CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39265|Reply: 10

Harvest Moon

[Copy link]
Post time 25-9-2013 08:20 AM | Show all posts |Read mode


Harvest Moon ialah siri permainan digital simulasi role-playing yang dicipta oleh Yasuhiro Wada dan diterbitkan oleh Victor Interactive Software. Terjemahan dan pengedaran game ini dalam bahasa Inggeris dibuat oleh Natsume di Amerika Utara dan Rising Star di Eropah.

Objektif utama game ini ialah membina dan membangunkan kembali ladang lama yang terbiar sehingga maju dan berjaya kembali. Pemain dikehendaki bercucuk tanam, menjaga haiwan ternakan, berkawan dengan orang kampung. Dalam sesetengah siri, pemain perlu berkahwin dengan salah seorang watak dan membina keluarga.

Genre :         Life simulation, management simulation, role-playing game

Platform :        Game Boy, Game Boy Advance, Game Boy Color, Nintendo 3DS, Nintendo 64, Nintendo DS, Nintendo GameCube, PlayStation, PlayStation 2, PlayStation 3, PlayStation Portable, Super Nintendo Entertainment System, Wii.


Elemen Permainan

Gameplay
Watak pemain utama biasanya ialah lelaki, tetapi terdapat juga siri lain yang menawarkan pilihan untuk watak perempuan. Jalan cerita siri ini biasanya berkisarkan kepada pemain mengambil alih tanah ladang yang tidak bertuan; bercucuk tanam; memelihara haiwan ternakan; berkawan dengan orang kampung dan membina keluarga sambil mengerjakan tanah ladang sehingga berjaya.

Setiap game memberikan objek untuk dikumpulkan atau matlamat untuk diselesaikan, sama ada berkawan dengan orang kampung, mengumpulkan not muzik, mencari sprites, membuat pelangi atau membunyikan loceng.

Wang boleh diperolehi dengan hasil pertanian, hasil ternakan, memancing, melombong dan mencari hasil hutan. Dengan tempoh masa dan tenaga yang terhad, pemain harus mencari keseimbangan antara kedua-duanya untuk menjayakan matlamat pada hari tersebut.

Bertani
Tanaman ialah sumber utama pendapatan dalam Harvest Moon. Untuk bercucuk tanam, pemain haruslah membersihkan tanah ladang daripada rumpai, batu, batu tongkol, ranting dan tunggul terlebih dahulu. Selepas itu, pemain haruslah mencangkul tanah menggunakan cangkul. Kemudian, pilih bijih yang ingin dicambah dan semainya pada tanah yang telah dicangkul. Pemain harus menyiram tanah itu setiap hari, kecuali pada hari hujan, sehinggalah tanaman itu sedia untuk dituai.

Pemain mestilah mencari cara menanam, menyiram dan menuai tanaman yang paling optimum. Pemain juga mesti mengambil kira kos benih, harga jualan, bilangan hasil tuaian dan masa untuk tanaman membesar bagi kesemua jenis tanaman sebelum mula bercucuk tanam. Setiap musim mempunyai tanaman yang berbeza, dan tiada tanaman yang boleh ditanam pada musim sejuk di kebanyakan game. Dalam sesetengah game juga, terdapat rumah hijau atau tingkat bawah tanah yang boleh digunakan untuk bertani pada musim sejuk.

Lobak putih, ubi kentang, tomato dan jagung adalah tanaman asasi siri ini, yang diperkenalkan pada game pertama. Kemudian, game lain turut memperkenalkan tanaman baharu seperti kubis, lobak merah, bawang, strawberi, keledek, labu, beras, nanas, timun dan sebagainya. Rumput juga boleh ditanam dan dituai untuk dijadikan rumput kering (foder) haiwan ternakan.

Haiwan Ternakan
Sumber pendapatan kedua dalam game ini ialah membeli, menjaga dan menternak haiwan. Haiwan ternakan akan mengeluarkan hasil yang boleh dijual setiap hari. Memberi perhatian kepada haiwan akan menaikkan perasaan haiwan tersebut kepada pemain, sekali gus menaikkan kualiti hasil mereka. Kecuaian terhadap keperluan haiwan ternakan boleh mengakibatkan haiwan ternakan sakit dan mungkin mati.

