View: 3151|Reply: 19
|
[Tempatan]
Kenduri kahwin ditunda
[Copy link]
|
|
KEMAMAN – Rancangan seorang ibu tunggal enam anak untuk mengadakan kenduri perkahwinan anak ketiganya pada 30 Ogos depan lebur apabila barangan hantaran kahwin dan bunga telur hangus dalam kebakaran yang memusnahkan keseluruhan rumahnya di Jalan Kubang Kurus, di sini, petang kelmarin.
Bukan sahaja persiapan perkahwinan, malah tunai kira-kira RM20,000 yang disimpan rapi di bawah tilam, beg duit dan beberapa tempat lain dalam rumah itu turut musnah dalam kejadian, kira-kira jam 4 petang itu.
Mariam Ismail, 60, atau lebih mesra dengan panggilan Ton berkata, sejurus menyedari kebakaran itu, dia yang berada di warung kopi berhadapan rumahnya segera berlari meluru ke arah rumah tetapi dihalang daripada memasuki rumah oleh jiran tetangga yang mengerumuni rumahnya.
Ketika kejadian, tiga anaknya, Rofiza Ali, 39, Mohd Ridzuan, 27, dan Rohaida, 17, berada di dalam rumah.
Menurutnya, anak lelakinya hanya sempat mengeluarkan sebuah televisyen, kerusi dan beberapa helai pakaian kerana api marak.
Jumpa wang RM1,000
“Makcik hanya mampu lihat api memusnahkan rumah dengan asap hitam keluar berkepul-kepul. Lepas api padam, makcik masuk dan periksa rumah tapi semua barangan kahwin anak termasuk set minyak wangi yang diletakkan dalam bilik tidur makcik bersebelahan dapur sudah rentung semuanya.
“Barang kemas yang disimpan dalam bilik tidur juga tiada, yang tinggal cuma rantai leher dan gelang tangan emas yang makcik pakai sekarang untuk sambut raya,” katanya sebak.
Selepas diperiksa, hanya satu ikatan wang berjumlah RM1,000 ditemui, separuh sudah terbakar sementara yang lain sudah menjadi debu hitam.
Mariam berkata, wang tersebut ialah wang yang dikumpulkan hasil pemberian anaknya, Mohd Ridzuan, 27, yang bekerja sebagai pembancuh simen mozek.
Berikutan musibah itu, perkahwinan anaknya, Rohaniza, 30, yang bekerja sebagai pembantu kedai baju dengan pasangannya dari Kampung Paya Berenjut, Tuan Mohd Fauzi Tuan Razak terpaksa ditunda.
Rumah berkenaan dihuni Mariam lapan beranak termasuk seorang bapa saudaranya.
Anak saudara bakar pondok
Sementara itu, Rohaida berkata, dia terkejut melihat api marak ketika masuk ke bahagian dapur untuk minum air selepas baru pulang dari kedai.
“Sebelum keluar dari rumah untuk ke kedai, saya rasa macam nak keluarkan semua barang berharga dalam rumah, saya tak tahu kenapa rasa begitu,” katanya yang tidak menyangka gerak hatinya itu jadi petanda akan mengalami nasib buruk itu.
Kebakaran tersebut dipercayai berpunca daripada perbuatan anak saudara Mariam yang juga pesakit mental membakar sebuah pondok buruk yang terletak di belakang rumah ibu tunggal itu sebelum api merebak ke bahagian dapur, seterusnya memusnahkan rumah terbabit.
Berikutan kejadian itu, anak mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Chukai, kira-kira jam 5.50 petang.
Kebakaran dipadamkan pasukan bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Chukai, dibantu Balai Bomba Kemaman dengan kekuatan dua jentera.
Adun hulur sumbangan
Musibah yang menimpa Mariam sekeluarga pada saat umat Islam masih dalam suasana meriah menyambut lebaran itu mendapat perhatian Adun Chukai, Hanafiah Mat yang turun padang melihat keadaan rumah mangsa.
Hanafiah turut menyalurkan bantuan awal dalam bentuk tunai berjumlah RM2,500.
“Diharap mangsa sekeluarga bersabar dengan ujian ini kerana ia ketentuan ALLAH SWT. Pas Dun Chukai selepas ini akan berusaha mencari dana bagi menampung kerugian yang ditanggung keluarga terbabit,” katanya.
Turut hadir menziarahi mangsa, Setiausaha Umno Bahagian Kemaman, Rosli Ahmad yang mewakili Ketua Umno Bahagian Kemaman, Datuk Seri Ahmad Said dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kubang Kurus, Ahmad Fikri Ibrahim.
Rosli berkata, kejadian berkenaan telah dimaklumkan kepada Menteri Besar dan JKKK akan mengumpul zakat serta sumbangan daripada pelbagai pihak termasuk institusi perbankan untuk disalurkan kepada keluarga terbabit secepat mungkin.
Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan kepada keluarga ini boleh menghubungi Mariam menerusi talian 014-8171082.
|
|
|
|
|
|
|
|
gara2 orang lain...diri sendiri yang merana...
|
|
|
|
|
|
|
|
20,000 tunai bawah tilam.mak aii |
|
|
|
|
|
|
|
nape simpan duit bawah tilam??
bukan nya seringgit dua simpan bawah tilam tu? |
|
|
|
|
|
|
|
dah bukan rezeki..
rm20K tu..
mesti makcik tu rasa nak bakar aje pulak anak sedara dia tu |
|
|
|
|
|
|
|
aduiiiii 20k tu |
|
|
|
|
|
|
|
kesian...
redha jer la..
wpun agak nya rasa nak bakar jerk pesakit mental tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
kak ton...kak ton
simpan duit smpi 20k bwh tilam
stuck dlm zaman dulu lg ke ape ni |
|
|
|
|
|
|
|
awat la mokcik tak bikin bankdraft aje.. aduihaii.. baik sedekah kat aku ni lagi baik. |
|
|
|
|
|
|
|
pergggh lebur duit gitu je..sabar la mokcik |
|
|
|
|
|
|
|
ada lagi yg simpan duit bawah tilam, bantal. |
|
|
|
|
|
|
|
xserik2 dok simpan duit bawah tilam bantal
|
|
|
|
|
|
|
|
asal la xde sape nak tengok atau jage pesakit mental tu..seb bek x rentung skali pesakit tu. |
|
|
|
|
|
|
|
duit simpan berdikit2 gamaknya...dekat anak pun xdbgth...kalau tak mesti anak selamatkan 20k daripada dok angkut tv n kerusi |
|
|
|
|
|
|
|
sempat selamatkan tv |
|
|
|
|
|
|
|
byk duit 20ribu tu..maybe makcik ni lg senang simpan bawah tilam dari g bank simpan, kot2 mesin deposit pun xpandai pakai..nak g kaunter bank transport xde...xpun no akaun pun xingat..manalah tau... |
|
|
|
|
|
|
|
Apa khabar orang kampung.....
Apa lah ke bangang sangat? |
|
|
|
|
|
|
|
ada hikmah disebalik apa yang berlaku.... |
|
|
|
|
|
|
|
duit yg terbakor tu klu msh dpt dikenalpasti identitinya, sila refer pd bank negara. ada rejeki, insyaAllah boleh ditukar
|
|
|
|
|
|
|
|
lagi 2 minggu nak buat majlis, tu yang dia simpan bawah tilam.. senang duit ada di tangan.. bank mungkin jauh.. semoga dapat rezeki yang lebih baik |
|
|
|
|
|
|
| |
|