CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1506|Reply: 4

[Jenayah] Dua beranak kena tetak

[Copy link]
Post time 16-8-2013 04:19 PM | Show all posts |Read mode
SUNGKAI -  Dua beranak cedera ditetak di kepala serta tangan apabila lapan individu bersenjatakan parang memecah masuk rumah milik mangsa dalam satu kejadian samun bersenjata di Kampung Hendra Lama, Sungkai, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superitendan Som Sak a/l Din Keliaw berkata, ketika kejadian kira-kira 3.50 pagi itu, sepasang suami isteri dan dua anak lelakinya sedang tidur di dalam bilik masing-masing.

Katanya, lapan orang  yang menggunakan topeng muka, memakai sarung tangan dan bersenjatakan parang dipercayai masuk ke dalam rumah melalui sebuah tingkap dalam bilik yang tidak berkunci.

Menurutnya, kesemua suspek itu bertindak mengejutkan mangsa dan mengumpulkan mereka dalam satu bilik sebelum cuba mengikat  ahli keluarga itu.

“Ketika suspek mahu mengikat kaki dan tangan mangsa, seorang lelaki berusia 54 tahun dibantu anaknya berusia 26 tahun bergelut mahu melepaskan diri menyebabkan suspek menetak anak beranak tersebut.

“Mangsa berusia 54 mengalami kecederaan di kepala manakala anak lelakinya mengalami kecederaan di tangan dan kepala,” katanya kepada Sinar  Harian, di sini, semalam.

Som Sak berkata, barangan yang dibawa oleh suspek adalah empat buah telefon bimbit, Ipad, barangan kemas serta wang tunai kira-kira RM10,000 membawa jumlah kepada lebih kurang RM100,000 sebelum kesemua suspek melarikan diri.

Menurutnya,  mangsa yang mengalami kecederaan di kepala  menerima rawatan dan dibenarkan keluar manakala anaknya masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur  bagi mendapatkan rawatan lanjut kerana kecederaan pada tangannya.

Katanya, pihaknya juga  tidak menolak kemungkinan kesemua suspek adalah warga tempatan berdasarkan kepada pertuturan  yang digunakan bercakap dengan mangsa.

Beliau berkata,  hasil daripada maklumat yang diterima daripada mangsa, mereka tidak dapat mengecam suspek kerana menggunakan topeng muka.

Selain itu menurut beliau, cap jari suspek tidak dapat dikesan di dalam rumah tersebut kerana  kesemua suspek menggunakan sarung tangan.

“Siasatan terhadap kes samun bersenjata ini sedang berjalan  dan setakat ini masih belum ada  sebarang tangkapan dibuat namun pihak kami sedang bekerja keras untuk mengesan suspek bagi menyelesaikan kes tersebut.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan,”katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2013 04:26 PM | Show all posts
sultan2 kene turun padang la...bagi rahmat dan barkat kat rakyat smoga hidup aman damai..tolong la sultan doakan rakyat smoga selamat..sbb doa sultan makbul
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2013 05:34 PM | Show all posts
skrg ni bnyak kes tembak gan pecah umah... bahaya ada dimana2..rumah sendiri pun dah xselamat..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2013 05:38 PM | Show all posts
Adakah lapan penyamun ini bekas tahanan EO simpang Renggam?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2013 05:42 PM | Show all posts
sungkai ni banyak macha estet ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.042531 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list