View: 31123|Reply: 263
|
Bagaimana mendekati manusia paling buruk perangai
[Copy link]
|
|
berdasarkan tajuk, mari kita mendalami ilmu hukum terlebih dahulu. dibawah ini ringkasan kefahaman yg berdasarkan kepada ilham dan petunjukNya untuk tatapan umum. secara praktikalnya, penyakit boleh dikesan. (ramai yg mengomel, saya manusia yg sentiasa dalam kelalaian, jika ada salahnya fakta dibawah ini, sila tegur jika kamu benar2 beriman kepadaNya dan kepada hari akhirat)
fahami terlebih dahulu makna ini : beriman = mendengar dan taat (memohon keampunan dan mengingati akan dikembalikan kepadaNya)
1) hati dipelihara berdasarkan halal dan haram. jika tidak tahu perkara ini, hati sukar dipelihara
2) hati dan akal dipelihara berdasarkan perkara wajib dan harus. jika tidak tahu perkara ini, hati dan akal sukar dipelihara
3) menguatkan hati itu dengan perkara sunat. jika tidak tahu perkara ini, hati sukar diperkuatkan
4) melemahkan hati itu dengan perkara makhruh. jika tidak tahu perkara ini, hati mudah dilemahkan
5) menguatkan/melemahkan akal itu dengan maksud perkara mustahil. jika tidak tahu perkara ini, akal mudah untuk bersangka2
apakah tugas manusia bila berhadapan dengan jin dan juga mereka2 yg merupakan pengikut jin/mendengar bisikan jin (merujuk terus kepada maksud syaitan)?
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah beribadat kepada Tuhanku semata-mata, dan aku tidak mempersekutukanNya dengan sesiapapun".
(Al-Jinn 72:20)
Katakanlah lagi; " Sesungguhnya aku tidak berkuasa mendatangkan sebarang mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan sebarang kebaikan bagi kamu.
(Al-Jinn 72:21)
Katakanlah lagi; "Sesungguhnya aku, tidak sekali-kali akan dapat diberi perlindungan oleh sesiapapun dari (azab) Allah (jika aku menderhaka kepadaNya), dan aku tidak sekali-kali akan mendapat tempat perlindungan selain daripadaNya,
(Al-Jinn 72:22)
"(Aku diberi kuasa) hanya menyampaikan (wahyu) dari Allah dan perintah-perintahNya (yang ditugaskan kepadaku menyampaikannya); dan sesiapa yang menderhaka kepada Allah dan ingkarkan bawaan RasulNya, maka sesungguhnya disediakan baginya neraka Jahannam; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya.".
(Al-Jinn 72:23)
(Golongan yang kufur ingkar itu tetap memandang engkau lemah dan kurang penyokong wahai Muhammad), sehingga apabila mereka melihat (azab) yang dijanjikan kepada mereka, maka (pada saat itu) mereka akan mengetahui siapakah orangnya yang lemah penolong-penolongnya, dan sedikit jumlah bilangannya.
(Al-Jinn 72:24)
(Kalau ditanya bilakah azab itu? Maka) katakanlah: "Aku tidak mengetahui sama ada (azab) yang dijanjikan kepada kamu itu sudah dekat, atau Tuhanku menentukan bagi kedatangannya satu tempoh yang lanjut.
(Al-Jinn 72:25)
"Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun, -
(Al-Jinn 72:26)
"Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redaiNya (untuk mengetahui sebahagian dari perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya; apabila Tuhan hendak melakukan yang demikian) maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan).
(Al-Jinn 72:27)
"(Tuhan mengadakan malaikat-malaikat itu) supaya Ia mengetahui bahawa sesungguhnya - (dengan jagaan mereka) - Rasul-rasul itu telah menyampaikan perutusan-perutusan Tuhan mereka, (dengan sempurna); pada hal Ia memang mengetahui dengan meliputi segala keadaan yang ada pada mereka, serta Ia menghitung tiap-tiap sesuatu: satu persatu".
