CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GuaAnakMelaka

[Pelbagai] Tips menulis buku,novel,skrip etc

[Copy link]
 Author| Post time 28-9-2013 01:45 AM | Show all posts
MUZIK

aku kalau menulis aku suka layan muzik Kitaro,sound air terjun dll....jiwa aku tenang dan otak pun fresh...










Tapi bila kepala aku gila sikit,aku bantai lagu nie....




bergema umah aku jam 2,3 pagi dgn lagu Metalicca...............................................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-9-2013 01:49 AM | Show all posts
CAKAP DAN RAKAM

Kdgkala aku akan bercakap dan bercakap n aku rakam....sbb idea ni x tentu..bila tgh memandu aku biasa n bercakap2....

kdg2 ank bgsu aku tanya "Ayah cakap dgn sape?"

hahaha....................................

lepas 2 baghu aku taip....






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2013 01:52 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2013 01:54 AM | Show all posts
"A book is made from a tree. It is an assemblage of flat, flexible parts (still called 'leaves') imprinted with dark pigmented squiggles. One glance at it and you hear the voice of another person - perhaps someone dead for thousands of years. Across the millennia, the author is speaking, clearly and silently, inside your head, directly to you. Writing is perhaps the greatest of human inventions, binding together people, citizens of distant epochs, who never knew one another. Books break the shackles of time, proof that humans can work magic."

- Carl Sagan


Jika menulis,pastikan gunakan TIMES NEW ROMAN ,line spacing double.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2013 01:55 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2013 01:56 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-9-2013 02:02 AM | Show all posts
KAJIAN BUKU LARIS

Semua org nak tulis buku dan bukunya laku...ada kisah seorg penulis ..bukunya cetakan pertama 5000 naskhah hanya terjual 5 naskhah shj dalam setahun..

pergh..berasap kepala...

Untuk buat kajian buku laris :

1.Rajin pi kedai buku tanya tauke kedai buku yg laris.
2.Sering bertanya penerbit jenis buku laris,beli dan baca buku tersebut.


Alhmdulillah setakat ni xda lg buku aku xlaku....semua best-seller....

sbb aku selalu buat kajian...

Buku terbaru aku MELAKAR SYURGAWI  laris bak goreng pisang panas....baru 6 bulan terbit aku dah dapat RM6 ribu royalti..aku bawa bini pi beli emas....1 hari je dah habisss...








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2013 02:07 AM | Show all posts
PLAGIAT / CETAK ROMPAK

Plagiat aka cetak rompak adalah HARAM  dan menyalahi undang2...

korg boleh baca sini full

http://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%207/Akta%20332%20-%20Akta%20Hak%20Cipta%201987.pdf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-9-2013 02:13 AM | Show all posts
BUKU HOW TO

Antara buku laris adalah buku HOW TO....iaitu buku berkaitan mengenai pelbagai perkara yg org nak taw..contohnya buku membaiki peralatan dalam rumah seperti paip,sinki dan sebagainya...Ramai akan membeli buku tersebut kerana ingin tahu pelbagai tips dan cara membaiki pelbagai peralatan dalam rumah...

Setakat ni buku Dummy paling laris sedunia..



    




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2013 02:14 AM | Show all posts



BAB 1 HINGGA 10

Biasanya buku ada 10 bab sahaja..tp kalau nak tulis 100 bab pun boleh..

tp kalu 100 bab mahu 5000 muka surat..berasap kepala nak siapkan...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2013 02:17 AM | Show all posts
CABARAN

"Barangsiapa yang dikehendaki Allah kebaikan baginya maka akan ditimpakan ujian untuknya". (Riwayat Imam Bukhari)

menulis memang banyak ujian...kdg2 bahan dicari tiada,silap fakta,lambat dalam emel jawapan,penerbit tipu,editor banyak songeh dan mcm2 lg ujian serta keperitan menulis...

Cabaran,ujian,kepayahan dan sebagainya adalah asam garam kehidupan seorg penulis...




