CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3616|Reply: 36

[Tempatan] Pesalah merayu jumlah sebatan ditambah sikit lagi. Ada berani?

[Copy link]
Post time 30-8-2013 12:40 PM | Show all posts |Read mode
AYER KEROH - Seorang bapa tujuh anak menangis ketika merayu agar hukuman penjara yang dijatuhkan mahkamah sesyen di sini, semalam dikurangkan, sebaliknya meminta hukuman sebatan ditambah.

Tertuduh, Zainuddin Mohamed, 45, dari Semanggol, Perak, dijatuhi hukuman penjara 90 bulan dan 12 sebatan selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan merompak pejabat pos menggunakan senjata tiruan.

Hukuman diputuskan Hakim Ahmad Sazali Omar terhadap tertuduh yang melakukan kesalahan itu di Pejabat Pos Cawangan Telok Mas, Taman Seri Telok Mas, kira-kira 12.40 tengah hari pada 22 Februari lalu, membabitkan kerugian RM1,774.

Dia turut melakukan kesalahan sama dengan merompak wang berjumlah RM8,259 di Pejabat Pos Cawangan Padang Temu, Taman Pertam Jaya, kira-kira 12.45 tengah hari pada 14 Ogos 2012.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Ketika rayuan, Zainudin tidak dapat mengawal perasaan sambil mengesat air mata kerana menyesali perbuatannya yang sanggup merompak semata-mata untuk memberi wang belanja kepada anak-anaknya.

Bekas perunding pembangunan syarikat itu merayu hukuman penjara disingkatkan, sebaliknya meminta hukuman sebatan lebih tinggi supaya dapat segera kembali menjalankan tanggungjawab kepada keluarga.

“Kesilapan yang dilakukan berpunca apabila saya bekerja tapi tak dapat gaji. Saya berusaha cari kerja lain namun diberi dugaan, dua hingga tiga kali ditipu. Yuran anak-anak mahal. Sampai satu tahap saya tiada apa-apa dalam poket.

“Saya sedar saya buat pilihan salah apabila hanya mahu mahu melihat anak-anak berjaya. Saya benar-benar insaf,” katanya yang mempunyai enam anak sedang belajar termasuk dua buah universiti tempatan dan sebuah sekolah berasrama penuh, selain anak bongsu berusia dua tahun lapan bulan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Norfarhana Ahmad dan Haslida Isamail memohon hukuman sewajarnya diberikan terhadap tertuduh yang turut memberi kesan trauma terhadap mangsa yang berada pejabat pos ketika kejadian.

“Saya bersimpati terhadap pilihan yang salah oleh tertuduh. Namun, atas faktor kepentingan awam dan trauma mangsa akibat senjata digunakan. Walaupun ia mainan atau tiruan tapi ia sedikit sebanyak mengancam mangsa,” kata Nurfarhana.

Selepas mengambil kira faktor fakta kes termasuk trauma mangsa serta menimbang rayuan tertuduh, Ahmad Sazali kemudian menjatuhkan hukuman penjara 36 bulan dari tarikh ditangkap pada 26 Mei lalu dan lima sebatan bagi pertuduhan pertama serta 54 bulan dari tarikh 16 Jun dan tujuh sebatan, pertuduhan kedua.

“Saya hairan, kamu ada anak-anak yang bijak tapi macam mana boleh ambil pilihan begini? Pertama kali saya jumpa (kes) ada keluarga yang baik. Kamu betul-betul hilang punca dan lakukan perkara yang salah sedangkan tuhan bagi kita akal untuk hadapi ujian-Nya. Andai ada polis (ketika kejadian), saya tak tahu bagaimana nasib kamu,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2013 12:58 PM | Show all posts
harap2 hamba ALLAH ni dpt peluang rezeki lepas ni... bapak mana xsyg anak2??
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 12:58 PM | Show all posts
pening plak baca ayat
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 01:19 PM | Show all posts
kesiannya plak bc...bgs lah kalo insaf...bgs jugak ada rs tanggungjawab bapak ni tp kaedahnya tak kene....
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 01:23 PM | Show all posts
ummm sian dia slalu keje tp ditipu x dapat gaji ummmm anak2 dia x leh buat keje part time ke? sambil2 bantu bapak tu  
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 01:34 PM | Show all posts
kesian pulak.. hilang pertimbangan sbb sesak sangat kot time tu..anak2 plak berderet...semua perlukan belanje..moga rezki lebih buang abang ni lepas dah jalani hukuman...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2013 01:39 PM | Show all posts
dia memang target pejabat pos je kan...salah sebuah pejabat pos yang dia samun tu kat tempat aku, sian akak pos tu trauma...2x dia samun tempat yang sama..