(Al-Jinn 72:28)
---khusus kepada golongan yg menggali ilmu (mencari ilmu dalam maksud kebatilan:menggunakan ilmu sangkaan)---
Celakalah kaum yang menggali parit, (golongan yg mengorek rahsia)
(Al-Buruuj 85:4)
(Parit) api yang penuh dengan bahan bakaran,
(Al-Buruuj 85:5)
(Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya, (ketika berada dalam kumpulan)
(Al-Buruuj 85:6)
Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang-orang yang beriman. (sedangkan hakikatnya mereka tidak mengenali makna sebenar iman)
(Al-Buruuj 85:7)
Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji! (bersikap bersahaja sedangkan hati tiada ketenteraman/kosong)
(Al-Buruuj 85:8)
Tuhan yang menguasai segala alam langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu. (peringatan dariNya kepada sekelian makhluk ciptaanNya)
(Al-Buruuj 85:9)
Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka Jahannam (kerana perbuatan buruk itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat). (bencana ini berbentuk melakukan sesuatu pemesongan dalam bentuk perbuatan dan kata2 dalam bentuk kefasikan).
(Al-Buruuj 85:10)
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar.
(Al-Buruuj 85:11)
Sesungguhnya azab Tuhanmu (terhadap orang-orang yang kufur ingkar) amatlah berat.
(Al-Buruuj 85:12)
~~kisah sorg bapa yg zalim utk ttpan umum~~
apa pandangan anda jika terdpt sorg bapa yg memberhenti persekolahan anak gadisnya sedangkan anaknya mendpt keputusan 8A utk pmrnya. apa pandangan anda jika seorg bapa tidak membenarkan anaknya mengerjakan solat wajib dan hanya membenarkan anaknya mengerjakan solat tahajjud? apa pandangan anda jika seorg bapa yg merupakan anak sanggup menghalau ibunya dari rumah milik ayahnya sedang hak ibunya adalah apa yg ditinggalkan oleh suaminya yg meninggal dunia? bapa jenis apakah ini? sambil dgn sombong menaiktaraf 2 kalimah syahadah kepada versi terbaru, boleh atau tidak manusia yg berbuat kerosakkan diatas muka bumi ini dijadikan kawan utk menjelaskan ilmu agama.
apa kata anda jika penyusunan Alquran yg kita sekarang ini dihukuman bapa yg durjana ini swbagai kesalahan yg dilakukan oleh saidina uthman? Last edited by AdAkAmA on 3-11-2013 06:58 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Saya pon x berpa pandai dlm soal agama ni tpi saya ada cadangan sikit, Belajar agama dgn ustaz2, i mean u kena pergi faca 2 face dgn ustaz utk belajar, lagi satu, cuba stadi sirah dan perjuangan nabi muhammad s.a.w serta para sahabat.. ... insya Allah akan dibuka jalan.. |
|
|
|
|
|
|
|
salam
speak with them with your tongue ..
away with them with your deed ..
wassalam
|
|
|
|
|
|
|
|
InsyaALLAH,
Apa definasi anda tentang Iman?
|
|
|
|
|
|
|
|
org yg tahu tidak sama dgn org yg faham. Last edited by AdAkAmA on 16-10-2013 07:33 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah,
Andai ada seorang kristian yakin akan ujudnya tuhan yg ESA.. ada kah dia itu di klasifikasikan sebagai beriman |
|
|
|
|
|
|
|
org yg bodoh itu pasti berbicara perkara yg menyusahkan diiri sendiri Last edited by AdAkAmA on 16-10-2013 07:35 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia sentiasa membantu, akan tetapi berapa ramai yg diberikan olehNya ilmu kesedaran ini (hakikat) Last edited by AdAkAmA on 16-10-2013 07:38 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
ada lagi soalan? @GiQ = tak perlu test ilmu dengan saya kerana jika kamu mahu test ilmu, bukan dengan saya. walaupun kamu dan saya manusia, bezanya kamu tidak diberikan petunjuk seperti mana yg saya ketahui. jika kamu mahu benar2 beriman, saya hanya boleh tunjukkan caranya. dan kamulah yg akan memilih jalan yg mana kamu kehendaki itupun jika Dia izinkan atas maksud qada' dan qadar. Last edited by AdAkAmA on 24-9-2013 11:09 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
lavendernovella posted on 24-9-2013 05:44 PM
Saya pon x berpa pandai dlm soal agama ni tpi saya ada cadangan sikit, Belajar agama dgn ustaz2, i ...
