CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6447|Reply: 10

Jelmaan Gadis Misteri Di Tasik Melati Perlis~!

[Copy link]
Post time 13-9-2013 10:28 AM | Show all posts |Read mode


Mungkin bagi penduduk di negeri Perlis mengetahui tentang kewujudan Tasik Melati ini. Jika anda menuju ke Perlis Indera Kayangan, jangan sekali-kali meninggalkan jadual untukmengunjungi Tasik Melati. Ia sebuah tasik semula jadi mempunyai keluasan 6.4 hektar yang terletak kira-kira lapan kilometer dari bandar Kangar. Kalau berkunjung ke situ bersama keluarga, sebaik-baiknya pada sebelah petang atau awal pagi. Ketika itu kita dapat melihat panorama yang sungguh mengasyikkan apabila kabus menyelubungi tasik itu. Ia seakan-akan berada di sebalik kelambu sutera.

Di situ tersedia kemudahan riadah, lorong untuk berjalan, dan sampan untuk disewa kepada pengunjung yang suka berkayuh. Ia sesungguhnya dapat merehatkan otot dan ketegangan fikiran, kerana kedudukannya terhindar daripada kesibukan lalu lintas dan kebisingan kota.

Di sebalik keindahan alam di Tasik Melati itu, ia juga menyimpan kisah lagenda menyayat hati yang sebelum ini kurang didedahkan kepada umum.

Tasik Melati telah wujud lebih seabad yang lalu. Ia Cuma mendapat perhatian sekitar sepuluh tahun yang lalu dengan usaha pihak Majlis Perbandaran Kangar. Di situ dibina jambatan dan pondok rehat serta landskap indah yang sepatutnya menjadi pujian pengunjung.

Di tasik itu juga mempunyai keunikan tersendiri, kerana di situ mempunyai 150 tasik kecil, seolah-olah menjadi pulau kepada sebuah lautan luas.

Tasik Melati ketika dulu digeruni penduduk berhampiran. Kononnya di situ terjadi kisah seorang gadis dikenali sebagai Melati bersama dua lagi teman sebayanya menjadi habuan nafsu buas sekumpulan lelaki.

Ketiga-tiga gadis itu dikatakan sedang membasuh kain di hujung tasik. Sambil membasuh, mereka yang hanya berkemban bergurau senda sehingga kain salah seorang daripada mereka terburai dan menampakkan buah dada yang montok dan mekar.

Kebetulan pula ketika itu sekumpulan pemuda melintasi di situ. Apabila terpandang saja keadaan gadis itu, mereka diruntun nafsu memuncak sehingga tidak terkawal lagi.Mereka mengheret ketiga-tiga anak gadis tadi ke bawah rimbunan pepohon meliar di tebing tasik.

Malangnya, ketiga-tiga gadis tadi tidak rela mahkota sucinya dirampas dengan mudah. Mereka melawan. Bagi mereka, lebih rela nyawa melayang daripada menyerah kalah. Akibatnya terjadilah pertarungan sengit di pinggir tasik itu.

Hebat! Ketiga-tiga anak gadis dari kampung hujung tasik itu langsung tidak mahu mengalah. Mereka mempertahankan kesucian diri sehingga nafas yang terakhir. Gerombolan lelaki itu akhirnya berjaya menewaskan anak gadis tiga orang. Wah, apa lagi, mereka meratahnya bagaikan harimau mendapat mangsa.

Kerana sesalan yang tidak berpenghujung dan rasa cemas yang datang secara tiba-tiba,mereka mengambil jalan pintas menyembunyikan kesalahan lalu ketiga-tiga mayat gadis itu dilontarkan ke dalam tasik.

Serentak itu air tasik bergelora, hujan panas pun turun lebat. Titisan hujan bagaikan mutiara berkilauan di dada tasik tanda menangisi kematian tiga gadis itu.

Anehnya belum pun hujan panas berhenti, tiba-tiba ketiga-tiga anak gadis tadi kelihatan bergurau senda sesama mereka sambil berenang di tengah tasik.

“Sampai hari ini masih ramai orang berjumpa ketiga-tiga anak gadis itu sedang bermandi-manda di tengah tasik.