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2013 02:23 AM | Show all posts
hari ni genap usia aku 39 tahun....pejam celik pejam celik dah tua aku nie....




agaknya ntah bila la aku ada libs mcm gambau nie...



Penerbitan Buku Di Msia Masih Rendah

SHAH ALAM: Statistik Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mendapati hanya 17,923 judul buku diterbitkan pada tahun lepas, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Raslin Abu Bakar. Daripada jumlah itu, hanya 390 judul buku dalam bidang ekonomi.

"Jumlah penerbitan buku sememangnya masih kecil. Justeru sama ada agensi kerajaan, swasta, NGO (badan bukan kerajaan) dan persatuan berkaitan dengan bidang penerbitan perlu memberi perhatian dan bertindak segera," katanya ketika merasmikan Program Bicara Penulis Siri II/2012 di Management & Science University (MSU) di sini.

Raslin berkata kerajaan sentiasa memberi galakan dan insentif kepada golongan penulis, seperti anugerah dan pengiktirafan serta pemberian dana berjumlah RM2 juta setahun untuk membantu penulis menerbitkan sendiri buku mereka.

Dana itu diberi kerajaan melalui Dewan Bahasa dan Pustaka dan Institut Terjemahan Buku Malaysia.

Program Bicara Penulis Siri II/2012 bertemakan 'Membudayakan Penulisan Bahasa Melayu dalam Bidang Keusahawan/Ekonomi' itu adalah antara 15 program utama pembudayaan bahasa Melayu dan tulisan Jawi, oleh PNM tahun ini.

Ia bertujuan menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat sejajar dengan peranan PNM seperti termaktub dalam Akta Perpustakaan Negara 1972. - BERNAMA



Insya-Allah lain kali aku sambung......................








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2013 02:28 AM | Show all posts
If you would not be forgotten as soon as you are dead,

either write something worth reading or do things worth writing.

~~ Benjamin Franklin ~~






"Ya Allah Maha Pengasih..panjangkan usiaku,sihatkan badanku......agar aku terus boleh menulis dan menulis  demi mengejar kekayaan akhirat..amin.............."



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2013 06:26 AM | Show all posts
aku sdg cari bahan buku2 ni....

Mula akar akhir pokok

Panduan Pemilik Motorsikal

Jasa-Jasa Polis kepada NEGARA

Bisnes Modal Kecil

Mengapa Yahudi menguasai ekonomi dunia?

Islam dulu cemerlang,kini lalang…

Abdul Rahman bin Auf,usahawan kaya wang kaya Iman

Projek perpustakaan 500 tingkat

Mati tetapi Hidup

Amanah pintu ke Syurga

1000 Tokoh Islam pencetus transformasi

100 Tokoh Melayu

Mengapa Palestin dibuli ISRAEL?

Ibubapa HAWAU,anak-anak LAHABAU

Kaya Dunia,Papa Akhirat

100 sikap Melayu yang perlu diubah

Kegemilangan Melaka suatu masa dahulu

1000 produk perlu direkacipta

Zulkifli Haron-manusia genius yang terabai

1000 jasa Che Det

Jasa Pak Lah dalam pertanian

To be or not to be ….






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2013 10:54 AM | Show all posts
BELAJAR MEMBUAT AYAT

Kita perlu belajar membuat ayat demi ayat.

Contoh : Bab Satu : CIRI-CIRI MANUSIA BERJAYA

1.Rajin

"Manusia berjaya perlu mempunyai sifat rajin .Dalam dunia ini tiada seorang pun manusia boleh berjaya jika tiada kerajinan.Sifat rajin adalah wajib

kepada kita jika mahu berjaya."

2.Istiqamah

"Istiqamah adalah sentiasa melakukan sesuatu dengan konsisten dan tidak jemu.Manusia berjaya perlu sentiasa istiqamah kerna ia adalah sifat yang

perlu ada dalam jiwa seseorang yang mahu berjaya."