sebelum terlupa, perlu ke saya berguru dengan guru yg tidak pernah mengajar kamu erti kehidupan yg Allah redhai? atau perlukah saya berikan satu nasihat untuk kamu? boleh kamu diam dari bersifat seperti kaum munafik? saya suka berterus-terang kerana golongan munafik, pertuturan mereka cukup beradab seperti orang zaman dahulu kala, tapi terlupa, kesan munafik itu masih ada kerana mengganggu urusan agama.
ini nasihat saya, apa kata kamu baca post saya kemudian kamu fikir, patut ke guru2 di atas muka bumi ini mengejar saya ilmu yg kamu maksudkan? atau saya yg perlu mengajar guru2 yg berada di atas muka bumi ini makna hukum2 yg telah ditetapkan olehNya?
mana lebih baik? guru2 yg kamu nyatakan atau kebenaran yg Dia kehendaki?
|
|
|
|
|
|
|
|
AdAkAmA posted on 24-9-2013 11:08 PM
ada lagi soalan? @GiQ = tak perlu test ilmu dengan saya kerana jika kamu mahu test ilmu, bukan denga ...
MasyaALLAH,
Adakah begini cara kamu ??? kamu mengajak orang berkongsi... bila di tanya kamu katakan orang nak test kamu pulak ??? adakah bila di tanya kamu katakan itu satu test untuk menguji ilmu kamu ?? kalo yang saya tanya itu kamu anggap satu test minta maaf la ye.... haha no heart feeling naaa..
tamo emo2....eh
|
|
|
|
|
|
|
|
AdAkAmA posted on 24-9-2013 11:08 PM
ada lagi soalan? @GiQ = tak perlu test ilmu dengan saya kerana jika kamu mahu test ilmu, bukan denga ...
MasyaALLAH
Memang kamu manusia yang hebat .. bole tunjuk cara nak beriman...? harapnya kamu benar...
Tetapi yang buat saya mushkill adalah ....Seorang yang dah di beri petunjuk boleh melatah bila di tanya ... ish..ish..ish
BENARKAH KAMU DI BERI PETUNJUK ??? PETUNJUK APA TU...???
|
|
|
|
|
|
|
|
AdAkAmA posted on 24-9-2013 11:08 PM
ada lagi soalan? @GiQ = tak perlu test ilmu dengan saya kerana jika kamu mahu test ilmu, bukan denga ...
Huh! statement. Ok aku nak test ilmu awak sebab aku tau aku layak.
adakah awak baca dulu baru jari2 awak taip? atau jari2 awak yang menaip dulu baru awak baca? kalau tak tepat jawapan seperti yang diberiNya, awak baru level bidak jer. |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn percaya kpd yg x percaya krn apa yg dipercayainya x bole dipercaya. Jika yg x percaya mengatakan dirinya percaya maka, tanyakan kpdnya apa yg dipercayainya krn percaya spt mana selain mereka yg percaya menjadikan yg x percaya tu percaya kpd yg x bole dipercaya. Maka, bknlah dia dikatakan percaya bahkan x percaya. Percayakah yg x percaya jika yg dipercaya itu kepercayaan spt percayanya mereka yg byk²? Percaya apa?
