkat awal pencalonan:
#Sebarang ulasan/review yang diberi untuk sesuatu drama akan ditamatkan pada 1/1/2014. Mana-mana ulasan yang diberi selepas tarikh tersebut tidak akan diterima kemasukan ke dalam CARI K-Drama Awards.
#Proses pengiraan/permarkahan untuk pencalonan awal akan dibuat selama sebulan.
#Kriteria pencalonan awal sila rujuk pada posting 3.
#Keputusan pencalonan awal dijangka pada akhir Jan 2014.
Peringkat akhir pencalonan:
#Pengundian/Penilaian untuk peringkat akhir berlangsung pada 15/2/2014 -15/3/2014.
#Kriteria pencalonan akhir sila rujuk pada posting 3.
#Keputusan akhir akan diumumkan semasa majlis anugerah pada akhir Mac 2014.
2. Selain itu, bagi menjayakan majlis anugerah ini, kami memerlukan sukarelawan dari kalangan forumer CARI untuk tugasan berikut. Anda akan diberikan kredit hasil usaha anda.
(a) Pereka Grafik & Hiasan
-Sekurang-kurangnya 2 orang.
-Diminta untuk mereka poster & banner.
-Tugasan akan diberikan secara bergilir-gilir.
(b) Wartawan
-Selebih-lebihnya 3 orang.
-Menulis artikel , gosip tentang majlis anugerah ini.
-Contoh artikel yang pernah dikarang: http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=697582&extra=page%3D2
-Biasanya anda diminta mengarang artikel bagi setiap event yang dibuat.
(c) Juru audit
-Selebih-lebihnya 5 orang.
-Membantu moderator/pengajur mengira segala "point" yang dikira sebagai markah untuk pencalonan.
-Berdasarkan kriteria pencalonan disebut dibawah, anda akan diminta untuk mencatit segala isikata, markah & perkara penting yang diberi oleh pengulas setiap drama. Maka, kerja yang anda buat sedikit "hectic" dan menyusahkan. Oleh itu, hanya orang yang berikan komitmen sahaja mampu untuk berbuat demikian.
-Anda perlu menyibukkan diri sepanjang bulan Jan.
(d) Promosi & Pengiklanan
-Membantu kami mempromosikan event.
-Mempunyai connection agak ramai dengan forumer, especially k-drama lovers.
(e) Juruhebah Anugerah
-Anda akan dilatih untuk menjadi juruhebah semasa majlis anugerah berlangsung.
-Pada majlis anugerah tahun lepas, @dauswq & @parasitology telah bertindak sebagai juruhebah.
|
|
|
|
|
|
|
|
KRITERIA PENCALONAN AWAL
Anugerah pada tahun ini dijangka lebih selektif, kompetitif dan dinilai secara "details" untuk mengurangkan keterbanyakan pencalonan sesuatu drama bagi (~redundance) bagi beberapa kategori "terbaik". Maka dengan ini, diperkenalkan beberapa kriteria digunakan untuk pencalonan awal. ULASAN anda berikan dalam thread drama adalah sangat-sangat penting . Lebih banyak ulasan, lebih mudah untuk masuk dalam pencalonan. Bagi kategori "popular" pula, forumer hanya perlu mengundi seperti biasa.
Kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut berdasarkan kriteria yang ditetapkan:
TERBAIK
1. Best Picture
>> Sekiranya terdapat lebih/= daripada 3 ulasan untuk drama itu, maka 60% markah dikira daripada purata keseluruhan ulasan forumer CARI dan baki 40% adalah purata markah keseluruhan dari mydramalist.
>> Sekiranya terdapat kurang daripada 3 ulasan (mesti sekurang-kurangnya 1 ulasan) untuk drama itu, maka purata keseluruhan ulasan forumer CARI akan dicampurkan sekali dengan purata markah keseluruhan dari mydramalist.
>> Cth: http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=redirect&goto=findpost&ptid=729340&pid=53566764&fromuid=1148231
Purata keseluruhan drama = "Rating Keseluruhan Drama" / Overall Rating/ Total Ratings
2. Best Director
>> Sekiranya terdapat lebih/= daripada 3 ulasan untuk drama itu, maka 100% markah dikira daripada purata markah di bahagian aspek teknikal ulasan forumer CARI.
>> Sekiranya terdapat kurang daripada 3 ulasan untuk drama itu, maka ulasan dari mydramalist mengenai aspek teknikal akan diambil kira.
