CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1903|Reply: 18

[Tempatan] Dakwah di pusat hiburan

[Copy link]
Post time 30-9-2013 09:31 AM | Show all posts |Read mode
ni mcm geng2 tabligh punya cara.

Dakwah di pusat hiburan
2013/09/30 - 06:49:59 AM
  
Dakwah di pusat hiburan


Sebahagian daripada pelajar IPTA menyampaikan dakwah kepada pengunjung di sebuah pusat hiburan dalam Program Dakwah JAIP di Ipoh.
Cara baru JAIP dekati sasaran secara berhemah

Ipoh: Dakwah di kelab malam dan dangdut, menjadi pendekatan terbaru Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) dalam usaha menyampaikan mesej keagamaan secara berhemah.

Menerusi pendekatan itu, kumpulan pegawai JAIP yang disertai pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mengunjungi premis hiburan yang dikenal pasti untuk mendekati dan beramah mesra dengan pengunjungnya yang beragama Islam.
Pengarah JAIP, Datuk Mohd Yusop Husin, ketika mengetuai kunjungan julung kali dilakukan itu, berkata pihaknya tidak berhasrat menghalang orang ramai berhibur di pusat hiburan.

Sebaliknya, beliau berkata, kunjungan bertujuan menyampaikan mesej keagamaan sesama Islam secara berhemah kerana premis seumpama itu kebiasaannya berpotensi berlaku gejala maksiat.

“Sasaran kami adalah mereka yang sering berkunjung ke pusat hiburan seperti kelab malam dan dangdut kerana tempat sebegini hampir dengan gejala tidak sihat.

“Kami juga mendapat kerjasama daripada pemilik pusat hiburan terbabit selepas diberi penerangan mengenai tujuan sebenar program ini,” katanya kepada pemberita di Jalan Yang Kalsom di sini, awal pagi semalam.

Dalam kunjungan itu, petugas JAIP tidak melakukan sebarang pemeriksaan atau tangkapan terhadap mana-mana pengunjung beragama Islam, sebaliknya hanya mendekati dan beramah mesra dengan mereka.

Yusop berkata, program selama dua hari itu mendapat kerjasama kira-kira 70 pelajar dari lima IPT iaitu Politeknik Ungku Omar (PUO), Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Tapah dan Seri Iskandar serta Universiti Teknologi Petronas (UTP).

Katanya, semua pelajar diberi modul berhubung cara dan teknik yang betul dalam menyampaikan dakwah sebelum mengikuti pegawai JAIP mengunjungi beberapa lokasi sasaran yang turut meliputi taman rekreasi dan pusat beli-belah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2013 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Itu lah cara dakwah yg betul.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2013 09:46 AM | Show all posts
Dakwah kelab dangdut

Oleh Mohd Hanafis Abdul Haris

Ipoh: “Pada awalnya saya agak terkejut apabila tiba-tiba dihampiri beberapa anggota dan pegawai Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), namun selepas dimaklumkan berkenaan program dakwah yang dijalankan, saya mula tenang,” kata salah seorang pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Ayu, 30-an.

Dia antara beberapa pengunjung kelab dangdut yang menerima ‘serbuan’ mengejut JAIPk dalam program dakwah yang menumpukan beberapa kawasan antaranya pusat hiburan, kawasan riadah dan tumpuan ramai di sekitar negeri ini.

Kehadiran lebih 30 anggota dan pegawai JAIPk yang turut disertai 20 pelajar dari lima institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/ IPTS) sekitar negeri ini pada jam 12 tengah malam kelmarin mengejutkan hampir semua pengunjung sebuah kelab yang terletak di tengah-tengah bandaraya berkenaan.

Menurut Ayu, pada awalnya dia berasa tidak selesa ketika serbuan dijalankan kerana kehadirannya ketika itu untuk melihat suaminya yang bekerja sebagai pemain muzik di kelab dangdut berkenaan.


PEGAWAI JAIPk (dua dari kiri) menyampaikan dakwah di pusat dangdut.

“Saya akui pendekatan JAIPk bersama pelajar muda ini amat bagus kerana selain mampu menyampaikan dakwah, ia juga mengingatkan mereka supaya tidak terlalu terpesong dari ajaran Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2013 09:55 AM | Show all posts
sudah semestinya...org PAS kan........
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2013 10:04 AM | Show all posts
woah.. boleh ek
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2013 10:09 AM | Show all posts
bagus la. lepas ni boleh duduk berdakwah kat lobi hotel. takde la orang dah check in baru nak serbu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2013 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe posted on 30-9-2013 10:09 AM
bagus la. lepas ni boleh duduk berdakwah kat lobi hotel. takde la orang dah check in baru nak serbu  ...

Ala.....nanti tak blh le org yg suka buat koleksi gambar org ditangkap khalwat dpt gambar mcm tu lagi.....



Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2013 10:19 AM | Show all posts
jazaa001 posted on 30-9-2013 10:16 AM
Ala.....nanti tak blh le org yg suka buat koleksi gambar org ditangkap khalwat dpt gambar mcm tu l ...

hahaha.. ramai juga yang berahi gambar khalwat ye..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2013 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe posted on 30-9-2013 10:19 AM
hahaha.. ramai juga yang berahi gambar khalwat ye..

Ada yg tengok gambar mcm tu terus inzal babe.....
Sbb tu dia buat koleksi.....


Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2013 10:22 AM | Show all posts
jazaa001 posted on 30-9-2013 10:20 AM
Ada yg tengok gambar mcm tu terus inzal babe.....
Sbb tu dia buat koleksi.....

kesukaan yang rare
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2013 10:29 AM | Show all posts
budak2 IPT ...dapat tak kedit hours ...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2013 02:53 PM | Show all posts
syok la jaip kluar masuk kelab gittewww...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 03:36 PM | Show all posts
PAS jugak yg kono...vuduh tahap veengai
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 03:52 PM | Show all posts
jgn raba sesama jantan sambil pakai serban dah la

Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 05:24 PM | Show all posts
budak PUO pun kena dakwah gak..
semua org kt area situ tau student PUO, sosial sikit..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 05:28 PM | Show all posts
jazaa001 posted on 30-9-2013 10:20 AM
Ada yg tengok gambar mcm tu terus inzal babe.....
Sbb tu dia buat koleksi.....

huh!! ade jugak mcm tu ka?  mudah sgt terpancot

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2013 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
froginthewell76 posted on 1-10-2013 05:28 PM
huh!! ade jugak mcm tu ka?  mudah sgt terpancot

Ada......
Gambar dlm koleksi dia nepal, mynmar, indon, semua ada....
Kira internasional uuuuu.........



Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 05:42 PM | Show all posts
wahh..pelbagai koleksi celah kangkang dia ade..tp cam busok jah nepal,indon bagai tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 09:25 PM | Show all posts
geng tabligh cari orang yang sokmo g surau/masjid baru berani ajak g masjid.....tabik le budak2 ipt ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.096170 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list