p/s: Ni cadangan ke soalan? |
|
|
|
|
|
|
|
ada orang akan bertanya, kenapa saya mengatakan si polan itu bodoh dan noob? mana lebih baik jika orang yg saya maksudkan itu sepatutnya dibunuh oleh saya (berdasarkan pada hukum kewajipan yg perlu ditaati untuk membuktikan keimanan) akan tetapi saya lebih suka menerangkan satu kosa kata yg terdapat di dalam Alquran perihal orang2 yg Dia maksudkan bodoh supaya diri mereka2 ini mendapat petunjuk dari perkataan bodoh itu sendiri. malah saya berulang2 kali menyuruh diam akan tetapi orang2 jenis ini lebih suka berhakimkan perkara2 taghut sehingga dirinya dijauhkan dari mengenali petunjukNya. tidakkah orang2 yg kufur itu belajar sesuatu dari petunjuk kerana pada diri mereka sudah tercatit perkataan "laknat Allah" atas perbuatan dan kata2 yg tidak disusuli dengan memohon keampunan dan ketaatan pada apa yg sudah dinyatakan olehNya sambil tidak merasakan diri bersalah pada Allah?
Salam...
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَنَاجَشُوا وَلَا تَبَاغَضُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَلَا يَبِعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَيْعِ بَعْضٍ وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يَخْذُلُهُ وَلَا يَحْقِرُهُ التَّقْوَى هَاهُنَا وَيُشِيرُ إِلَى صَدْرِهِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ بِحَسْبِ امْرِئٍ مِنْ الشَّرِّ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ كُلُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حَرَامٌ دَمُهُ وَمَالُهُ وَعِرْضُهُ
Dari Abu Hurairah dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: 'Janganlah kalian saling mendengki, saling memfitnah, saling membenci, dan saling memusuhi. Janganlah ada seseorang di antara kalian yang berjual beli sesuatu yang masih dalam penawaran muslim lainnya dan jadilah kalian hamba-hamba Allah yang saling bersaudara. Muslim yang satu dengan muslim yang lainnya adalah bersaudara tidak boleh menyakiti, merendahkan, ataupun menghina. Taqwa itu ada di sini (Rasulullah menunjuk dadanya), baginda mengucapkannya sebanyak tiga kali. Seseorang telah dianggap berbuat jahat apabila ia menghina saudaranya sesama muslim. Muslim yang satu dengan yang lainnya haram darahnya, hartanya, dan kehormatannya.
(Sahih Muslim)
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 25-9-2013 09:49 AM
Salam...
عَنْ أَبِي هُ ...
orang yg beriman itu adalah orang yg mendengar dan taat pada perintah Allah. fahami dalil ini kerana dalil ini tidak pernah dimansuhkan olehNya. maka barang sesiapa yg menyalahi hukum ini, maka kufurlah orang yg dimaksudkan itu.
Oleh itu, janganlah kamu mengadakan sesuatu yang sebanding dengan Allah, kerana sesungguhnya Allah mengetahui (setakat mana buruknya perbuatan syirik kamu) sedang kamu tidak mengetahuinya.
(Al-Nahl 16:74)
kamu pernah menyatakan Ahlul Sunnah WalJamaah itu AlJamaah sedangkan Dia tidak pernah menerangkan AlJamaah itu untuk disamakan dengan Ahlul Sunnah WalJamaah. maka anda sudah mengadakan sesuatu yg sebanding dengan ketetapan Allah. maka anda sudah mensyirikkan Allah dengan jelas sambil kamu menolak keseluruhan kebenaran dengan memblock semua kebenaran demi hawa nafsu kamu. maka bagi diri saya, kamu tidak beriman kepada keterangan ini. dan barang sesiapa yg mengambil kamu sebagai teman, mana teman kamu itu samalah seperti kamu.
saya faham dari konteks ini (untuk diri saya - akan tetapi kamu lalai dari melihat kepada petunjukNya sambil kamu menghukum perkara2 yg kamu tidak ketahui akan hukum2Nya):
Maha Berkat Tuhan yang jika Ia kehendaki tentulah Ia akan mengadakan untukmu (di dunia ini) sesuatu yang lebih baik dari apa yang mereka katakan itu, iaitu syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta mengadakan untukmu istana-istana (yang tersergam indah).
