CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1966|Reply: 15

[Tempatan] Ops pati besar-besaran dalam masa terdekat

[Copy link]
Post time 19-8-2013 03:04 PM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah akan melancarkan operasi besar-besaran bagi mengesan dan menangkap pendatang tanpa izin di negeri itu dalam masa terdekat, dengan tumpuan di kawasan pantai timur Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata operasi akan membabitkan semua pihak berkuasa berkaitan dan diselaraskan oleh Pasukan Petugas Khas Persekutuan (bagi Sabah dan Labuan).

"Selain itu, Jabatan Imigresen Sabah akan melaksanakan operasi terhadap sektor perkilangan dan perladangan bagi memastikan majikan dan semua pekerja dalam sektor berkenaan mematuhi undang-undang dan peraturan imigresen.

"Bagi maksud itu, tumpuan bagi sektor perkilangan ialah di bahagian pantai barat dan pedalaman Sabah, manakala bagi sektor perladangan tumpuan adalah di pantai timur Sabah," katanya ketika menjawab soalan Datuk Joniston Bangkuai (BN-Kiulu) pada persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini.

Musa berkata pihak berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) bersama beberapa agensi lain sudah memulakan operasi bancian penduduk di beberapa perkampungan atas air.

"Hasil bancian ini penting bagi mengetahui latar belakang dan kewarganegaraan penduduk di kampung-kampung air berkenaan, di samping membantu merancang pemindahan penduduk atau untuk program penyusunan semula kampung-kampung tersebut," katanya.

Musa berkata dari Januari hingga Julai tahun ini, Jabatan Imigresen Sabah melaksanakan 252 operasi dan memeriksa 4,350 orang dengan 2,022 daripada mereka ditahan untuk siasatan lanjut bagi menentukan status mereka.

"Selain itu, tangkapan juga melibatkan 14 majikan yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen," katanya.

Menurut Musa, selain itu beberapa agensi penguatkuasaan turut menyerahkan 3,108 pendatang yang disyaki tanpa izin kepada Jabatan Imigresen bagi tempoh sama.

"Dalam operasi pengusiran pula, sepanjang tempoh Januari hingga Julai 2013, Jabatan Imigresen Sabah telah mengusir balik 8,910 pendatang tanpa izin ke negara asal masing-masing melalui pelabuhan Sandakan, Tawau dan Semporna.

"Pengusiran yang dibuat melalui udara pula melibatkan warganegara China, Vietnam, Pakistan, Nepal, India dan lain-lain," katanya sambil menambah aktiviti pengusiran itu dilakukan setiap minggu.

Musa berkata yang paling ramai diusir ialah warganegara Filipina (6,209 orang), diikuti rakyat Indonesia (1,870 orang), China (38), Vietnam (30), Pakistan (24), Nepal (12), India (3 orang), Ukraine (2 orang), Jerman dan Brunei masing-masing seorang.

Beliau berkata sehingga 13 Ogos lepas, sebanyak 2,751 pendatang tanpa izin masih ditahan di pusat tahanan sementara di Papar, Sibuga dan Tawau, meliputi 2,358 warga Filipina, 351 rakyat Indonesia dan selebihnya dari lain-lain negara.

Musa berkata berikutan penubuhan Esscom, kawalan di perairan Sabah meliputi kawasan pesisiran Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau serta pulau-pulau negeri itu telah diperhebat bagi membendung kemasukan pendatang tanpa izin.

"Dasar kerajaan terhadap golongan pendatang tanpa izin adalah jelas iaitu setiap mereka yang dikesan akan ditangkap dan dihantar pulang ke negara asal mereka," katanya.  - Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2013 03:17 PM | Show all posts
sekali tertangkap bung radin...abis la ko zizi
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 03:30 PM | Show all posts
kat semenanjung pun pls buat juga yer
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 03:33 PM | Show all posts
Brapa kali operasi besar2 daaa...

Hasil dier cam tu gak....

Pendatang asing bersepah2...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 03:34 PM | Show all posts
tiap2 tahun wat OPS besar besaran tp kalo sempadan bocor senang lobos x guna gakkkkk

Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 03:35 PM | Show all posts
usir keluar pilak!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2013 03:36 PM | Show all posts
dok gebang buat ape? depa dah tau depa sembunyik la. depa bukan satu dua taun kat sana.dah macam kampung sendiri dah ceruk2 semua depa hafal.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 04:08 PM | Show all posts
mjla posted on 19-8-2013 03:33 PM
Brapa kali operasi besar2 daaa...

Hasil dier cam tu gak....

stiap daerah kt dlm Malaysia ni ade PATi . malaysia truly asia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2013 04:23 PM | Show all posts
eloklah tu...semak jek..pehtu buat mcm kat tempat dia sendiri...kita pulak yang takot
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 04:26 PM | Show all posts
buatlah kat 1 malaysia ni..lepas tu kumpulkan campak lam laut..xyah laa nak simpan2 kat tahanan sana tahanan sini..bikin semak aja..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 09:57 PM | Show all posts
Dah taw nak buat ops perginsebarkan klu aku jadi kerajaan aku buat senyap2 jer
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 10:17 PM | Show all posts
speak louder than action- Malaysia policy
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 10:21 PM | Show all posts
kat semenanjung ni tolong buat juga kerana berapa ramai orang masuk Malaysia ,apabila dah tamat tempoh ,dibantainya mohon UN
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 10:29 PM | Show all posts
adeh...dah tau nak buat operasi besar2an...tak payah la kasi tau satu dunia...ini bukan operasi bersihkan halaman masjid atau jamuan raya. kalau PATI baca confirm2 dia lepak luar dulu sebulan dua atau menyorok...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2013 01:09 AM | Show all posts
Musa berkata berikutan penubuhan Esscom, kawalan di perairan Sabah meliputi kawasan pesisiran Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau serta pulau-pulau negeri itu telah diperhebat bagi membendung kemasukan pendatang tanpa izin

pikahak berkuasa yang ada ...pong bulih buwek korjo ..nak adakan Esscom ..ape benda
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2013 01:33 AM | Show all posts
Jgn setakat sabah jer..buat btl2 kali ni...baru pueh hati..kat kl & selangor ni berjota2 hokey!!! sampai bila nak biarkan derang bermaharaja lela..gaji nak tinggi walopn x de permt...puihh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.128230 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list