|
LUMRAH orang popular, pastinya menjadi buruan ramai. Terbaru kediaman mewah, Jennifer Lopez (Jlo) yang terletak di Southampton, New York, dimasuki lelaki tidak dikenali.
Menurut sumber, perkara itu disedari pembantu rumah penyanyi Latin itu.
"Mereka terus menghubungi polis dan lelaki itu dibawa ke balai. Hasil siasatan tiada kecurian dilakukan lelaki itu dan kemungkinan besar dia adalah peminat fanatik Jlo," kata sumber.
Ketika kejadian itu, Jlo tiada di rumah. Namun aktres seksi itu tetap berasa khuatir sekiranya perkara itu berulang lagi. Difahamkan ibu kepada sepasang kembar itu cuba meningkatkan lagi tahap keselamatan di rumahnya itu.
|
|