>> Cth: http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=redirect&goto=findpost&ptid=729340&pid=53566764&fromuid=1148231
Purata aspek teknikal drama = " Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)"
3. Best Scriptwriting/Screenplay
>> Sekiranya terdapat lebih/= daripada 3 ulasan untuk drama itu, maka 60% markah "cerita" dikira daripada ulasan forumer CARI dan baki 40% adalah purata markah "cerita" dari mydramalist.
>> Sekiranya terdapat kurang daripada 3 ulasan (mesti sekurang-kurangnya 1 ulasan) untuk drama itu, maka purata "cerita" ulasan forumer CARI akan dicampurkan sekali dengan purata markah"cerita" dari mydramalist.
4. Best Cinematography
>> Pencalonan sepenuhnya akan dilihat dari mydramalist.
5 - 8. Best Actor/Actress/Supporting Actor/Supporting Actress
>> Syarat untuk pelakon itu diterima pencalonan adalah mestilah keseluruhan markah "keberkesanan lakonan" lebih daripada 7.5 tidak kira daripada ulasan cari / mydramalist.
>> Sekiranya terdapat lebih/= daripada 3 ulasan untuk drama itu, maka 60% jumlah pencalonan pelakon dikira daripada ulasan forumer CARI (di bahagian comment tertulis "nomination")dan baki 40% adalah jumlah pencalonan pelakon dari mydramalist.
>> Sekiranya terdapat kurang daripada 3 ulasan (mesti sekurang-kurangnya 1 ulasan) untuk drama itu, maka jumlah pencalonan pelakon diambil dari ulasan forumer CARI akan dicampurkan sekali dengan jumlah pencalonan pelakon dari mydramalist.
9. Best OST Album
>> Sekiranya terdapat lebih/= daripada 3 ulasan untuk drama itu, maka 60% markah dikira daripada purata markah "skor muzik" ulasan forumer CARI dan baki 40% adalah purata markah "skor muzik" dari mydramalist.
>> Sekiranya terdapat kurang daripada 3 ulasan (mesti sekurang-kurangnya 1 ulasan) untuk drama itu, maka purata purata markah "skor muzik" ulasan forumer CARI akan dicampurkan sekali dengan purata markah "skor muzik" dari mydramalist.
10. Song of The Year
>> 50%: Forumer CARI (Poll)
>> 50%: Billboard chart/Gaon
POPULAR (Kesemuanya guna "poll")
1. Popular Lead Actor
2. Popular Lead Actress
3. Popular Rookie Actor
4. Popular Rookie Actress
5. Popular Ahjussi
6. Popular Ahjumma
7. Popular Child Actor
8. Popular Child Actress
9. Most Memorable Scene
10. Couple of The Year
11. Fashion's Choice
12. CARI's K-Drama Popular Choice
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam kepada semua pengemar K-Drama sama ada anda adalah orang lama atau baru disini...
CARI KDrama Awards ini adalah merupakan tahun ke-2 diadakan. Dimana Anugerah dimulakan pada tahun lalu dan pengasasnya adalah Mod @dauswq dan dibantu oleh beberapa sukarelawan dan tentu saja kesemuanya adalah forumer disini.
Bagi forumer yang terlepas terlibat pada tahun lalu, diharapkan pada tahun ini bilangan penyertaan akan meningkat. Penyertaan anda semua adalah dialu-alukan dan kalau anda benar2 adalah pengemar K-Drama dan telah mengikut drama2 yang ditayangkan sama ada anda menontonya melalu online terus dari Korea ataupun melalui Astro KBSW dan OneHD, jangan lepaskan peluang untuk mengikuti acara gilang gemilang ini.
Setiap penyertaan dari awal sehingga akhir sudah tentu anda tau apakah ganjarannya kan.
Oleh itu sambil anda berhibur dan berseronok dalam acara ini...boleh juga tambah kredit bukan..
buat masa ini pihak pengajur sedang mencari sukarelawan yang sudi membantu beliau dalam acara ini. Sekiranya anda ingin terlibat sila pm Mod @dauswq dengan segera.
Semua tahu sekiranya anda terlibat dlm acara sebegini akan mengambil byk masa kerja anda tapi apa yang kita harapkan adalah apa yang anda lakukan itu adalah disebabkan anda adalah K-Drama Lover yang sejati..
Sekian.
isabel
SuperMOD
c.c @dauswq
|
|
|
|
|
|
|
|
(((((ATTENTION))))))
>>PANDUAN REVIEW<<
Berikut adalah cara untuk mengulas keseluruhan drama anda tonton.
Ulasan anda akan dikira sebagai markah untuk pencalonan beberapa kategori penting dalam anugerah CARI K-drama 2013 nanti..
Lebih dari tiga ulasan akan mendapat lebih banyak peluang untuk kemasukan ...
