Georgetown, 3 September : “Pada mulanya saya sangka bunyi petir, namun sejurus keluar saya terkejut apabila melihat tangga konkrit jiran runtuh dan menghempap bumbung serta bahagian ruang tamu rumah,” kata Roslan Abdullah, 51, mengenai kejadian tanah runtuh di Kampung Seronok, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, Roslan yang bekerja di sebuah kilang bersama isteri dan dua anaknya, terselamat kerana runtuhan tanah itu hanya menghempap sengkuap rumahnya dan sedikit bahagian ruang tamu.
Menurutnya, ketika itu, mereka sekeluarga berada dalam rumah dengan isterinya di dapur, manakala anak perempuan di tingkat atas sementara anak lelakinya sedang mandi.
“Saya berlari keluar selepas mendengar dentuman yang disangka petir itu namun terkejut apabila melihat tangga konkrit jiran yang rumahnya di atas bukit runtuh dan menghempap sengkuap rumah.
SEBUAH rumah hampir musnah dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Seronok, Bayan Lepas, kelmarin.
“Ketika itu, saya mahu mengambil motosikal yang diletakkan di depan rumah, namun terpaksa berpatah balik kerana melihat tanah menggelongsor,” katanya.
p/s Penduduk Kg. seronok dah tak seronok dah...
|