CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3369|Reply: 14

[Tempatan] {14} Solat hadap tandas: Sengaja dibesar2kan -post 15#!

[Copy link]
Post time 18-8-2013 09:24 AM | Show all posts |Read mode
18 Ogos 2013



KUALA KANGSAR – Isu orang ramai solat dalam keadaan menghadap tandas di sebuah tapak perniagaan di sini dianggap satu unsur sabotaj bagi memburukkan imej Kuala Kangsar.
        
        Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Khair-Il Anuar Wan Ahmad berlata, keadaan itu sebenarnya tidak perlu berlaku kerana kemudahan surau telah disediakan.
        
        Menurutnya, kerajaan melalui Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) sentiasa memastikan pembangunan yang dijalankan di kawasan itu tidak mengetepikan keperluan asas untuk kemudahan orang awam.
        
        "Kita akan buat penelitian terhadap isu ini kerana kemungkinan sabotaj juga ada. Mungkin mereka sengaja solat di kawasan itu dan memuat naik gambar tersebut dalam laman sosial untuk beri tanggapan tertentu.
        
        "Sebuah bilik solat ada disediakan di atas pentas dan paip air untuk berwuduk juga disediakan," katanya.
        
        Beliau memaklumkan, melalui perbincangan yang dibuat, peruntukan khas RM200,000 akan dikeluarkan oleh MPKK bagi membina surau baru berhampiran tapak perniagaan tersebut.
        
        Katanya, ia akan dilaksanakan dalam masa terdekat apabila sebut harga pembinaan surau dikeluarkan pada minggu hadapan.
        
        "Kita akan lihat secara menyeluruh dan perancangan rapi akan dibuat bagi memastikan pembangunan di Kuala Kangsar berjalan lancar selepas ini.
        
        "Saya harap Yang Dipertua MPKK melihat isu ini secara menyeluruh kerana kawasan ini merupakan tempat tumpuan umum," katanya.

p/s sape sabo sape?

Last edited by tongkatwaran75 on 20-8-2013 11:43 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2013 11:01 AM | Show all posts
lebih baik org kuala kangsar sendiri cerita.. masuk akhbar PAS cerita ikut selera PAS, masuk akhbar UMNO cerita ikut kepentingan UMNO..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2013 11:48 AM | Show all posts
sabotaj la sangat...memang masyarakat kita tak peka bab ni pun masa design segala jenis bangunan...termasukla dalam rumah...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2013 12:22 PM | Show all posts
raxief posted on 18-8-2013 11:01 AM
lebih baik org kuala kangsar sendiri cerita.. masuk akhbar PAS cerita ikut selera PAS, masuk akhbar  ...

Ni semua dakyah MORSI BrotherHood
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2013 12:25 PM | Show all posts
surau tgh renovate ka?..

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2013 01:29 PM | Show all posts
tk semayang kecoh..dah semayang pun kecoh...melayu dan Islam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2013 02:00 PM | Show all posts
bukannya solat dalam tandas...apa yg kecohnya???
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2013 02:07 PM | Show all posts
senang cerita tak payah sembahyang, tak timbul isu ni kalau tak payah sembahyang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2013 02:45 PM | Show all posts
Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Khair-Il Anuar Wan Ahmad berlata, keadaan itu sebenarnya tidak perlu berlaku kerana kemudahan surau telah disediakan
surau dah ada disediakan, kenapa solat depan tandas pulak? tak ke saja je create isu tu?

"Kita akan buat penelitian terhadap isu ini kerana kemungkinan sabotaj juga ada. Mungkin mereka sengaja solat di kawasan itu dan memuat naik gambar tersebut dalam laman sosial untuk beri tanggapan tertentu.
sekarang nih, hanya bermodalkan sekeping gambar yg diuploadkan ke FB suami isteri boleh yg dah kahwin berdekad2 boleh bercerai berai, guru besar berkhidmat puluhan tahun boleh hilang kredibiliti, pengusaha resort pun boleh hilang status permastautin tetap.. jadi berhati2 lah semua ye, kita tatau bila kita boleh jadi femes dgn melakukan apa yg tak sepatutnya..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2013 11:05 PM | Show all posts
Surau RM200,000 akan dibina selesai solat depan tandas       

Harakahdaily,         18 Ogs 2013



(Laporan Harakahdaily sebelum ini - klik gambar untuk lihat laporan ini)





KUALA KANGSAR: Selepas berita umat Islam terpaksa solat di depan tandas di sebuah pusat perniagaan, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) mengeluarkan peruntukan RM200,000 untuk membina sebuah surau baru di situ.

Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Khair-Il Anuar Wan Ahmad berkata, selepas perbincangan dibuat, peruntukan  itu akan dikeluarkan, lapor Sinar Harian.

