GEORGETOWN - Jalan Macalister yang digemparkan dengan tragedi runtuhan rod penebat kilat dari Menara Umno, Jun lalu kembali menjadi tumpuan semalam.
Ia gara-gara jalan masuk ke Masjid Pakistan yang terletak di hadapan menara itu runtuh, menyebabkan sebuah forklif yang sedang melalui jalan berkenaan terperosok ke dalam longkang masjid berkenaan.
Forklif berkenaan yang pada mulanya berada di dalam kawasan masjid melalui laluan itu untuk keluar ke jalan besar bagi mengangkut konkrit, namun jalan itu tiba-tiba mendap dan menyebabkan ia terperosok ke dalam longkang.
Forklif terperosok di dalam longkang setelah laluan masjid berkenaan mendap.