CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2498|Reply: 17

[Tempatan] 17 nyaris maut bas jatuh gaung

[Copy link]
Post time 21-9-2013 10:20 AM | Show all posts |Read mode


Keadaan bas ekspres membawa 17 penumpang yang terjunam setelah terlibat dalam kemalangan

SLIM RIVER – Seramai 17 penumpang sebuah bas ekspres nyaris maut apabila kenderaan yang dinaiki itu terjunam ke dalam gaung sedalam hampir enam meter setelah terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 308.1 (arah Utara), Lebuh raya Utara Selatan (PLUS), di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, semua penumpang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju Ipoh sebelum bas berkenaan hilang kawalan ketika cuba mengelak sebuah kereta jenis Mazda yang terbabas.

Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Superintendan Sharul Othman Mansor berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta yang dalam perjalanan dari Selatan ke Utara itu hilang kawalan ketika cuba untuk memotong bas berkenaan.

Menurutnya, kegagalan cubaan memotong itu menyebabkan kereta melanggar besi pembahagi jalan sebelum berpusing beberapa kali di hadapan bas.

“Bas cuba untuk mengelak dari merempuh kereta itu, tetapi tidak berjaya menyebabkan kedua-dua kenderaan jatuh ke tebing lebuh raya.

“Buat masa ini, tiada kematian dilaporkan, semua penumpang selamat apabila hanya mengalami cedera ringan.

“Kesemua mereka dihantar ke Hospital Slim River untuk menerima rawatan lanjut, buat masa ini, semua mangsa termasuk pemandu bas dilaporkan stabil.

“Pemandu kereta dilaporkan parah dan patah tangan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Slim River, Md Zin Mohd Saaidin berkata, bomba yang menerima panggilan pada jam 5.33 petang bergegas ke lokasi, berjaya mengeluarkan lapan mangsa yang cedera.

Katanya, kebanyakan mangsa lain diselamatkan orang awam.

“Kita terpaksa melakukan kerja pembersihan di tempat kejadian berikutan tumpahan minyak berlaku semasa pelanggaran.

“Operasi menyelamat yang disertai tujuh anggota tamat pada jam 6.34 petang tadi,” katanya.




sumber=sinarharian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2013 10:22 AM | Show all posts
hancus mazda tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2013 10:25 AM | Show all posts
syukurla tak de melibatkan kehilangan nyawa....

ngerila kemalangan ni....kematian yang amat menyakitkan...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2013 10:28 AM | Show all posts
area slim river ni banyak benar kes kemalangan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2013 10:39 AM | Show all posts
laju kot sebab 3 lane kan
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2013 10:42 AM | Show all posts
budget lepas nak potong tp tak lepas.. last semua org kena..
huhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2013 10:45 AM | Show all posts
confirm aku takkan naik bas express dh
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2013 10:48 AM | Show all posts
Allah panjangkan umur lagi.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2013 10:57 AM | Show all posts
syukur la nak
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2013 11:27 AM | Show all posts
pemandu Mazda tu kene bertanggungjawap kt mangsa yang terlibat cam Ahmad Dhani

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2013 02:13 PM | Show all posts
pemandu mazda yang perlu di persalahkan..
sebab dia, orang lain jadi mangsa..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2013 02:17 PM | Show all posts
ingatkan gaung cam genting ari tu.. mujur tiada yang hilang nyawa. takziah kepada mereka..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2013 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Nyaris maut pun masuk berita ker?...ada pulak yg up kat ci....xde kerja ke aper?
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2013 08:59 PM | Show all posts
Masih sempat utk bertobat
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2013 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
lavajeans posted on 21-9-2013 02:19 PM
Nyaris maut pun masuk berita ker?...ada pulak yg up kat ci....xde kerja ke aper?

Kena tgu dah mati ke baru blh masuk berita....
.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2013 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa posted on 21-9-2013 09:01 PM
Kena tgu dah mati ke baru blh masuk berita....
.

Ye la..nanti baru pakar mati suul atau husnul khotimah boleh komen...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2013 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
lavajeans posted on 21-9-2013 09:06 PM
Ye la..nanti baru pakar mati suul atau husnul khotimah boleh komen...

Haah kan......

Setakat terkejut je, tak jelas apa dosa dorang dah buat atas bas tu......



Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2013 09:34 PM | Show all posts
Ni kira peringatan gak ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.292227 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list