Harvest Moon yang pertama hanya mempunyai lembu dan ayam, yang mana diternak di dalam kandang dan reban ayam, serta diberi foder yang sama. Hasil seperti susu dan telur boleh dijual. Siri game yang kemudiannya memperkenalkan kambing biri-biri dan makanan ayam, mesin untuk menghasilkan keju daripada susu, mayonis daripada telur dan benang daripada bulu biri-biri. Siri game yang terkemudian memperkenalkan itik, kambing dan alpaka serta lembu yang berlainan warna. Ulat sutera dan burung unta diperkenalkan dalam Harvest Moon: Tree of Tranquility, serta membolehkan pemain berkawan dengan haiwan liar dan memujuknya untuk tinggal bersama di ladang.

Untuk membiak haiwan ternakan, telur boleh diletakkan di dalam inkubator yang akan menetaskan anak ayam dalam masa beberapa hari. Manakala jika memberi Miracle Potion kepada lembu dan biri-biri, akan menghamilkan mereka. Membeli dan membiak beberapa ekor kuda telah diperkenalkan dalam Harvest Moon 3 untuk Game Boy Color dan diteruskan dalam Harvest Moon: Magical Melody, Harvest Moon: Tree of Tranquility dan Harvest Moon: Animal Parade.

Haiwan Peliharaan dan Haiwan Lain
Dalam kebanyakan game Harvest Moon, pemain diberi peluang untuk mendapat seekor anjing dan seekor kuda sebagai haiwan peliharaan. Terdapat banyak jenis haiwan yang boleh dijadikan sebagai haiwan peliharaan dalam game terbaharu seperti babi, kucing, panda dan kura-kura. Dalam kebanyakan game, haiwan peliharaan boleh menyertai pertandingan seperti lumba kuda dan lumba anjing untuk memenangi hadiah. Dalam Harvest Moon: Back to Nature, pemain boleh memelihara ikan.

Haiwan perosak juga ditemui dalam game ini seperti anjing liar dan gofer. Anjing liar akan datang ke ladang pada waktu malam dan menganggu mana-mana haiwan ternakan yang tidak disimpan di dalam kandang atau kawasan berpagar. Dalam siri yang lama, gofer akan memakan tanaman.

Mengumpul Barang
Banyak game Harvest Moon memerlukan pemain mengumpul barang untuk menaik taraf rumah, alatan, masakan atau jualan. Sumber bahan binaan yang biasa dalam Harvest Moon ialah kayu, selain daripada batu atau gold lumber. Pemain boleh mendapatkan kayu dengan menetak tunggul kayu atau ranting dan menggunakannya untuk membina rumah atau memagar ladang. Dalam banyak game, ladang turut disediakan dan mineral yang dilombong boleh digunakan untuk menaik taraf alatan dan membuat hadiah. Dalam banyak game juga, tumbuhan liar seperti herba dan bunga juga boleh dikumpulkan.

Festival
Kebanyakan game dalam siri ini mempunyai festival tahunan yang mana boleh dihadiri oleh pemain. Ada festival yang melibatkan hadiah, ada majlis sosial, ada yang sama seperti sambutan sebenar seperti Thanksgiving, sambutan tahun baharu dan Christmas Eve. Festival haiwan ternakan juga diadakan di mana pemain boleh memasukkan haiwan mereka menyertai pertandingan antara ladang. Haiwan ternakan yang memenangi pertandingan biasanya mendapat faedah seperti lembu yang menang boleh menghasilkan susu emas.

Berkahwin
Kebanyakan game Harvest Moon menawarkan perkahwinan. Memberi hadiah kepada calon pilihan boleh menaikkan perasaan calon tersebut kepada pemain, dan jika perasaan calon itu tinggi, pemain boleh melamar dengan menggunakan Blue Feather. Pemain mempunyai musuh percintaan bagi kebanyakan calon, yang mana akan mengahwini calon tersebut jika pemain tidak mengahwininya. Harvest Moon DS Cute versi Jepun adalah satu-satunya game yang membolehkan pemain berkahwin sejenis (sistem term “Best Friend”). Fungsi tersebut bagaimanapun telah dikeluarkan daripada versi Amerika Utara.

Anak
Dalam kebanyakan versi, pemain boleh mendapatkan anak, biasanya seorang anak lelaki.

Harvest Moon, Harvest Moon 3 dan Harvest Moon: Animal Parade, dan Rune Factory 3 ialah versi yang mana pemain boleh mempunyai beberapa orang anak.