anak 7 pada zaman ni kira ramai jugak tu....zaman aku susah dulu, selapas kematian ayah, masa sekolah lagi aku dah kerja tolong cari duit, pastu tiap-tiap cuti semester aku bekerja nak tolong mak aku...kiranya kalaupun si bapa ni terdesak, cara yang digunakan tu tetap tak betul
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 02:42 PM | Show all posts
apakah tidak layak untuk dia menerima hukuman yang lebih ringan?
atau kita masih terdesak untuk menunjukkan undang2 kita sangat ketat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2013 02:47 PM | Show all posts
Kesian dia..10k punya pasal..berbelas taun dalam penjara

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 02:51 PM | Show all posts
org2 mcm ni laa kerajaan patut tolong....hakim kasi ringan laa skit hukuman tu sbb dia mencuri utk anak2 dia....kalu sumbat dlm jail lama2 kang anak2 dia lak rosak...mencuri...jd pelacur ke apa ke dah bertambah plak org buat jenayah.....teringat aku kes si benjy tu....buat tpt proses dadah pastu siap jd tokan besar lagi bleh penjara 2 tahun jer kat pusat pemulihan plak tu....kalu x silap laa....ikutkan mininum hukaman leh kena kat dia penjara seumur hidup....paling berat hukum gantung....
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 02:57 PM | Show all posts
ksian plak bce...seorang bapa sggup b'korban ape2 utk anak2 nye...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 03:06 PM | Show all posts
pengorbanan seorang ayah...
walau tak kena pada caranya....
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 03:06 PM | Show all posts
anak mesti xtaw bapak kene tipu, xdpt gaji....
bapak mana nk susahkn anak2
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 03:07 PM | Show all posts
“Kesilapan yang dilakukan berpunca apabila saya bekerja tapi tak dapat gaji. Saya berusaha cari kerja lain namun diberi dugaan, dua hingga tiga kali ditipu. Yuran anak-anak mahal. Sampai satu tahap saya tiada apa-apa dalam poket.

“Saya sedar saya buat pilihan salah apabila hanya mahu mahu melihat anak-anak berjaya. Saya benar-benar insaf,”
katanya


ye lah...kesian plak
tersentuh aku baca

moga dpt bertaubat & dipermudahkan jalan lepas ni
Allah tu maha pengampun lagi maha penyayang
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 03:21 PM | Show all posts
keadaan terdesak memerlukan tindakan yang terdesak---sir kucing tomey,1997
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 03:24 PM | Show all posts
aku pernah ambik upah cuci keta, jual rambutan tepi jalan, keje kilang kat melaka (kat melaka banyak kilang yg bayar gaji).. x prnha tepikir lak nak merompak/meragut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2013 03:31 PM | Show all posts
orang macam ni la kerajaan perlu bantu..bantu anak2 yang masih sekolah tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 03:48 PM | Show all posts


adakah pcik ni xlayak dpt zakat...
adakah anak2 dia di universiti xlayak dpt zakat...


Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 04:06 PM | Show all posts
kesiannya..

piirahhh.. dah wat jenayah, tanggung la.. wat2 insaf plak..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 04:35 PM | Show all posts
yipun_78 posted on 30-8-2013 01:23 PM
ummm sian dia slalu keje tp ditipu x dapat gaji ummmm anak2 dia x leh buat keje part time ke? sambil ...

Yip,

Hang kalau x ada duit................hang ada ceghiter kat anak anak ke?
Hang sanggup ke nengok anak anak hang 'bekerja' mencari $$$ utk membantu hang?

Soklan di sini ialah:
1. sekolah tak tau ke pendapatan ayah kpd murid mrk ini? (check Borang Peribadi)
2. sekolah beri bantuan kpd anak2 yg miskin
3. masyarakat tidak membantu oghang seperti ini
4. universiti pun ada borang peribadi pelajar (tak dapat bantuan ke?)


Salam
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.406008 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list