View: 8474|Reply: 33
|
Sisa-sisa hidup puan Angelina Jolie
[Copy link]
|
|

Apa yang akan anda lakukan jika hayat anda berbaki tiga tahun lagi?
Pasti, sisa hidup itu akan digunakan sepenuhnya untuk memperbaiki kelemahan diri dan memberikan yang terbaik untuk orang yang tersayang.
Itulah yang perlu dilalui pelakon terkenal, Angelina Jolie, yang sudah meramal jangka hayatnya hanya berbaki lebih kurang tiga tahun sahaja.
Memandangkan tempoh tiga tahun itu bukanlah satu jangka masa yang panjang, Jolie yang lebih mesra disapa sebagai Angie ini turut membuat senarai perkara yang ingin dicapai dalam tempoh itu.
Menurut Angie atau nama sebenarnya, Angelina Jolie Voight, 38, salah satu perkara yang diingini adalah untuk bergelar isteri kepada tunangnya, Brad Pitt.
"Saya teringin untuk bergelar isteri kepadanya (Brad Pitt) sebelum saya meninggal dunia.
"Sebelum ini, kami pernah berjanji untuk membina sebuah keluarga yang lengkap dengan berkahwin.
"Inilah impian yang paling indah buat saya dan saya menantikan detik itu untuk meraikan bersama anak-anak," katanya yang pernah mengumumkan untuk melangsungkan perkahwinan pada Mei lalu setelah bertunang pada April 2012.
Pada masa yang sama, ibu kepada Maddox, 12, Pax, 10, Zahara, 8, Shiloh, 7, Knox dan Vivienne, 5, juga turut meluangkan masa bersama Pitt di beberapa lokasi romantik.
Malah, Angie juga turut menginap di hotel kegemaran mereka, Hotel Sunset Tower.
Namun, berbeza dengan sebelum ini, Angie memilih bilik yang pernah diduduki tunangnya itu bersama bekas isteri, Jennifer Aniston.
Penyakit warisan keluarga
Walaupun ianya hanya ramalan, namun detik hati Angie, kuat mengatakan bahawa dia turut mewarisi penyakit daripada keturunan ibunya.
Menurut Angie, kebanyakan keluarga sebelah ibunya meninggal dunia akibat penyakit barah.
"Keluarga ibu saya semuanya meninggal di usia muda dan jangka hidup mereka pendek.
"Jadi, saya perlu bersiap sedia untuk melalui fasa ini dengan tenang dan mengetahuinya dengan lebih awal.
"Lagipun, sebelum ini sudah ada tanda-tanda yang mengesahkan bahawa saya turut mengidap penyakit yang sama," katanya yang baru sahaja menjalani pembedahan membuang kedua-dua payudara pada awal tahun lalu.
Pembedahan itu dilakukan setelah doktor menemui gen kanser payudara yang masih lagi berada di peringkat awal.
Buang rahim
Walaupun telah menjalani pembedahan itu, namun Angie tetap mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengawal penyakitnya itu dari terus merebak.
Malah, Angie juga merasakan, dia perlu membuang rahimnya untuk mengelak daripada risiko dijangkiti barah.
"Walaupun saya tahu umur saya tidak panjang, namun saya cuba untuk merawatnya.
"Kemungkinan, saya akan membuang rahim kerana ianya juga berisiko untuk jangkitan barah.
"Saya mahu menikmati hari-hari terakhir tanpa rasa bebanan sakit yang melampau seperti yang pernah dialami saudara mara saya sebelum ini," katanya.
Tolak tawaran lakonan
Lebih selesa menghabiskan masa yang ada bersama keluarga dan anak-anak, Angie banyak menolak tawaran lakonan yang diterima.
Mengakui tahap kesihatannya yang tidak begitu baik, Angie merasakan waktu yang ada itu hanyalah untuk bersama orang-orang yang tersayang.
Selain itu, Angie juga turut menolak tawaran lakonan menerusi filem sekuel, Salt.
"Buat masa ini, saya tidak mahu menumpukan perhatian pada kerjaya. Cukuplah masa yang ada ini bersama anak-anak.
"Selain itu, waktu ini saya akan gunakan sepenuhnya untuk menjalani beberapa rawatan susulan.
"Saya sangat sayangkan Pitt dan anak-anak. Saya tidak tahu bagaimana kehidupan mereka bila saya tiada nanti.
"Jadi, saya perlu kuat dan tidak menjadikan penyakit ini sebagai alasan untuk mengecewakan mereka," katanya yang kini sibuk dengan filem kedua arahannya, Unbroken.
Macam2 penyakit angelina jolie ni ada 
|
|
|
|
|
|
|
|
aku doakan dia moga masuk islam.. moga dia beroleh hidayah ... amin.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni confirmed ke nak cari publisiti murahan saja? |
|
|
|
|
|
|
|
haa...tersentuh lak tetiba lepas baca artikel ni.......
erm....bertabah lah ye angie... |
|
|
|
|
|
|
|
sedihla bile dye ckp "sy sangat sayangkn pitt dan anak2.."  |
|
|
|
|
|
|
|
lagi sedih bila dia ckp 'saya tidak tahu bagaimana kehidupan mereka bila saya tiada nanti". oh angie.. |
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 posted on 4-10-2013 07:34 PM 
Ni confirmed ke nak cari publisiti murahan saja?
if semua benda untuk publisiti, tak perlukan kerja keras buat movie habiskan duit dengan terbang keseluruh dunia buat keje amal dan ambil anak angkat untuk di tanggung
baik p holiday, duduk atas yacht dan berparty, sampai la ujung nyawa... 
|
|
|
|
|
|
|
|
pyudara 2 2 xde, nk buang rahim lgi? ksian bradpitt. 
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya~
Bertabahlah angie. |
|
|
|
|
|
|
|
AdamBillionaire: aku doakan dia moga masuk islam.. moga dia beroleh hidayah ... amin..
Amin~ Dia ni baik orngnye. Suka bantu org lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80: Ni confirmed ke nak cari publisiti murahan saja?
what??...Angie lah org terakhir kat dunia ni yg perlukan publisiti murahan ok??.. |
|
|
|
|
|
|
|
artikel dongeng daripada tabloid picisan ada org percaya jugak ke  ..reporter...nak lariskan jualan macam2 direkanya |
|
|
|
|
|
|
|
mustahil..
tak payah publisiti murah pun
peminta sentiasa nak tahu pasal dia..
tetiba pulak kak timah menangis ni apesal..
|
|
|
|
|
|
|
|
-electrifying- posted on 7-10-2013 11:51 AM 
pyudara 2 2 xde, nk buang rahim lgi? ksian bradpitt.
jolie pun sian sama 
|
|
|
|
|
|
|
|
cantik dia ni kan.. dah takdir dia kan...  |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya baca semoga terus kuat |
|
|
|
|
|
|
|
mizlily posted on 7-10-2013 04:17 PM 
jolie pun sian sama
tu urh, nk wat cmne, xde plihan selaen kna buang . |
|
|
|
|
|
|
|
Tak diagnose sebagai cancer lg kan. Br ada gene cancer. So? Statemet mcm dah ada kanser stage 4. kalau betul2 sakit gi berehat. Ni sibuk nak mengarah filem terbaru dia tu.
Btw jolie please berlakon salt 2. Nak sgt tgk sekuel filem ni ;( |
|
|
|
|
|
|
| |
|