View: 2621|Reply: 1
|
Pelakon, August Schellenberg meninggal dunia
[Copy link]
|
|
PELAKON kelahiran Kanada, August Schellenberg yang terkenal melalui tiga filem Free Willy dilaporkan meninggal dunia pada usia 77 tahun.
Menurut ejennya, Jamie Levitt, Schellenberg meninggal dunia di rumahnya yang terletak di Dallas, Texas akibat kanser paru-paru.
“Saya mendapat panggilan telefon pagi ini dari NAC mengatakan bahawa mereka telah menurunkan bendera sebagai tanda penghormatan,” katanya.
Filem pertama lakonannya pada tahun 1993 untuk filem Free Willy sebagai jurulatih paus.
Dia juga membintangi filem arahan Terrence Malick, The New World.
Pada tahun 2007, beliau dicalonkan dalam Anugerah Emmy untuk lakonannya dalam Bury My Heart at Wounded Knee.
Beliau juga dicalonkan dalam tiga anugerah Genie sepanjang kariernya.
Schellenberg meninggalkan tiga orang anak perempuan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
RIP |
|
|
|
|
|
|
| |
|