Begitulah contoh ayat demi ayat yang perlu dirangka ...

Jika sehari berjaya menulis 10 ayat,maka sebulan sudah 300 ayat...











Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2013 10:58 AM | Show all posts
PROMOSI BUKU

Penerbit biasanya melakukan pelbagai promosi sama ada program bersama penulis di kedai buku,iklan di akhbar dan majalah ,program tv dan sebagainya.Penyiaran di TV adalah medium paling mengesankan kerna jutaan manusia menonton tv namun kos amat tinggi.

Namun penulis juga perlu berusaha gigih dalam mempromosi bukunya.Contoh mudah adalah promosi dalam FB.Ia boleh dilakukan penulis dengan membuka page FB dan berinteraksi  dengan peminat buku.Penulis juga boleh menulis dalam blog dan sebagainya.



Ini contoh promosi yang dilakukan Tv Hijrah





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-9-2013 11:02 AM | Show all posts
Aku juga menghadiahkan buku kepada pemimpin dan ahli politik dan videokan testimoni mereka dan masukkan dlm Youtube.Ia juga adalah bentuk promosi buku.





Usaha perlu dilakukan penulis dan x boleh hanya bergantung kpd penerbit sahaja.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2013 11:06 AM | Show all posts
MANUSKRIP DITOLAK

Kita perlu ingat bahawa bukan semua manuskrip kita akan diterima.Kdgkala penerbit A tolak,namun rezeki di penerbit B.Ada pula sampai 10 penerbit tolak.

Apa yg perlu dilakukan adalah memperbaiki manuskrip dan JANGAN buang ke tong sampah.

Ada 1 manuskrip aku hampir 10 penerbit tolak namun aku gigih perbaiki dan tambah banyak perkara hingga berjaya diterbitkan.





"BARANGSIAPAYANG MENGANGGAP  SEGALA-GALANYAMUDAH,
                  PASTI AKAN MENGALAMI    BANYAK KESULITAN."


                  -LAO TSE-

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2013 11:08 AM | Show all posts
Ini contoh manuskrip aku yg ditolak dan aku masih belum ada masa nak perbaiki

KANDUNGAN
1.Kata-kata aluan file:///C:/Users/safa/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image002.jpg                                                                                         (i)
2.Pendahuluan. file:///C:/Users/safa/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image002.jpg                                                                                             (ii)
3.Pertama:Guru:tanggungjawabanda. file:///C:/Users/safa/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image002.jpg                                                    1-4
4.Kedua : Ciri-ciriguru cemerlang. file:///C:/Users/safa/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image002.jpg                                                          5-21

5.Ketiga :Kesalahan–kesalahan yang mesti dijauhkan oleh seorang guru.
                                                                                                                  file:///C:/Users/safa/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image002.jpg  22-29
6.Keempat:Masalahguru,punca dan cara mengatasinya. file:///C:/Users/safa/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image002.jpg                     30-33
7.Kelima:Kesalahan-kesalahanpelajar yang perlu diambil berat oleh guru.                                                                                                                  
                                                                                                                    file:///C:/Users/safa/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image002.jpg 34-49
8.Keenam:Masalahpelajar,punca dan cata mengatasinya.       file:///C:/Users/safa/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image002.jpg          50-54
9.Ketujuh:Bagaimana mendapat IQ cemerlang. file:///C:/Users/safa/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image002.jpg                                  55-60
10.Kelapan:Kepentinganpendidikan. file:///C:/Users/safa/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image002.jpg                                                    61-63

11.Kesembilanerananibu-bapa dalam mencemerlangkan pendidikan
     anak-anak. file:///C:/Users/safa/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image002.jpg                                                                                           64-70
12.Penutup. file:///C:/Users/safa/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image002.jpg
13.Biodata penulis. file:///C:/Users/safa/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image002.jpg