“Apabila hari mendung atau hujan panas, terutama sebelah senja selalu orang nampak ketiga-tiga gadis itu berenang-renang di tasik,” dakwa Darini Abdullah, 32, penjual rojak buah dan air minuman di kawasan letak kereta tasik itu.

Menurut Darini lagi, penunggu tasik itu seekor ular sawa sebesar satu pemeluk.

“Saya rasa ia hanya jelmaan sahaja. Sebenarnya mungkin jin atau orang halus menampakkan dirinya seperti ular sawa pada masa tertentu,” kata Darini lagi.

Darini memberitahu lagi, hanya sejak sepuluh tahun kebelakangan ini barulah orang ramai mengunjungi tasik itu, terutama selepas dibina taman rekreasi oleh pihak majlis perbandaran. Sebelumnya orang amat takut melintasi di tepi tasik itu apabila menjelang senja.

Katanya, pernah satu waktu ibunya sendiri tersampuk penunggu ular sawa di Tasik Melati.

“Satu senja emak saya melintasi di tepi tasik itu sambil menyorong basikal kerana ia penuh dengan barang-barang.

“Sampai di rumah emak meracau-racau. Apabila di panggil dukun dia memberitahu emak melanggar ekor ular sawa dan selepas dukun minta maaf, barulah emak pulih,” katanya.

Darini yang tinggal di Batu 2 ½ Jalan Datuk Kayaman juga memberitahu, jika ada pasangan yang membuat kelakuan tidak senonoh di tasik itu, pasti tersesat sehingga tidak tahu jalan keluar.

“Pernah terjadi seoarang pencuri masuk ke kawasan tasik itu dengan barang-barang yang dicurinya. Akhirnya dia berpusing-pusing di kawasan tasik itu sehingga ditemui orang lalu di situ yang kemudian diserahkan kepada pihak polis cerita Darini ramah.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2013 02:46 PM | Show all posts
yg si Melati pon bergurau ganas btol sampai tercabut kain!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 03:15 PM | Show all posts
pernah tingal dkat perlis
msa skola men dulu dok p gak tasik melati neh
tp xtau plak ada kesahnya trsendiri
betoi ka neh?
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 06:54 PM | Show all posts
saya penah dgr citer nih...citer nih urban legend kat perlis indera kayangan....
kesahihan citer nih xdapat di pastikan....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2013 01:34 AM | Show all posts
sape yang bagitau cite ni?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2013 11:11 AM | Show all posts
la ni ramai je couple yang dok wat tak senonoh kat tasik melati ni... tak lak sesat tak jumpa jalan... sesat iman adala...

ha ah... more too urban legend je....
Last edited by jefrilza on 15-9-2013 11:12 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-9-2013 12:52 AM | Show all posts
antara port yg mesti g kalo melancong kat perlis selain dr gua kelam, padang besar, empangan timah pasoh n nasi ganja kat kangar
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2013 04:23 PM | Show all posts
dulu memang tempt port kuar jogging
x taw plak ade kisah2 gini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2013 07:32 PM | Show all posts
Timah Tasoh kenal la, Tasik Melati area mana lak yea???
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 12:15 PM | Show all posts
Tang cerita tu takleh belah nak bubuh ayat "buah dada yang montok dan mekar."
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 02:31 PM | Show all posts
Aku baca apa yang TT share tu, aku rasa macam artikel lama la pasal

Ia Cuma mendapat perhatian sekitar sepuluh tahun yang lalu dengan usaha pihak Majlis Perbandaran Kangar. Di situ dibina jambatan dan pondok rehat serta landskap indah yang sepatutnya menjadi pujian pengunjung.


Aku bukan orang utara, tapi kerja belah2 sini. Tahun 1999 dulu mmg dah establish dah Tasik ni....masa aku sekolah aku dah tau dah.....jadi pelik la kalau artikel ni kata 10 tahun dulu baru dibangunkan.....

lepas tu typo error : bukan tasik kecil, tapi pulau kecil...tapi rasa aku bukan 150 kot.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.051611 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list