Memang sudah menjadi tradisi di Kampung Talang, Kuala Kangsar untuk bermain meriam dimalam raya bagi menyambut mereka yang pulang kembali ke kampung. Pada satu ketika dahulu, meriam buluh digunakan. Atas sebab keselamatan, kini penduduk Kampung Talang bermain meriam menggunakan meriam paip besi. Saiznya lebih kurang 2 hingga 3 meter panjang. Bunyi lebih kuat dihasilkan oleh meriam yang lebih panjang. Setiap satu diletakkan antara jarak 8 kaki dengan ketebalan dalam 3 hingga 4 inci dan berdiameter 300mm. Pada satu 'kawasan' meriam, ada 11 pucuk meriam dan semuanya diacukan ke arah sawah padi pada sudut 30 darjah.
Sewaktu penulis berada di tempat bermain meriam, penonton diarahkan supaya berada 5 meter di belakang meriam untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Tambahan pula, sisa karbait yang panas berwarna putih akan dilepaskan ke belakang dan kemungkinan berbahaya.
Bunyi yang dilepaskan sangat kuat sehingga bingit telinga dan tanah turut bergegar, malah turut didengari sejauh Sayong di seberang sungai Kuala Kangsar.
Ada tiga kawasan bermain dan setiap kawasan berada pada penjuru tengah sawah padi dan saling berbalas tembakan.
Orang ramai seawal jam 11 malam telah membanjiri kawasan bermain meriam, gerai-gerai makanan dan minuman turut dinaikkan di sepanjang tebing sawah.
Tembakan meriam berterusan sepanjang malam tanpa henti sehinggalah solat hari raya bermula di Masjid Kampung Talang keesokannya.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 12-8-2013 07:24 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ni sume lbh pd budaya yg xde kena mengena ngan sambutan 1syawal lgsg.. nabi pun mesti heran tgk.. suruh cari ilmu smpi ke china.. ilmu meriam yg melayu carik..