CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6671|Reply: 82

[Tempatan] 80% pekerja Legoland anak Johor

[Copy link]
Post time 21-8-2013 04:25 PM | Show all posts |Read mode
NUSAJAYA - Sebanyak 80 peratus atau 560 orang daripada 700 pekerja Taman Tema Air Legoland Malaysia yang dibuka sejak September tahun lepas, merupakan rakyat Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri R Vidyanathan berkata sebanyak 10 peratus lagi pekerja berasal dari Sabah dan Sarawak, manakala bakinya dari negeri lain.

"Daripada jumlah tersebut 82 peratus terdiri daripada bangsa Melayu, 12 peratus India, lima peratus Cina dan satu peratus adalah bangsa lain.

"Pengambilan daripada pelbagai latar belakang bangsa, kaum dan agama ini sangat penting bagi memastikan operasi taman tema ini tidak terganggu kerana ia tidak akan ditutup termasuk pada musim perayaan," katanya.

Beliau menjawab soalan lisan Aminolhuda Hassan (Pas-Parit Yaani) mengenai peluang pekerjaan anak Johor di Legoland Malysia, pada Persidangan pertama Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor ke-13, di Kota Iskandar di sini, hari ini.

Bagi memastikan anak tempatan mendapat peluang bekerja di situ, Vidyanathan berkata, setahun sebelum pembukaannya, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) membuat kajian mengenai jenis pekerjaan dan kemahiran yang diperlukan.

"Pelbagai usaha dilakukan sebelum itu untuk mendapat jumlah pekerja tempatan yang berkelayakan termasuk menganjurkan beberapa karnival kerjaya di beberapa daerah di negeri ini selain mengiklankan kekosongan jawatan di akhbar tempatan," katanya.

Menurutnya, memandangkan taman tema tersebut bertaraf antarabangsa, pekerja yang berjawatan pembantu taman tema dibayar gaji minimum RM1,600 manakala untuk jawatan pengurus dan juruteknik, RM2,200 sebulan.

Jelasnya, jumlah itu agak tinggi jika dibandingkan dengan kawasan lain di negeri ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Dr Boo Cheng Hau (DAP-Skudai) mengenai gaji minimum pekerja di Legoland Malaysia. - Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2013 04:27 PM | Show all posts
Dalam 80% persen tu, berapa persen pulak yang "Jawa" nye??
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 04:29 PM | Show all posts
kuli je.. setakat check tiket masuk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2013 04:29 PM | Show all posts
namirulmukminin posted on 21-8-2013 04:27 PM
Dalam 80% persen tu, berapa persen pulak yang "Jawa" nye??

confirm jadi topik
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 04:33 PM | Show all posts
ala keja kuli sajork
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 04:33 PM | Show all posts
izamahmed posted on 21-8-2013 04:29 PM
confirm jadi topik

Tu belum ambil kira yang Bugis lagi tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2013 04:40 PM | Show all posts
ok tiket pree 5!
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 04:41 PM | Show all posts
kuli susah payah kerja...depa lain dok senang lenang....hehehehee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2013 04:52 PM | Show all posts
Better tukar nama jadi 'Caprut Land'
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 05:00 PM | Show all posts
kuli pon kuli lah
drpd dok kampung merempit jek
halal gak kerjanya. gaji pon boleh tahan untuk sara diri
btw x pi gik legoland..agak nak g pas waterworld legoland tu bukak kot



Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 05:04 PM | Show all posts
solstice posted on 21-8-2013 04:52 PM
Better tukar nama jadi 'Caprut Land'

bila ratu pondan bersuara...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 05:05 PM | Show all posts
Kecik nyer gaji manager.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 05:08 PM | Show all posts
yellowsky posted on 21-8-2013 05:04 PM
bila ratu pondan bersuara...

wah ratu caprut dah muncul
selamat hari raya

Last edited by solstice on 21-8-2013 05:09 PM

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 05:10 PM | Show all posts
baguslah dapat create peluang pekerjaan
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 05:22 PM | Show all posts
Babai posted on 21-8-2013 05:05 PM
Kecik nyer gaji manager.

itu lah.. harga tiket punya lah mhal.. byr staff xkena jawatan..
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2013 07:33 AM | Show all posts
R Vidyanathan  ...ini adalah syarat nya bila nak bukek Legoland ....lagik poong gaji pulah lah ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2013 12:01 PM | Show all posts
honda_jazz posted on 21-8-2013 05:22 PM
itu lah.. harga tiket punya lah mhal.. byr staff xkena jawatan..

itukan gaji minimum..cari gaji juruteknik paling sikit n bagitahu kat berita..

kalau bagitau gaji manager..ada yang xpuas hati lak nanti
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2013 11:36 PM | Show all posts
solstice posted on 21-8-2013 05:08 PM
wah ratu caprut dah muncul
selamat hari raya

takpe jangan jadi ratu pondan yang caprut macam awak sudah...selamat hari raya juga
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2013 11:43 PM | Show all posts
jadi amah dan pak guard di Iskandar Darul Temasek berapa persen warga Johor yg servis warga singapore?
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2013 12:01 AM | Show all posts
cmf_herrhughie posted on 22-8-2013 11:43 PM
jadi amah dan pak guard di Iskandar Darul Temasek berapa persen warga Johor yg servis warga singapor ...

Pasal amah ....tanya kakak lu la. Dia kan amah macam perempuan cina malaysia lain ?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.355276 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list