CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2517|Reply: 2

Tengku Abdullah: Rasuah bola sepak terkawal

[Copy link]
Post time 1-10-2013 05:23 PM | Show all posts |Read mode


TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata unsur rasuah dalam bola sepak negara masih terkawal

Sehubungan itu katanya tidak ada sebab untuk pihak tertentu membuat analisis sebaliknya hanya berasaskan insiden terkini membabitkan skuad bola sepak Perak.

"Jangan terlalu cepat melenting dan cepat menuduh. Kita tunggu tindakan susulan daripada pihak berkuasa. Jika ada bukti kukuh kita akan buat tindakan lebih drastik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditanya sama ada bola sepak negara dicemari rasuah susulan dakwaan wujud elemen rasuah dan sabotaj dalam pasukan bola sepak Perak baru-baru ini.

Media melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat dakwaan itu dan telah memanggil beberapa individu termasuk jurulatih pasukan Mohd Azraai Khor Abdullah bagi memberi keterangan.

Siasatan itu susulan laporan yang dibuat oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) Khairul Azwan Harun yang mahu SPRM dan polis menyiasat kemungkinan berlaku rasuah dan sabotaj berikutan siri kekalahan pasukan itu dalam saingan Piala Malaysia yang menyaksikan mereka tersingkir pada peringkat kumpulan. - Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2013 05:35 PM | Show all posts
moga2 statement dibuat setelah betul2 dikaji...diselidik..
sbb org kata...xde angin...pokok xkan bergoyang...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 05:46 PM | Show all posts
http://bm.harakahdaily.net/index ... -nak-tangkap-jerung
Rasuah bolasepak; bila nak tangkap jerung?

Kes yang menimpa pasukan bola sepak Perak baru-baru ini menunjukkan bahawa rasuah bola sepak di Malaysia masih di takuk lama. Kejadian ini benar-benar menyedihkan. Patutlah bola sepak Malaysia masih gagal menyaingi kehebatan sukan ini era 80-an dulu.

Bagi saya, untuk menyalahkan pemain seratus-peratus tentulah tidak wajar. Jika tidak ada penawaran tentu tiada penerimaan. Dalam hal ini kedua-dua pihak iaitu perasuah dan penerima rasuah wajar dihukum.

Yang berlaku sekarang ialah hanya pemain yang dikenakan tindakan sedangkan pemberi rasuah terus bebas di luar sana. Oleh itu, walaupun pemain bola sepak bertukar generasi, pemberi rasuah mungkin masih orang yang sama.

Sebagai salah seorang peminat bola sepak, tentunya saya tidak mahu bencana rasuah yang pernah melanda Malaysia pada era 90-an berulang kembali. Sewajarnya Persatuan Bola Sepak Malaysia dan persatuan negeri belajar daripada pengalaman pahit itu untuk membendungnya.

Suatu perkara yang amat wajar diberi perhatian ialah masalah gaji pemain. Sesetengah persatuan atau kelab menghadapi masalah untuk membayar gaji pemainnya sedangkan pemain ada tanggungjawab yang perlu dilangsaikan. Faktor ini boleh menjadi salah satu faktor mendorong pemain menerima rasuah.

Sepatutnya, dalam suasana bola sepak yang semakin matang tahap profesionalisme, tahap pengurusan kelab juga semakin lebih baik. Jika perkara asas ini dapat diselesaikan, sebahagian daripada ruang untuk rasuah dapat ditutup.

Selain itu, sehingga kini tiada “jerung rasuah” yang telah dikenakan hukuman sebagaimana pemain. Selagi jerung ini bebas lepas, mangsanya sentiasa terdedah kepada bahaya. Saya bimbang, jika masalah jerung rasuah ini tidak dapat diatasi, kelesuan bola sepak Malaysia akan berterusan dan sampai bila-bila pun peminat bola sepak Malaysia kempunan untuk melihat pasukan negara beraksi di Piala Dunia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.064136 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list