GURU:TANGGUNGJAWAB ANDA

        Guru dan pendidikadalah manusia mulia yang dipilih dan terpilih.Profesion
perguruan adalah mencabar terutama di zaman sains danteknologi,kemajuan dan
kekayaan.Zaman yang mencabar ini banyak kesulitan dancabaran yang dihadapi oleh
pihak guru terutamanya kemerosotan akhlak pelajar dan muridyang ketara akhir-akhir
ini.Beban tugas menjadi lebih mencabar dan mendugakeintelektualan dan kesabaran
seseorang guru.
      Guru adalahpermata gemilang yang mewarnai kehidupan.Guru adalah anugerah
kepada manusia.Manusia yang terpilih menjadi guru patutberterima kasih dan bersyukur
kerana dianugerahkanilmu perguruan yang mahal dan berguna.Guru kini lebih
berpendidikan dan berketrampilan lantaran ledakan teknologiyang semakin canggih dan
maju.
     Tugas dankewajipan guru dan pendidik bukanlah mudah.Tidak semua manusia
mampu menjadiguru.Ramai berpelajaran tinggi memilih cabang dan profesion lain
berbanding menjadi guru kerana tidak mampu melaksanakantugas sebagai guru.
    Guru bukan sekadarmenyampaikan ilmu tetapi juga mendidik murid dan pelajar
menjadi manusia berakhlakmulia,berilmu,beragama,berketrampilan,berwawasan,berguna
kepada bangsa,agama dan negara.
    Profesionperguruan adalah amanah yang wajib dilaksanakan dengan sebaiknya oleh
seseorang guru.Tugas mendidik pada masa kini adalah lebihmencabar berbanding suatu
masa dahulu.Pelajar kini lebih maju dan mahir menggaliilmu.Guru yang paling
cemerlang adalah guru yang mampu memberi ilmu,mendidiksahsiah dan peribadi                                                         
                                                                               (1)      
pelajar,menjadikan pelajar itu berilmu dan berwawasan.
   Di antaratanggungjawab seorang guru ialah:
a)Memberi ilmu
b)Memberi kefahaman tentang pelajaran
c)Mendidik sahsiah dan peribadi  pelajar
d)Memeriksa dan menyemak latihan yang diberikan kepadapelajar
e)Mengawal disiplin pelajar
f)Memantau prestasi pelajar
g)Mendidik pelajar menjadi pelajar berilmu
h)Menjaga keselamatan pelajar di kawasan sekolah dan pusatpengajian
i)Menjaga dan mengambil tahu tentang kesihatan pelajar
j)Memotivasikan pelajar
k)Menggembirakan pelajar
l)Memberi kasih sayang
m)Mengambilalih tugas ibu-bapa pelajar
n)Prihatin dan peka kepada pelajar
    Dan lain-laintanggungjawab yang diberikan oleh seorang guru dan pelajar demi
menjadikan murid dan pelajar manusia yang berilmu,berakhlakmulia,berjaya dengan
cemerlang.
    Tanggungjawabseorang guru dan pendidik adalah berat dan besar kerana guru adalah
pemangkin kemajuan negara.Guru adalah penjana pelajarmenjadi pelajar berwawasan
dan berilmu.

