CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1668|Reply: 18

[Tempatan] Tempat letak kereta di KL dikurangkan

[Copy link]
Post time 25-9-2013 02:06 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Tempat letak kereta di ibu kota akan dikurangkan secara berperingkat bermula 2017 seiring dengan penambahbaikan perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan kerajaan, dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, ia secara tidak langsung sebagai inisiatif menggalakkan penggunaan pengangkutan awam di ibu negara sehingga menjadi satu budaya.

Menurutnya, perkara berkenaan telah dibincangkan di peringkat Pusat Setempat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (OSC DBKL) dan perbincangan lanjut juga akan dibuat bersama Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Redha).

“Kita akan teliti kembali keperluan parkir dalam bandar berdasarkan nisbah penggunaan pengangkutan awam dan kenderaan peribadi (40:60) yang yang ditetapkan sejak tahun 1970 lagi.

“Ketetapan ini akan diguna pakai sehingga 2016 dan apabila jajaran pertama My Rapid Transit (MRT) siap pada 2017, nisbahnya mungkin akan diubah secara berperingkat. Apa yang penting adalah memastikan pengangkutan awam disediakan dengan lengkap,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa ‘World Class Sustainable Cities’ (WCSC), semalam.

Persidangan kali kelima itu merupakan anjuran bersama Redha, Institut Perancang Malaysia (MIP) dan Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM).

Ahmad Phesal menambah, perkara berkenaan turut mengambil kira bangunan dan kawasan seperti hotel, kawasan perdagangan dan kediaman.

“Sekiranya bangunan itu terletak kurang 200 meter dari stesen transit aliran ringan (LRT), kita akan kurangkan keperluan parkir,” katanya.

Dalam pada itu katanya, meskipun langkah berkenaan antara usaha mengurangkan kemasukan kenderaan dalam bandar, penelitian harus dilakukan secara menyeluruh agar bandaraya Kuala Lumpur terus ‘hidup’.

“Kita tidak mahu ibu kota menjadi ‘mati’ seperti mana pernah terjadi di beberapa bandar di luar negara, jadi kita perlu lihat secara keseluruhan bahawa pada masa kita mementingkan pengangkutan awam, kita mesti pastikan bandar kita sentiasa aktif pada waktu malam dan sebagainya,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2013 02:14 PM | Show all posts
huhhh... masih ada masa lagi ni..... by 2017 boleh la balik kampung tanam jagung.... huhu
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2013 02:23 PM | Show all posts
nanti bila ramai yg parking tepi jalan... makin sesak la kl jadinya
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2013 02:38 PM | Show all posts
ada alasan masuk keje lambat cakap je MRT breakdown macam yang selalu jadi kat komuter dan monorel
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2013 02:53 PM | Show all posts
errr.. banyakkan tempat parking moto ye.. especeli kat area pertama complex dgn sogo tu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2013 02:55 PM | Show all posts
aku sokong saja.......
semak sangat kete2 neh nak masuk kl..
pakai aje lrt....
kalo komuter, kene redha aje la
itu ketentuan illahi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2013 02:55 PM | Show all posts
dragger posted on 25-9-2013 02:53 PM
errr.. banyakkan tempat parking moto ye.. especeli kat area pertama complex dgn sogo tu...

Ko patut parkir motor kat menara TIMA, sebelah Mara. 5 posen je sekali masuk.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 11:07 AM | Show all posts
shernazz posted on 25-9-2013 02:55 PM
aku sokong saja.......
semak sangat kete2 neh nak masuk kl..
pakai aje lrt....

Tergelak jap aku baca komen kau.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2013 11:10 AM | Show all posts
masalahnya rakyat malaysia ni terlalu nak senang...
kalau dah terbiasa memandu dari umur 17, memang liat nak tukar ke public transport..
panaslah, malas nak tunggulah...ada ja alasannya...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 11:18 AM | Show all posts
masalah utama disebabkan penguatkuasaan + design township yg x teratur. akibatnya traffic sesak, public transport x efficient, traffic light selalu rosak, etc.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 11:20 AM | Show all posts
buat sistem basikal mcm di London n Amsterdam. masuk siling dlm tu kayuh dlm KL.

tp risau plak ummah PPRT ni bwk beskal balik umah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 11:21 AM | Show all posts
Langkah yg tepat. Di London nak masuk bawak kereta kena bayar mengikut zon. Di new york - parking dikurangkan dan parking charge mahal. Di Spore - kereta dikenakan COE. Semua bandar ada measure supaya org naik kenderaan awam. Aku impikan KL spt London. sungguh damai naik tube.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 11:36 AM | Show all posts
masalah bau badan Paki dan Negros
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 12:37 PM | Show all posts
leh kurang ke
tah tah bertambah lagi
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 12:40 PM | Show all posts
bgos cdngan ni..tp pastikan la public transport pny services nnt tiptop. jgn indah khabar dari rupa.
malaysia ni cuaca panas-hujan, krg lama menunggu kesian kami rakyat yang susah ni. kaum kerabat menteri2 kompem xkan nek public transport pny .. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 12:44 PM | Show all posts
bagus cadangan ni... tapi tingkatkan dulu pengankutan awam... kalau tip top sure ramai xmo drive dlm kl
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2013 12:55 PM | Show all posts
No worries tu semua untuk kepentingan Bangla Syg Bakal,Masuk seramai 1.4M secara berperingkat hehehehe bukan kemudahan untuk hang pa ...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Bell posted on 27-9-2013 11:21 AM
Langkah yg tepat. Di London nak masuk bawak kereta kena bayar mengikut zon. Di new york - parking di ...

Di malaysia, menteri bagi permit teksi sampai berlaku lambakan. Yang lahanat apabila pemandu teksi ni pula menipu pengguna
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 01:16 PM | Show all posts
kalau opengangkutan awam setaraf jepun or hongkong or sinjiapore - buat larangan bawak masuk keta pun takpe - ini kalau perlu tukar bas ke lrt bagai - pastu lembab nak mampus - plus tayar monorel tanggal la - lupa nak pam lahh - baik tak payah - puiii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.059862 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list