(Al-Furqaan 25:10)
nasihat Dia kepada kamu (yg noob dan bodoh) :
Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
(Al-Hadiid 57:22)
sebelum terlupa, Dia mengingatkan kepada diri saya perihal ini (bukan seperti kamu yg riak lagi nyata dengan menjelaskan ilmu tanpa petunjukNya):
Semoga Allah akan mengadakan perasaan kasih sayang antara kamu dengan orang-orang yang kamu musuhi dari kerabat kamu itu (dengan jalan menjadikan mereka insaf dan memeluk Islam). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa (atas tiap-tiap sesuatu), dan Allah Maha pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-Mumtahanah 60:7)
"(Tuhan mengadakan malaikat-malaikat itu) supaya Ia mengetahui bahawa sesungguhnya - (dengan jagaan mereka) - Rasul-rasul itu telah menyampaikan perutusan-perutusan Tuhan mereka, (dengan sempurna); pada hal Ia memang mengetahui dengan meliputi segala keadaan yang ada pada mereka, serta Ia menghitung tiap-tiap sesuatu: satu persatu".
(Al-Jinn 72:28)
orang yg sakit hati itu mudah dikesan. kerana dirinya merasakan berada dijalan yg lurus sedangkan tiada satu petunjuk pun yg dirinya ketahui sambil menyombongkan diri kepada Allah. SIAPA DIRI KAMU jika sudah kamu mengatasi apa yg Allah maksudkan? dalil ini perlu kamu kenal sebelum berbicara ilmuNya :
Allah memberikan satu misal perbandingan: Seorang hamba abdi yang menjadi milik orang, yang tidak berkuasa melakukan dengan bebasnya sesuatupun; dan seorang lagi (yang merdeka) yang Kami kurniakan kepadanya pemberian yang baik (harta kekayaan) dari Kami, maka dia pun membelanjakan hartanya dengan bebasnya, sama ada secara bersembunyi atau terbuka, adakah kedua orang itu sama? Segala puji tertentu bagi Allah (dan Allah jualah yang berhak disembah), tetapi kebanyakan mereka (yang musyrik) tidak mengetahui (hakikat tauhid itu).
(Al-Nahl 16:75)
jika seseorang itu hamba Allah, maka dirinya tidak berkuasa untuk melakukan apa yg Dia tetapkan. maka hamba Allah hanya sekadar melaksanakan apa yg Dia nyatakan. berbanding dengan yg tidak mengakui dirinya hamba Allah, maka Allah berikan kelebihan kepada dirinya untuk mengatasi hamba Allah itu. berbaloikah kamu menjadi diri orang yg tidak mengakui dirinya hamba Allah sambil kamu menolak semua hukum dan ketetapan Allah? jika perkataan ini kamu tak faham, tolong fikir balik tindakan menyatakan mana2 hadis kepada saya valid pada sisiNya ataupun tidak? apa kamu fikir saya tidak kenal siapa yg tidak beriman ketika berforum? bukankah Allah sentiasa memberikan petunjukNya kepada hamba2Nya yg Dia kasihi?
terpulanglah kepada kamu. semoga Allah turunkan bala dalam bentuk pengajaran ke atas orang2 yg mendustakan kebenaranNya di dunia supaya hatinya disucikan didunia olehNya (seperti mana yg dijanjikan olehNya ke atas sesiapa yg dikehendaki olehNya). dan jika dirinya itu masih kufur dengan keterangan Allah, terserahlah pada Allah untuk menghukum apa yg terbaik terhadap hamba2Nya kerana tiada daya seorang hamba itu mengatasi apa yg Dia telah tetapkan ke atas sekelian makhluk2 ciptaanNya.