(2)
     Walaupuntanggungjawab guru dan pendidik adalah berat dan besar,namun guru
boleh menjadi lebih maju dan cemerlang.Kini kerajaan yangpeka dan prihatin telah
menyediakan pelbagai kemudahan dan prasarana yang lebih baikdan canggih seperti
sekolah yang cantik dan mempunyai pelbagai kemudahan,alat bantuanmengajar,kursus-
kursus,gaji yang lebih menarik dan pelbagai lagi kemudahanuntuk memajukan guru dan
pendidik.Kerajaan membelanjakan berbilion ringgitsetahun,demi meningkatkan mutu
pendidikan negara.
    Jadilah guru yangbertanggungjawab,amanah,berwawasan kerana kerajaan dan ibu-
bapa telah mengamanahkan guru dan pendidik sebagai ibu-bapapelajar di
sekolah,maktab,kolej dan pusat pengajian tinggi yang lain .
       Amanah yangdiserahkan oleh  kerajaan dan ibu-bapamesti dipikul dengan baik oleh
guru dan pendidik.Guru cemerlang akan menghasilkan pelajaryang cemerlang,sekaligus
memajukan lagi sistem pendidikan negara.  
           Kejayaansebuah sekolah dan pusat pengajian tinggi bukan hanya bergantung
kepada guru dan pendidik tetapi pelajar,ibu-bapa,PejabatPendidikan Negeri,Kementerian
Pendidikan,Menteridan lain-lain mesti berganding bahu dan bersama membantu
antara satu sama lain supaya kecemerlangan pelajar menjadilebih maju dan
berjaya.Semua pihak mesti berganding bahu,bersusah senangbersama,berkongsi ilmu
supaya tahap kecemerlangan pelajar mencapai ke tahapmaksimum.Kejayaan
pelajar akan dikongsi oleh semua pihak dan ini akanmenjadikan negara dikenali dan
dihormati oleh dunia kerana negara mampu menjadikan muriddan pelajar manusia
berguna kepada bangsa,agama dan negara tercinta.
(3)
           Beban tugas mendidik tidak sepatutnyadiserahkan kepada guru dan pendidik
semata-mata,ibu-bapa juga patutmemantau dan mengkaji prestasi anak-anak.Peranan
ibu-bapa adalah penting demimemajukan lagi pendidikan.
       Guru adalahpermata,guru adalah warisan yang takkan lupus ditelan zaman.Zaman
dan masa akan berlalu,begitulah dengan guru danpendidik.Mereka tidak meninggalkan
harta kepada pelajartetapi ilmu.Ilmu itulah yang akan membawa dan memimpin
seseorang pelajar menjadi manusia berguna.Ilmu itu lebihberharga dari harta.
    Walaupun guru danpendidik menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan dalam proses
mendidik,mereka tetap meneruskan  tugas dan tanggungjawab demi negaratercinta.Sikap
mulia dan ketekunan guru adalah terpuji.Semua pihak sentiasamengenang jasa dan bakti
seseorang pendidik.
   Pendidik adalahibu-bapa kepada pelajar di tempat pembelajaran,manakala ibu-bapa
adalah pendidik di rumah.
  Gurucemerlang,pelajar gemilang,negara dijulang!


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2013 11:13 AM | Show all posts
FOLDER



aku biasanya menulis pelbagai jenis buku.jadi aku buat folder bagi setiap  tajuk buku .Ia memudahkan aku.Kdgkala pagi aku menulis buku parenting,malam pula aku menulis buku ekonomi.

Kita perlu belajar menulis banyak jenis buku sekaligus .





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 23870 Replies : 680
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 17234 Replies : 24
‘Saya Dapat Jimat Banyak hingga RM700 – Rakyat Malaysia Ini Tak Menyesal Jadikan Kereta Sebagai Rumah.Anda kehairanan?
YgBenar‘Saya Dapat Jimat Banyak hingga RM700
Views : 4519 Replies : 33
Pelacur kelas Atasan
chipmunk2024Pelacur kelas Atasan
Views : 33426 Replies : 92
Harry-Meghan kantoi lagi
manopHarry-Meghan kantoi lagi
Views : 16425 Replies : 7
mana Fantasy Creation?
printercomelmana Fantasy Creation?
Views : 17788 Replies : 7
Walaun, tak buat lawak tak sah!
pengecattaikWalaun, tak buat lawak tak sah!
Views : 15508 Replies : 7
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 90604 Replies : 2834
AKASIA : AKU BUKAN USTAZAH [ERYSHA EMYRA, MK K-CLIQUE, ZAHIRIL ADZIM] 7PM ISNIN - JUMAAT
eddlisa_uyukAKASIA : AKU BUKAN USTAZAH [ERYSHA EMYRA
Views : 3851 Replies : 6

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.077365 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list