Harvest Moon: Animal Parade ialah game pertama dalam siri ini yang membolehkan pemain mempunyai dua orang anak mana-mana jantina, dan Rune Factory 3 membolehkan pemainnya mempunyai tiga orang anak mana-mana jantina.

Harvest Moon: A Wonderful Life, Harvest Moon: Another Wonderful Life, Harvest Moon DS dan Harvest Moon DS Cute ialah game dalam siri ini yang membolehkan pemain boleh melihat anaknya membesar daripada kanak-kanak kepada dewasa.

Harvest Moon: Tree of Tranquility meluaskan hal ini dengan membenarkan pemain memainkan semula game sebagai anak mereka selepas lengkap upacara akhir game.

Harvest Moon: Save the Homeland and Innocent Life: A Futuristic Harvest Moon ialah siri yang mana pemain tidak boleh berkahwin.

Rune Factory 2 ialah game di mana pemain boleh mempersonafikasikan dua watak; ayah dan anak.

Last edited by Eva_yy_Ellin on 25-9-2013 08:20 AM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2013 08:42 AM | Show all posts
Best game ni.......
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 09:33 PM | Show all posts
bole dpt kat mane ye game ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 09:38 PM | Show all posts
cahaya_hidup posted on 27-9-2013 09:33 PM
bole dpt kat mane ye game ni

kat kedai

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2013 02:40 PM | Show all posts
yess!!~ yess!!~ Harvest Moon
game pertama yang sangat2 meleka kan
hahaha siap pengsan banyak kali

FC nyer platform PS1 dan PS2
pastu ilang minat bila yang last series Harvest Moon tu dah hilang konsep Harvest Moon nyer

the best tetap Harvest Moon yang pertama




Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2013 02:44 PM | Show all posts
haaa satu lagi ..
Game Boy nyer series boleh download kat handphone android
untuk bila boring2 takde tenet

cuma ... cuma .. sengsara ler sebab dah terbiasa touch screen .. nak suruh character tu jalan2 .. hahaha lupa yang game tu kena guna sentuh arrow atas bawah tepi kiri kanan
rasa nak nanges ja sebab selow dan payah

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-11-2013 02:46 PM | Show all posts
hehe..bru teringat..aku pnah men kt ps2 dlu2..
ada version PC x ni?nk kena google ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 10:13 PM | Show all posts
kat japan dah relased the new harvest moon game for 3DS. bokujo monogatari : tsunagari shintenchi. 'harvest moon : connect to the new world'. US version entah bila la nak release.



macam ada banyak benda baru. macam safari. online multiplayer. yg kali ni friends boleh sama2 tolong kat farm & barn. nampak macam menarik la juga.





harap akan ada la US version. soon.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2014 05:04 AM | Show all posts
announced




Today (3 June 2014) Natsume, publisher of farm simulation role-playing series Harvest Moon, announced the next game in the franchise — Harvest Moon: The Lost Valley, which will launch for Nintendo 3DS later this year.

The Lost Valley features a fully-customizable world in 3D for the first time in the Harvest Moon series. Players can sow their own fields in a multitude of ways, adding different vegetation and water structures with their own whims.

"Harvest Moon: The Lost Valley is truly evolving the franchise," Natsume president and CEO Hiro Maekawa said in a press statement. "Hardcore fans will love it, players who haven't played a Harvest Moon game in a while will want to try it out, and new players will be introduced to the unique and charming world that is Harvest Moon.

"But the incredibly exciting thing that really elevates the game is that while it does get back to what everyone loves about the early games, it also innovates in a way that no Harvest Moon game ever has," he added.

Harvest Moon: The Lost Valley will debut at E3 2014 next week in Los Angeles. Earlier this week, Natsume announced it would be announcing three new games for Nintendo platforms around E3 — there are two more games to be revealed.

Last month, publisher Xseed announced Harvest Moon game Story of Seasons for 3DS, which launched in Japan earlier this year, will be coming to North America this winter.

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 01:36 AM | Show all posts
dulu aku ade harvestmoon yg gameboy tu sweet je game die. nak bgi die kawin ngan Gray x dpt dapat
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 08:24 PM | Show all posts
Yeay!! nak keluar version baru punya ke?..aku tgh duk main yg a new beginning punya version kat 3ds..best jugak game die..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.158302 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list