CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5506|Reply: 6

Jejaka ‘Running Man’ ke Malaysia

 Close [Copy link]
Post time 14-8-2013 07:31 AM | Show all posts |Read mode
BERITA gembira kepada peminat K-Pop di Malaysia apabila jejaka-jejaka tampan daripada rancangan televisyen terkemuka di Korea, Running Man akan datang ke Malaysia.

Mereka akan berada di Malaysia pada 7 September bagi sesi bertemu peminat sempena siri jelajah Asia 2013.

Tambah menarik apabila pengacara-pengacara Running Man itu berbahasa Melayu dalam video promo jelajah tersebut.

Video tersebut yang kini viral di laman sosial Facebook telah mendapat hit yang sangat luar biasa apabila ia dikongsi lebih 3,500 pelayar Facebook kurang daripada 3 jam video tersebut dimuat naik.

Bukan itu sahaja, ratusan komentator yang boleh dikatakan sangat teruja dan tidak sabar untuk menyaksikan gelagat-gelagat selebriti kegilaan mereka.

Sesi perjumpaan bersama peminat itu bakal diadakan di KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur.

Tiket-tiket akan mula dijual bermula 14 Ogos ini bermula dengan harga serendah RM169.

Sama-sama kita lihat video promo siri jelajah Asia Running Man di mana pengacara-pengacara rancangan tersebut, Kim Jong Kook, Haha, Jee Seok Jin dan Gary berbahasa Melayu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2013 08:10 AM | Show all posts
ummah malaysia bangga runningman dtg ke malaysia, haha. ni semua sebab running man dah suam2 kuku..masa dulu ajak dtg malaysia demand. ba bi punya kpop.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2013 08:13 AM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 14-8-2013 08:10 AM
ummah malaysia bangga runningman dtg ke malaysia, haha. ni semua sebab running man dah suam ...

no komen
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2013 08:27 AM | Show all posts
punyukuku posted on 14-8-2013 08:13 AM
no komen

dulu nk berfilem bagai semua dekat singapore, london, tempat2 hot..

bg adam kpop ni banyak level dan gred.. yg dtg malaysia ni gred bangang2 abadi sahaja..

sebab dulu masa fans malaysia ajak mereka dtg malaysia wat running man kemut gila seyh producer..

dah suam2 kuku kalah dengan reality show lain baru nak hadap peminat malaysia.. cilaka besar kpop.. demand nk bagai cm artis hot. muka pecah jamban

nk tgk muka korea sebenar pg dekat galaxy ampang. belah2 sana puak2 korea selalu berjemaah lepak. ada kedai korea kt galaxy ampang.. muka tak de lah handsome sangat.. lg handsome najib masa dia pencen
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2013 09:47 AM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 14-8-2013 08:27 AM
dulu nk berfilem bagai semua dekat singapore, london, tempat2 hot..

bg adam kpop ni b ...

hahahahaha Lawak tuuu
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 02:48 AM | Show all posts
KAN ADA umah running man
naper perlu buka umah ini utk bgth je.......

saya sgt marah hal cam nih.....
copy artikel anda ke umah sepatutnya...
then saya akan move umah ini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-8-2013 11:27 AM | Show all posts
x yah move ke mana2...

mcm biasa just close thread double..sbb nak merge pun x leh...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-7-2024 11:52 AM GMT+8 , Processed in 0.564206 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list