CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3768|Reply: 1

Kitaran haid tak teratur

[Copy link]
Post time 17-9-2013 08:54 AM | Show all posts |Read mode
Saya kini berusia 34 tahun dan sudah berkahwin. Saya mempunyai masalah haid tidak normal.
Buat pengetahuan doktor, sebelum ini haid saya normal setiap bulan iaitu antara tujuh hingga sembilan hari. Tetapi, sejak kebelakangan ini, kitaran haid saya menjadi 15 hari dan tidak teratur.

Darah yang keluar juga terlalu banyak dan kadangkala berketul-ketul. Saya sudah berjumpa doktor dan didapati tiada masalah fibroid. Namun baru-baru ini, haid saya berhenti pada hari ke-15, tetapi tiga hari kemudian keluar darah sedikit sehingga tarikh haid berikutnya.

Adakah ia tanda penyakit berbahaya ? Adakah Pap smear boleh dilakukan dalam keadaan saya ini?

Sha,
Shah Alam, Selangor.


Adakah anda mengambil sebarang ubat atau produk yang mungkin berhormon? Perubahan corak haid lazimnya disebabkan tiga perkara asas:

Masalah penebalan dan pematangan lapisan yang membentuk haid (endometrium). Ini boleh disebabkan oleh stres, masalah ovulasi, pengambilan hormon atau produk yang mungkin mengandungi hormon.

Masalah ketumbuhan pada lapisan terdalam rahim seperti polip endometrium, polip fibroid sub-mukosa, hyperplasia endometrium atau kanser endometrium.

Peradangan dalam rahim (endometritis) yang lebih lazim disebabkan oleh jangkitan kuman.

Penyakit berbahaya juga boleh memberi petanda sedemikian. Itu sebabnya doktor akan menyiasat lebih lanjut bagi mengenepikan kemungkinan terbabit.

Pap smear adalah ujian serviks (pangkal rahim) sedangkan haid terbentuk pada bahagian sebelah atasnya iaitu badan rahim. Pap semar normal tidak bermakna badan rahim anda juga normal.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2013 11:10 PM | Show all posts
selain daripada jawapan tu, kalau dah checkup dan takde masalah, apa kata cuba amalkan Evening Primrose Oil (EPO). boleh dibeli di mana-mana farmasi. bagus untuk wanita.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.045817 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list