For more info untuk kriteria penilaian pencalonan boleh dirujuk disini: http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=754530&extra=page%3D1
Gunakan cara berikut...
Kredit yg bergantung hasil budi bicara moderator masing2 akan diberikan kepada pengulas dengan disertakan markah ....Ulasan tidak perlu terlalu panjang...pendek pun dah cukup...
Anda boleh tulis satu karangan review yang panjang tanpa perlu pecahkan ulasan2 kepada kategori tertentu...tapi jangan lupa letakkan markah kategori tersebut...
Rating Keseluruhan Drama: (_/10)
1. Cerita (_/10)
Adakah jalan ceritanya sukar dijangka dan mempunyai unsur-unsur suspens dan klimaks?
Jalan ceritanya adalah tulen dan tidak/kurang skeptikal seperti drama lain?
Peralihan plot cerita dibuat dengan kemas dan teliti yang mana anda rasa tidak bosan untuk terus menonton?
Puaskah anda dengan keseluruhan jalan cerita dan bukannya pada beberapa episod tertentu sahaja?
2. Keberkesanan Lakonan (_/10)
Semasa anda mengulas, calonkan sekurang-kurangnya satu pelakon yang anda rasa layak mendapatkan merit tertinggi (tidak terhad kepada pelakon utama sahaja, pelakon pembantu juga anda boleh masukkan) Jika tiada, abaikan...
Cth: 1. Go Hyo Jin (master's sun) [Best Actress]
2. Kim Wo Bin [Best Supporting Actor]
Adakah lakonan mereka keseluruhannya betul-betul memenuhi kriteria yang ditetapkan pada watak yang dibawa?
Adakah pelakon-pelakon memaparkan postur badan yang betul, komunikasi dialog yang sangat baik dan tidak tersekat-sekat, keberkesanan emosi (marah, sedih, gembira) yang disampaikan secara vokal mahupun mimik muka (karisma mata, gerakan bibir, etc)?
3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi) (_/10)
Adakah anda rasa pengarah pandai memanipulasikan elemen-eleman seperti montaj, suara latar, pemilihan tempat, pencerahan (gelap sesuai untuk menunjukkan drama itu 'dark' dan 'gloomy' ) dan sebagainya?
Adakah proses editing drama dilakukan dengan kemas? (Peralihan shot antara adegan satu sama lain )
Adakah sinematografi drama bersesuaian dengan adegan2 tertentu, contohnya, adegan romance?
Adakah intrumental kena dengan adegan2 yang dilakonkan?
4. Skor muzik (_/5)
Adakah pemilihan lagu (single-single) membuatkan anda terasa benar-benar mendalami watak yang dibawa oleh pelakon-pelakon?
Senaraikan selebih-lebihnya 5 ost (jika tidak berminat dgn ost drama, tak perlu list out) yang anda rasa paling "outstanding" dan "evergreen"
5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (_/5)
Berapa tinggi keinginan untuk 'memaksa' anda menonton drama ini semula?
CTH: http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=redirect&goto=findpost&ptid=729340&pid=53566764&fromuid=1148231
Sila sertakan tag @dauswq atau @nzhass79 atau @eddlisa_uyuk selepas anda selesai mengulas...
Last edited by dauswq on 24-12-2013 01:33 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
CARI K-Drama & K-Variety Star 2013 bakal diadakan pada awal tahun depan dengan beberapa kategori dipertandingkan. Jika anda ingin turut serta sebagai salah seorang penilai k-drama, sila melibatkan diri dengan menulis ulasan di thread k-drama & cast your nominations for the popularity category dalam thread ini:
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=768524&extra=page%3D1
Untuk tahun ini, buat pertama kalinya CARI K-Variety Star Awards diadakan untuk meraikan peminat variety shows..Ulasan tentang sesuatu drama (yg akan dipertandingkan tahun ini) akan diambil sehingga 1/1/2014. Ini bermakna drama yang tamat bersiaran selepas tarikh tersebut tidak akan diambil kira untuk pencalonan. Ulasan-ulasan yang dipos sebelum tarikh tersebut sahaja akan diambilkira untuk penilaian pencalonan.
SEBELUM ITU, pihak penganjur cari k-drama ingin mengucapkan terima kasih bagi mereka yang telah menulis review di beberapa thread k-drama tertentu dan pihak penganjur amat berbesar hati sekirangnya lebih banyak ulasan dikarang untuk membantu penilaian k-drama lebih telus dan berkesan...Jangan lupa cast your nominations untuk
Rujukan: http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=768524&extra=page%3D1
Last edited by dauswq on 24-12-2013 01:31 AM
|
|
|
|
|
|
|
| |
|