CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2976|Reply: 11

Harimau baham tangan pekerja

[Copy link]
Post time 7-10-2013 08:13 AM | Show all posts |Read mode
Oklahoma: Seekor harimau membaham tangan kiri seorang pekerja di taman haiwan Oklahoma tengah selepas mangsa memasukkan tangannya ke kandang haiwan berkenaan.
Mangsa, kini menjalani pembedahan, Sabtu lalu di Hospital Oklahoma City. Doktor berusaha menyelamatkan tangan wanita itu,” kata pemilik Taman Interaktif Zoologikal di Wynnewood, Joe Shreibvogel.

Kata Shreibvogel, tangan wanita itu terkoyak teruk.

“Bagaimanapun tangan yang digigit itu masih melekat pada anggota badannya tetapi parah.

“Pekerja lain yang melihat kejadian itu berusaha menyelamatkan mangsa sebelum diterbangkan ke hospital,” katanya.

Beliau berkata, wanita itu memasukkan tangannya ke dalam kandang haiwan berkenaan.

“Mangsa sempat menarik keluar tangannya. Haiwan itu tidak menerkam. Wanita itu yang menceroboh kandang haiwan itu,” katanya.

Taman itu mempunyai peraturan ketat melarang pelawat memasuki kandang haiwan liar.

Schreibvogel enggan mendedahkan identiti mangsa kerana belum menghubungi keluarga wanita berkenaan.

Wanita itu berumur 20-an dan bertugas sebagai penyelia haiwan di taman itu.

“Kemungkinan mangsa lalai hingga menganggap haiwan itu jinak seperti anjing, tetapi itu bukan anjing tetapi harimau,” katanya. - Agensi

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2013 08:33 AM | Show all posts
selepas mangsa memasukkan tangannya ke kandang haiwan berkenaan.

mmg cari nahas la
ingat kucing?
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 09:56 AM | Show all posts
saja ingin mencuba sesuatu yg baru...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 10:20 AM | Show all posts
tempah maut...........
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 10:20 AM | Show all posts
geram dgn kegebuan harimau ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 10:53 AM | Show all posts
nak belai rimau ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2013 11:55 AM | Show all posts
Memang cari nahas le nama pun rimau bukannya kucing
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 01:01 PM | Show all posts
malang xberbau..
nasib baik xputus tangan tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2013 04:13 PM | Show all posts
malas nak kesian sbb mmg sengaja cari nahas..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 09:31 PM | Show all posts
gambar ade..............???
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 10:15 PM | Show all posts
Tangan bau ikan kot...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 08:02 AM | Show all posts
dia pernah bela harimau ke sampai berani sgt? aduhai manusia, agak2 r... pemangsa tetap pemangsa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 89470 Replies : 3469
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 109565 Replies : 6876
Berita malam seram:Viral isu Iblis, syaitan dan sekutunya bina HQ di tengah laut.”
YgBenarBerita malam seram:Viral isu Iblis, syai
Views : 27086 Replies : 34
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 73002 Replies : 669
Isteri pakai susuk di alat kelamin nak halang suami curang
ultra78Isteri pakai susuk di alat kelamin nak h
Views : 37361 Replies : 31
Diesel, petrol Malaysia dijual macam ‘air minuman’ di Selatan Thai
AbahmungDiesel, petrol Malaysia dijual macam ‘a
Views : 15945 Replies : 11
Sabah negeri paling selamat ,kedudukan kedua dipegang oleh Kelantan manakala ketiga  Terengganu.Anda nak pindah?
YgBenarSabah negeri paling selamat ,kedudukan k
Views : 31644 Replies : 84
Makin banyak tanda suka, 'live' Fattah cetus fenomena
maklukpenggodaMakin banyak tanda suka, 'live'
Views : 47117 Replies : 114
Bil, Sewa, Grocery Semua…” – Neelofa Kongsi Pengalaman, PU Riz Tegas Tentang Nafkah Dan Tanggungjawab Keluarga
YgBenarBil, Sewa, Grocery Semua…” – Neelofa
Views : 41696 Replies : 120
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 27720 Replies : 680

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 02:39 PM GMT+8 , Processed in 0.063724 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list