Last edited by AdAkAmA on 25-9-2013 12:33 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
AdAkAmA posted on 25-9-2013 12:29 PM
nasihat Dia kepada kamu (yg noob dan bodoh) :
Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
(Al-Hadiid 57:22)
Ayat di atas ni kamu MEMPERGUNAKAN KALAM ALLAH untuk kata saya NOOB dan BODOH HANYA selepas saya bawakan hadith:
Dari Abu Hurairah dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: 'Janganlah kalian saling mendengki, saling memfitnah, saling membenci, dan saling memusuhi. Janganlah ada seseorang di antara kalian yang berjual beli sesuatu yang masih dalam penawaran muslim lainnya dan jadilah kalian hamba-hamba Allah yang saling bersaudara. Muslim yang satu dengan muslim yang lainnya adalah bersaudara tidak boleh menyakiti, merendahkan, ataupun menghina. Taqwa itu ada di sini (Rasulullah menunjuk dadanya), baginda mengucapkannya sebanyak tiga kali. Seseorang telah dianggap berbuat jahat apabila ia menghina saudaranya sesama muslim. Muslim yang satu dengan yang lainnya haram darahnya, hartanya, dan kehormatannya.
(Sahih Muslim)
Nampak sangat kamu ni ada masalah dengan Al-Quran dan Sunnah! Mempergunakan Kalam Allah ikut HAWA NAFSU! Cepat melatah betul
Last edited by mnm77 on 25-9-2013 01:02 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
GiQ posted on 24-9-2013 11:37 PM
MasyaALLAH
Memang kamu manusia yang hebat .. bole tunjuk cara nak beriman...? harapnya kamu be ...
hamba Allah mana hebat. yg bukan hamba Allah lah yg hebat kerana Dia sudah menyatakan dengan jelas. maka mana2 manusia yg menyalahi ketetapanNya, tahulah apa padahNya di akhirat kelak.
semoga Allah bersama2 mereka2 yg beriman kepadaNya dlm erti kata yg sebenar2nya.
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 25-9-2013 12:52 PM
Ayat di atas ni kamu MEMPERGUNAKAN KALAM ALLAH untuk kata saya NOOB dan BODOH HANYA selepas saya b ...
saya yg kata kamu bodoh dan noob. saya tak pernah kata Allah kata kamu noob dan bodoh pun. mana lebih untung? kamu ataupun saya? (kenapa agaknya kamu tak buka Alquran dan cari perkataan bodoh untuk kebaikkan diri kamu?
yg menariknya kata2 kamu mensyirikkan Allah dalam bentuk perbuatan, kata2 dan ikhtikad sudah menjelaskan betapa teruknya iman kamu (tidak pula kamu peduli untuk memperbaiki amal kamu tak gitu?). kenapa perlu disamakan apa yg Dia maksudkan petunjuk dengan apa yg saya maksudkan kata2? kamu ni ada masaalah hati ek? apa boleh buat. orang yg buta itu takkan menjadi celik jika sudah hilang makna kehambaan dengan diganti makna bertuhankan diri sendiri. jika kata2 kamu menjelaskan kata2 selaku Tuhan, tak perlu nyatakan disini kerana kamu memandang perkataan bodoh dan noob itu lebih utama dari ketetapan Allah. itulah tanda orang2 yg PASTI rugi di akhirat kelak.
ingat ke kamu ni faham agama. rupanya amat2lah kasihan bila membaca post2 kamu kerana seperti yg saya kata, sama aje seperti yg kamu lakukan setakat ini. apa boleh buat. yg memalukan adalah diri kamu sendiri dan bukan saya yg memalukan diri kamu. itulah bukti tanda kekuasaan Allah pada maksud beriman kepada Allah dan juga tidak beriman kepada Allah.
kecian kecian kecian. valid ke orang tak beriman menerangkan ilmuNya?
mari kawan2 baca post ini: saya ada seorang kawan bukan Islam. maka saya ingin tahu, bolehkah seorang lelaki kafir (bukan Islam) mengajar ilmu Alquran dan Sunnah kepada orang2 yg beriman kepada Allah? jika tidak faham maksud ini, lebih baik kamu wahai orang yg buta mata hati pergi tengok bentuk syirik yg kamu nyatakan sebelum ini sudah mengatasi maksud qada' dan qadar Allah ataupun belum. barang sesiapa yg mengatasi makna qada' dan qadar yg Dia tetapkan sudah pun mengatasi makna rukun Iman. maknanya orang itu adalah tuhan kepada qada' dan qadar. so sudah terkeluar dari makna sebenar akidah iaitu beriman kepada Allah. perlu saya state disini apa hukumannya di dunia dan di sisiNya? keras betul hati kamu!