Katanya, ia akan dilaksanakan dalam masa terdekat apabila sebut harga pembinaan surau dikeluarkan pada minggu hadapan.

Sebelum ini, Harakahdaily menyiarkan bagaimana pelanggan dan peniaga di sebuah pusat perniagaan itu terpaksa solat di depan tandas.

Ini kerana, tiada kemudahan surau di kawasan terdekat. Walaupun ada Masjid Ubudiah namun ia agak jauh untuk pelanggan dan peniaga pergi ke sana.

"Kita akan buat penelitian terhadap isu ini kerana kemungkinan sabotaj juga ada. Mungkin mereka sengaja solat di kawasan itu dan memuat naik gambar tersebut dalam laman sosial untuk beri tanggapan tertentu.

"Sebuah bilik solat ada disediakan di atas pentas dan paip air untuk berwuduk juga disediakan," katanya.

Menurut wakil rakyat itu, pihaknya akan melihat secara menyeluruh dan perancangan rapi akan dibuat bagi memastikan pembangunan di Kuala Kangsar berjalan lancar selepas ini.

"Saya harap Yang Dipertua MPKK melihat isu ini secara menyeluruh kerana kawasan ini merupakan tempat tumpuan umum," katanya.




Sabotaj?




Dalam pada itu, pihak yang membuat laporan hal ini, Mohd Farhan Madzlan menolak andaian wakil rakyat BN ini bahawa ia ada unsur sabotaj.

"Unsur sabotaj ke atau unsur RM200,000. Tiba-tiba baru nak buat surau.. orang dah start solat mengadap tandas tu dah bertahun.. siapa yang pergi ke arena square semua tahu ceritanya.. kecuali yang tak solat la," tulis beliau dalam Facebooknya.

Beliau mengulas dakwaan wakil rakyat ini yang mendakwa liputan solat depan tandas ini mungkin ada unsur sabotaj.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2013 11:26 PM | Show all posts
Ada unsur penghinaan? Akan ada yg ditangkap dan dilucutkan PR atau kewarganegaraan?
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 12:53 AM | Show all posts

Pada pandangan aku pulak, walau secanggih mana pasaraya tu, klu xde sediakan surau mmg kuang hajar laa management die. Xresp perlembagaan malaysia that Islam adalah agama rasmi. They should provide surau. Apetah lagi klu mall cikai2 milik melayu bumiputera ni harus lah sediakan surau.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 01:26 AM | Show all posts
sesape org kuale kangsor kat sini?

any comment?
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 08:30 AM | Show all posts
Makin bodoh pangai pencacai2 dan politikus2 yang diberikan kuasa

Banyak lagi menda buleh diperjuangkan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2013 11:42 AM | Show all posts
20 Ogos 2013               

KUALA KANGSAR - Beberapa penduduk di Kuala Kangsar menyifatkan isu solat dalam keadaan menghadap tandas di sebuah tapak perniagaan, di sini yang heboh diperkatakan di laman sosial sengaja diperbesarkan pihak tertentu.
       
        Menurut komen-komen yang didapati dari laman sosial, mereka mempertikaikan mengapa pihak terbabit bersolat di situ sedangkan surau dan masjid ada berdekatan dengan tapak berkenaan.
       
        Malah, ada juga yang mempersoalkan kenapa perkara itu perlu disebarkan sedangkan mereka yang memilih untuk bersolat di situ walaupun kemudahan disediakan.
       
        Seorang pelajar Muhammad Ahnaf Shaiful Azhar, 19, berkata, ibadah solat  boleh dilakukan di mana-mana sahaja asalkan diyakini kawasan itu bersih.
       
        Menurutnya, orang awam sepatutnya menggunakan kemudahan surau dan masjid yang ada di sekitar dan tidak memilih untuk bersolat di hadapan tandas.
       
        “Lebih baik sekiranya mereka bersolat di surau dan masjid berdekatan kerana tempat itu lebih sesuai dan bersih. Islam adalah agama yang mudah, jangan buat ia nampak susah.
       
        “Tidak salah bersolat depan tandas kerana yang penting adalah solat dan hati kita,” katanya kepada Sinar Harian.
       
        Akhbar ini pada Jumaat lalu melaporkan pengunjung sebuah tapak perniagaan terpaksa bersolat di hadapan tandas setelah mendapat maklumat tersebut dari laman sosial.
       
        Perkara itu menarik perhatian Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Khair-Il Wan Ahmad yang menyifatkan tindakan menyebarkan gambar kontroversi itu untuk memburukkan imej Bandar Di-Raja itu.
       
        Exco Agama, Mohd Nizar Zakaria turut menegaskan orang ramai masih mempunyai pilihan lain dalam menentukan lokasi solat yang bersesuaian.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:55 PM GMT+8 , Processed in 0.226369 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list