CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1797|Reply: 0

Bieber lepas dakwaan jenayah ancam keselamatan jiran

[Copy link]
Post time 4-10-2013 08:11 AM | Show all posts |Read mode
Los Angeles: Justin Bieber tidak akan berdepan dakwaan jenayah selepas dia dituduh mengancam jirannya yang mengadu mengenai cara pemanduannya.
Media semalam melaporkan, pendakwa daerah Los Angeles membuat keputusan itu selepas mendapati tiada bukti mencukupi untuk mendakwa bintang pop berkenaan.

Seorang penghuni kejiranan elit di Calabasas mengadu kepada pihak berkuasa mendakwa Bieber mengancamnya selepas mereka bertengkar pada Mac lalu.

Pergaduhan itu berpunca daripada cara pemanduan Bieber yang tidak disenangi lelaki terbabit.

Pendakwa berkata, tindak balas Bieber kelihatan “tidak matang” tetapi tidak semestinya bersifat jenayah.

“Aduan mengenai cara pemanduan Bieber di kawasan itu juga tidak disokong bukti mencukupi,” katanya dalam satu kenyataan. - AP


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 09:15 PM GMT+8 , Processed in 1.377852 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list