ada lagi yg kamu nak tambah supaya diri kamu jelas kufur kepadaNya? atau lebih baik kamu ikut petunjuk yg saya berikan sebelum ini iaitu pergi bertaubat kepada Allah? ada saya suruh kamu buat salah? atau kamu tidak mahu beriman kepada keterangan Allah terhadap mereka2 yg tidak pernah mahu kewujudan Allah? kamu tahu makna akidah, tapi kamu tak faham bagaimana berakidah. kemudian kamu mengajar saya makna akidah? kalau akidah utama pun dah out! kamu orang yg Dia maksudkan beriman ke? wajib ke saya mendengar kata2 dari orang2 yg pasti merosakkan agama dan iman pada dirinya sendiri?
apa nak susah? mengaku diri itu hamba Allah buatlah apa yg Dia perintahkan dan bukan pandai2 sampaikan ilmu yg akhirnya menyusahkan diri kamu yg sememangnya tak pernah beriman kepada apa yg kamu terangkan. itulah maksud orang2 yg menggunakan hawa nafsu ketika berbicara. apa kamu ni bodoh sangat ke nak faham?
apa akan terjadi jika yg post orang yg berkata benar itu diblock oleh orang2 yg tak beriman? maka bertambahlah kufur pada hati orang2 yg tidak beriman itu kepada Allah seperti mana yg sudah Dia tetapkan. apa boleh buat. orang yg tahu makna petunjuk itu berbeza dengan yg tidak kenal makna petunjuk. mana lebih baik? mengikut petunjukNya atau mengikut petunjuk hawa nafsu diri sendiri?
Last edited by AdAkAmA on 25-9-2013 01:43 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
seorang guru tauhid pernah berkata kepada seorang anak murid, kamu bodoh sedangkan hakikat sebenarnya Allah ciptakan anak murid ini penuh dengan kepintaran. kenapa anak murid yg pintar ini dikatakan bodoh oleh gurunya? kerana anak murid itu mencari kelebihan supaya dirinya selamat di dunia atas dasar syariat semata2 sehingga melupakan makna akidah dan juga akhlak.
perjalanan hidup orang yg beriman itu bermula dari akidah. jika tidak berakidah seperti mana yg Dia maksudkan, maka orang itu belum boleh dikategorikan beriman kepada Allah dan Rasul2nya. maka menerima kata2 dari orang2 yg rosak akidahnya dimakhruh untuk diikuti dan dipercayai (terhadap mereka2 yg beriman kepada Allah) kerana itu ketetapan Allah kepada sesiapa yg mengaku beriman. maka tidak diharuskan kepada yg beriman untuk menerima khabar dari orang2 yg tidak berakidah kerana disitu terdapat kemurkaan Allah walaupun yg tidak berakidah itu tahu ilmu Allah secara keseluruhannya, itu tidak bermaksud dirinya faham ilmu Allah (kerana bersifat kefasikan - merosakkan ilmu dan makhluk2 ciptaanNya). dan inilah saya maksudkan orang2 yg bodoh (kerana tidak melihat kepada petunjukNya) ketika berada di dunia malah lebih hina lagi dari binatang ternakan (sepertimana yg Dia maksud) dan lebih teruk lagi ketika berada di akhirat kelak (itupun jika tidak tahu makna petunjukNya).
apa boleh buat. harus dan wajib sudah dicampur-adukkan oleh mereka2 yg hilang pedoman sambil menyangka mereka berada di jalan yg lurus sedangkan makna lurus pun mereka2 ini tidak pernah diberikan kefahaman olehNya. dunia sudah dekat kiamat. apa boleh buat. jika manusia tak reti nak bergantung harap kepada Allah, tiada apa2 yg boleh dilakukan oleh hamba2 Allah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|