Kalau artis pakai rantai leher itu benda biasa tapi jika artis rantai kaki artis lain, itu luar biasa. Baru-baru ini, seorang sumber SS juga orang kuat industri hiburan terserempak seorang artis wanita popular di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur.
Memandangkan sumber SS dengan artis wanita ini mempunyai hubungan rapat, jadi mereka memanfaatkan pertemuan singkat itu dengan berbual panjang.
Sembang punya sembang, maka bermacam-macam topik diperkatakan sehinggalah masuk bab hubungan cinta si artis yang baru terlerai awal tahun ini.
Si artis mengakui perpisahan itu memang menyakitkan dirinya. Maklumlah, artis dan bekas kekasihnya yang juga seorang pelakon itu sudah bercinta bertahun-tahun lamanya. Tiba-tiba hubungan itu berakhir begitu saja gara-gara orang ketiga.
Nak dijadikan cerita buah hati baru aktor itu juga terbabit dalam bidang seni cuma baru nak menapak. Kata sumber, selepas hubu-ngan artis wanita dan pelakon itu berakhir, mereka sebenarnya masih boleh bertegur sapa atau bekerjasama dalam kerja sebab industri seni tak besar mana pun.
Tapi, yang peliknya pelakon lelaki itu nampak macam nak mengelak daripada si artis wanita ini. Malah, pelakon itu dikhabarkan sanggup menolak apa juga tawaran lakonan memba-bitkan dirinya dengan bekas kekasihnya.
Ketika mereka bertembung di sebuah majlis hiburan baru-baru ini, dia pelik apabila pelakon lelaki itu buat-buat tidak nampak dirinya se-dangkan jarak mereka tak jauh mana pun.
Risik punya risik, barulah tahu mengapa bekas kekasihnya bertindak demikian. Bukan pelakon lelaki itu se-ngaja berenggang atau memusuhi artis wanita itu tapi dia terpaksa demi teman wanita barunya.
Kata sumber SS, teman wanita baru itu kuat cemburu dan tak senang melihatkan hubungan baik antara kedua pelakon itu selepas hubungan mereka berakhir.
Haa.. nampak sangat teman wanita barunya itu yang makin dikenali ramai bimbang jika cik abang berbaik semula dengan bekasnya.
Sedangkan artis wanita itu sudah tak ada sekelumit rasa sayang pun selepas dirinya ditipu pelakon lelaki itu. Malah, apa yang SS dengar artis wanita itu pun sudah berjumpa pengganti.
Cuma artis wanita itu terkilan dengan sikap teman wanita baru bekas kekasihnya yang terlalu men-gongkong dan merantai kekasihnya itu sampaikan tak dibenarkan rapat dengan mana-mana perempuan langsung.
Pada SS, tak salah langkah berjaga-jaga diambil teman wanita baru sebab rekod sudah membuktikan pelakon lelaki itu agak ‘buaya’ depan perempuan.
Tapi rasanya tak payahlah sampai ke tahap rantai-merantai sangat. Rantai pula bukan calang-calang, kuat sangat macam sauh kapal! Rileks-rileks sudah, bukan suami isteri pun.
|