CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18458|Reply: 96

Julie Dahlan Semakin Susut dan Kabur Penglihatan

[Copy link]
Post time 3-9-2013 02:36 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR, 3 SEPTEMBER 2013: Jika dua bulan lalu, portal Murai.com.my ada menyiarkan mengenai kisah tentang produser filem popular, Julie Dahlan yang terkenal dengan gaya daring dan keletahnya yang bersahaja tapi kini dia berdepan dengan masalah kesihatan yang menuntut untuk berehat serta menjalani rawatan.

Ibu kepada pelakon Hani Harmi itu, disahkan menghidap penyakit buah pinggang, selain tiga lagi penyakit yang juga digelar tiga serangkai antaranya kencing manis dan darah tinggi yang menyebabkan penglihatannya menjadi kabur.

Ditemui pada majlis Mesra Raya Aidilfitri Seniman 2013 di Saloma Bistro, semalam, Julie Dahlan hadir ditemani Hani yang sentiasa memimpin ibunya itu.

Julie Dahlan dilihat semakin kurus dan kini kabur penglihatannya, bagaimanapun sempat meluangkan masa untuk ditemuramah portal murai.com.my..

"Alhamdulillah, selepas 4 bulan menjalani dialisis sebanyak 3 kali seminggu, sudah ada perkembangan positif yang dilihat pada kesihatan saya.

"Namun rawatan mencuci darah ini perlu diteruskan juga untuk mengekalkan kesihatan saya.

"Saya masih bergantung dengan tiub dileher untuk memudahkan proses dibuat,"ujarnya sambil menunjukkan tiub dilehernya yang digunakan ketika proses dialisis.

Kata Julie Dahlan lagi, selepas ini dia mungkin akan menjalani rawatan dibahagian mata yang kini kabur akibat serangan daripada penyakit darah tinggi.

"Selepas diserang darah tinggi, memang penglihatan saya teruk dan hanya nampak bentuk serta cahaya. Kalau kemana-mana harus berpimpin.

"Mujurlah Hani dan anak saya lagi seorang itu ada bersama membantu menjaga saya.

"Syukur Alhamdulillah kerana rakan-rakan seperjuangan saya tidak pernah melupakan saya begitu juga persatuan yang ada. Mereka tidak lupa menyokong saya.

"Antara rakan yang prihatin, yang mula-mula sekali datang menghulurkan sumbangan adalah Datuk Yusof Haslam diikuti Datuk Sarimah serta Datuk Sharifah Aini dan persatuan-persatuan seperti Seniman, Yayasan Artis1Malaysia melalui Nancie Foo serta Datuk Freddie Fernandez dari Karyawan turut menghubungi saya.

"Kerana ini jugalah saya semakin kuat kerana sokongan daripada mereka memberikan saya semangat untuk sama-sama kuat melawan penyakit saya ini.

"Alhamdulillah dengan sumbangan mereka dapat juga meringankan beban saya,"ujarnya yang menjelaskan badannya susut setelah serangan pertama sebanyak 20 kg air dikeluarkan daripada badannya.

Ditanyakan mengenai syarikat produksi yang menjadi sumber rezeki, kata Julie Dahlan syarikatnya itu masih lagi berjalan seperti biasa menghasilkan banyak projek agar ia terus bergerak walaupun Julie tidak lagi kuat seperti dahulu.

Dia juga sempat menyuarakan keinginannya untuk menerbitkan sebuah filem baru dan masih menunggu fund bagi merealisasikan impinannya ini. Last edited by miawpink on 3-9-2013 02:38 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-9-2013 02:45 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 02:45 PM | Show all posts
LAIN BEBENOR YE SKANG.... TOTALI DIFEREN
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2013 02:46 PM | Show all posts
bersama dato sarimah

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 02:47 PM | Show all posts
Dato sarimah sihat alhamdulllah...moga makcik julie pn sama
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 02:48 PM | Show all posts
dah masa untuk berehat
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-9-2013 02:48 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2013 02:49 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2013 02:49 PM | Show all posts
kalau tak sebut ini cerita pasal Julie Dahalan... aku pun tak tau ni gambar dia... gambar dengan Sarimah tu nampak dia lebih tua dari Sarimah padahal dia jauh lebih muda....hhmmm.. rezeki masing2..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 02:55 PM | Show all posts
harry harry boy
suka promot anak dia dulu kan
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 02:57 PM | Show all posts
semoga cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 02:58 PM | Show all posts
miawpink posted on 3-9-2013 02:49 PM

nampak pelik sket pitcha ni

apa2pon hope dia akan ansur pulih
insyaAllah
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 02:58 PM | Show all posts
lainnye...dah susut benor badan nya
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 03:09 PM | Show all posts
lain da muka dia..
hope smkin shat...insyaAllah..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 03:27 PM | Show all posts
dah masanya utk membahagikan or sedekahkan harta yg ada..tinggalkan utk pakai,makan dan minum je...sbb harta yg bnyk akn menyusahkan kita di dlm kubur.

[url=http://imageshack.com/i/7ebeo4j/][url=


Last edited by LENS2U on 5-9-2013 09:58 AM

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 03:30 PM | Show all posts
lain bebeno da

tak sama dgn muka dlm iklan speking london tu..dgn rambut menggerbang

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2013 03:32 PM | Show all posts
hmm..moga muhasabah diri...byk berehat..cepat sembuh...
toksah la dok nak wat pelem laggii..x larat dah nampoknyaaa......
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 03:37 PM | Show all posts
dia kena kencing manis ke?
selalunya diabetic yang buatkan orang kurus mendadak kan?
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 03:40 PM | Show all posts
kurus nye....
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 03:51 PM | Show all posts
IJC kat leher tu pun utk sementara jer.....sebulan dua leh la. sementara tu kena gak buat fistula kat tangan. kalu buat operation kat swasta, makan hampir seribu gak lah. taktau la sape yg sponser dia buat rawatan dialysis tuh....sbb kos tggi tuh. sekali rawatan je dekat rm200. semggu 3x. sebulan? kalu takde simpanan, gadai ler apa2 yg patut. jalan terakhir, mohon bantuan kat Baitulmal/Pusat Zakat...insya'allah diorg akan membantu (jika Julie Dahlan ni takde Socso la)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.061077 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list