CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1728|Reply: 8

[Jenayah] Khianat bakar kereta

[Copy link]
Post time 19-8-2013 08:59 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Dua beranak berputih mata apabila dua kereta milik mereka yang diletakkan di bawah blok kediaman mereka di Perumahan Awam (PA) Desa Rejang, di sini, musnah terbakar dipercayai angkara khianat.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5 pagi semalam, jurujual kereta terpakai, M Thinesh, 23, berkata, ketika itu dia dan ibunya berada di rumah sebelum dimaklumkan oleh abang saudaranya bahawa kereta jenis Satria Neo miliknya terbakar.

Menurutnya, dia dan ahli keluarganya turun ke bawah flat untuk melihat keadaan yang berlaku, namun terkejut apabila mendapati kereta milik ibunya, S Puganeswary, 44, jenis Perodua Viva turut terbakar.

“Saya tidak tahu kenapa kereta kami menjadi sasaran kerana ini merupakan kes pertama kebakaran kenderaan di kawasan perumahan ini.

“Sebelum ini kerap berlaku kejadian pecah kereta malah saya sendiri pernah menjadi mangsa dan laporan polis telah dibuat,” katanya.

Sementara itu, Puganeswary berkata, dia amat sedih dengan kejadian yang menimpa mereka kerana membabitkan harta benda bernilai tinggi.

“Tak tahu nak cakap apa tapi saya memang terkilan dengan apa yang berlaku.

“Mungkin angkara budak-budak nakal, jadi saya harap pihak polis dapat menyiasat perkara ini agar ia tidak berulang dan orang lain pula menjadi mangsa,” katanya.

Difahamkan laporan turut dibuat oleh mangsa di Balai Polis Wangsa Maju.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2013 09:08 AM | Show all posts
msti ade musuh nih
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 09:20 AM | Show all posts
omai....dh dekat ngan umah koi!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 09:21 AM | Show all posts
ni msti melayu kacau keling ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 09:38 AM | Show all posts
Mangsa tu penjual kereta terpakai kan... Ni mesti kes kencing pelanggan ni...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 10:05 AM | Show all posts
ler..siap kenal kete mak ni..kes serius ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2013 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
namirulmukminin posted on 19-8-2013 09:38 AM
Mangsa tu penjual kereta terpakai kan... Ni mesti kes kencing pelanggan ni...

ada kemungkinan jugak. sbb sesetgh insurans cover full utk kes kebakaran
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 11:24 AM | Show all posts
sure ada org tak puas hati dgn dia ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2013 11:28 AM | Show all posts
perbuatan khianat... tp upah budak2 nakal yg buat... seb baik tak merebak ke keter lain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.046781 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list