CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4914|Reply: 8

Kenapa Lelaki Tidak Suka Wanita Yang Suka Merajuk?

[Copy link]
Post time 13-9-2013 08:47 AM | Show all posts |Read mode
Berikut adalah sebab kenapa lelaki tidak suka kepada perempuan yang terlalu suka merajuk.


1. Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan. Wanita cerewet mengenai pemilihan gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak berkenan di hati sedangkan lelaki anggap soal makan di mana sahaja yang boleh.


2. Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir.

3. Wanita suka sangat diberikan perhatian dan manja tidak bertempat dan sikap ini menyebabkan mereka sentiasa ‘syok sendiri’ dan suka dipuji. Jika tidak dipuji mereka akan merajuk.

4. Wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.

5. Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati dan bersikap tanggungjawab pada wanita. Wanita kena menerima hakikat itu.

6. Suka membeli-belah terlalu lama hingga memb osankan lelaki, ini sebabnya lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka sangat menghabiskan masa untuk tujuan itu.

7. Terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah ‘mengata dan mengutuk’ jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri.

8. Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.

9. Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising dan ini tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada teman wanita atau anak dan isteri.

10. Lelaki tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal dan jika isteri atau teman wanita melakukan pengawalan itu pada lelaki, lelaki akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.

11. Wanita kurang bijak dalam melahirkan kasih sayang melalui perbuatan menunjukkan kasih sayang pada pasangan, tetapi hanya mengharapkan pasangan memberi kasih sayang itu.

12. Jangan terlalu bergantung pada suami dan teman lelaki pada perkara yang mampu wanita lakukan, tetapi wanita suka bergantung harap sangat pada suami dengan tujuan agar suami sentiasa berada di samping mereka. Ini tidak digemari suami/teman lelaki.

13. Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka, dan ubahlah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih muda elok juga jika merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia, janganlah selalu merajuk – buruk!

14. Wanita jadikan diri mereka contoh yang baik dan merajuk memburukkan persepsi lelaki, jadi janganlah bersikap seperti budak-budak kecil.

15. Wanita suka bertanya itu ini pada suami/teman lelaki tetapi tidak suka pada jawapan yang diberikan oleh suami/teman lelaki. Ini membuatkan suami/teman bosan untuk melayan soalan wanita itu.

16. Wanita banyak maksud dan tujuan dalam perbuatan mereka, jika dilayan, mereka kadangkala mengambil kesempatan daripada keprihatinan yang diberikan kepada mereka.

17. Wanita jangan suka menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka dan sebagainya dan inginkan dilayan ala ‘puteri’ kerana kelebihan itu hingga membodohkan lelaki. Lelaki tidak ada minat untuk melayan kerenah wanita seperti itu.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2013 11:19 AM | Show all posts
menarik juga artikel ni...dapat selesaikan titik persefahaman sesebuah hubungan...dan mmg ini fakta...


tp tertanya-tanya, kalau pasangan tu amalkan mcm ni, apa titik komunkasi diorang agaknya ye..

misalnya kalau kita tak sembang2 pasal orang, so kita sembang pasal ape?

kalau pempuan tak cakap pasal barang2 dia ada, apa topik lain lelaki dengar?

kalau nak cite pasal bola, motor, memancing...azalinya wanita tak berminat...


kalau ade anak mungkin la boleh jadik topik kan...kalau takde anak?

apa dikatakan komunikasi berkesan?
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 11:34 AM | Show all posts
cakap je la malas/x reti nak pujuk...kikikikiki
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 01:04 PM | Show all posts
lelaki tak suka wanita mrajok sebab............







nanti lelaki tu takde chance pulak nak mrajok
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 02:26 PM | Show all posts
Guilty of no.11 & no.12
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2013 05:20 PM | Show all posts
limesherbet posted on 13-9-2013 01:04 PM
lelaki tak suka wanita mrajok sebab............

cane nak pujok laki yg merajuk..x reti..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2013 10:29 PM | Show all posts
Sbb sebenarnya diorang malas nak pujuk!
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2013 04:17 PM | Show all posts
penah baca kat mana ntah lupe..org yang suka merajuk ni kurang rasa kehambaan dalam diri dia..nak org sentiasa entertain dia je..muhasabah diri jgk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2013 08:34 PM | Show all posts
bagi aku org yg suka merajuk rajuk ni nakkan perhatian saja..apa org selalu kata tu kurengg kasih sayang...selalu pikir menda remeh temeh...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.140040 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list