CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14160|Reply: 127

[Jenayah] Berang isteri tak tolong kahwin

[Copy link]
Post time 5-8-2013 08:20 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Dia bukan sekadar menendang dan memijak isterinya selama lebih 20 minit, malah mengugut untuk menyihir dan membunuh wanita itu dalam kejadian di rumah mereka di Sungai Besi, di sini, kelmarin.
Itu amukan seorang lelaki berusia lewat 30-an yang berang apabila isterinya berusia 37 tahun enggan menyerahkan wang RM5,000 kepadanya yang mahu dijadikan belanja perkahwinan dengan wanita lain dalam kejadian jam 6 pagi.

Tidak cukup dengan itu, anak mereka berusia lapan tahun turut dipukul lelaki terbabit kerana kemahuannya tidak dipenuhi.


Tidak tahan dengan tindakan kejam suaminya itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Menurut sumber, lelaki terbabit yang juga penjawat awam dilapor merancang untuk melangsungkan perkahwinannya dengan seorang wanita selepas Aidilfitri ini namun dia tidak mempunyai wang cukup sebelum meminta daripada isterinya.

Menceritakan semula kejadian berkenaan, sumber itu berkata, selepas selesai bersahur jam 6 pagi, suspek meminta wang daripada isterinya.

“Wanita itu memberitahu suspek dia tiada wang apatah lagi RM5,000 seperti diminta,” katanya.

Sumber itu berkata, suspek kemudian memaki hamun isterinya itu sebelum mendakwa mangsa menyusahkannya kerana menyebabkannya tidak dapat berkahwin lagi.

“Ketika dimaki hamun, mangsa mendiamkan diri namun suspek gagal mengawal kemarahannya sebelum memukul wanita berkenaan.

“Mangsa bukan sekadar ditumbuk, dia juga disepak dan dipijak. Perbuatan itu dilakukannya lebih 20 minit,” katanya.

Katanya, suspek yang gagal mengawal diri turut memukul anak mereka berusia lapan tahun.

Menurutnya, suspek mengugut untuk membunuh isterinya itu sekiranya dia gagal menyediakan wang berkenaan.

“Suspek juga mendakwa akan menggunakan cara halus ataupun menyihir isterinya itu jika dia gagal berkahwin dengan kekasihnya itu,” katanya memberitahu lelaki itu hanya berhenti memukul mangsa apabila abang kandung wanita terbabit datang ke rumah.

Katanya, suspek meninggalkan rumahnya sebelum mangsa membuat laporan polis.

Dalam laporannya, mangsa mendakwa, kejadian itu bukan pertama kali berlaku sebaliknya dia dan anaknya sering dipukul suaminya itu.

Katanya, dia tidak membuat laporan polis sebelum ini kerana terlalu menyayangi lelaki itu selain mahu memberikan peluang kepada suaminya untuk berubah.

Difahamkan, mangsa cedera di seluruh badan dan kepala dan dirawat sebagai pesakit luar di sebuah hospital berhampiran.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Arasa mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2013 08:21 AM | Show all posts
sial betulla laki mcm ni....baik cerai ja...dah dia nak sangat kawin dgn perempuan lain..buat apa nak kat dia lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2013 08:23 AM | Show all posts
haish... laki jenis ape ni..

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2013 08:38 AM | Show all posts
xyah le bagi peluang kalu kaki tangan da naik ke badan
sian anak tu yang terpaksa tanggung sama

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2013 08:39 AM | Show all posts
Katanya, dia tidak membuat laporan polis sebelum ini kerana terlalu menyayangi lelaki itu selain mahu memberikan peluang kepada suaminya untuk berubah.
sapa yg bodoh???

patutla lemak jantan2 ni.........

duit tarak, ada hati nak kawen lain, lebih kejiii minta duit bini....cam #$%^
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2013 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
pompuan yg kononnya berkualiti sbb dpt kawen even dgn lelaki yg x berkualiti....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2013 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak kawin lain tp minta duit bini... mmg tak tau malu... laki dia penjawat awam kan... ini boleh dikenakan tindakan tatatertib kan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2013 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Kasik Ajer lah 5k tu.... nanti leh dpt madu, leh kongsi Suka Dan duka, dah tua2 nanti x sunyi.....:lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2013 08:45 AM | Show all posts
sendiri tak mampu nak kawin lagi buat apa

bodo punya laki
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2013 08:45 AM | Show all posts
nak sabar sbb nak tunggu sampai ke hujung nyawa?

tu laa banyak sangat tengok citer drama melayu
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2013 08:48 AM | Show all posts
geram betul dengan jantan macam ni....nak kahwin tapi mintak duit kat bini, muka tak malu....pastu kau naik kaki dan tangan belasah bini kau tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2013 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Takde duit tapi ada hati nak kawin lagi..ape punyer laki la macam nie..!!yang bini tu pulak boleh pulak sabar jer..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2013 08:54 AM | Show all posts
pergh.....suami ape ni...nak kawen dua xder duit, mintak bini pertama....mmg patut dihempap dgn batu belah batu bertangkup neh....
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2013 08:55 AM | Show all posts
sering dipukul tapi hadap jugak laki ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2013 08:57 AM | Show all posts
bakal bini kedua pun nak gak kat jantan xde duit macam ni.  haishhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2013 08:59 AM | Show all posts
hampeh giler jntan ni..
malang sungguh dpt laki sepsis mcm ni
x tau la aku klau si istri atau prempuan tu nak jugak berlakikan jntn mcm ni
1 sen x guna...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2013 09:00 AM | Show all posts
Nk kwin mintak duit kat bini

X taulah sape yg lbh bodoh .... si jantan ke si bini or si beeb yg teringinkan jantan hak org
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2013 09:01 AM | Show all posts
pempon bodo..

ni la masalah drama melayu, slalu gmbarkn pmpn melayu bodo, budak2 kecik2 tengok , dh tereducated dlm otak, bila dh kawin nnti jadila mcmni..tanak reportla, taknk rekod videola, diamkn dirila, sabarla 10,20 tahun lagi.., syurga bwh tapak somila... abis neraka bawah tapak bini ka?...

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2013 09:03 AM | Show all posts
nk kawin lain minta duit kt bini.. apakah...?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2013 09:04 AM | Show all posts
noor2 posted on 5-8-2013 08:21 AM
sial betulla laki mcm ni....baik cerai ja...dah dia nak sangat kawin dgn perempuan lain..buat apa na ...

Dh si pompuan tu kata masih sayang Noor. Nak bagi peluang la sangat sampai nyaris tak patah riuk dikerja si suami laknat tu.

Kemaruk sgt nak kawin padahal duit tarak, pastu lepaskan marah kat isteri dn anak. Laknatullah betul la jantan ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.105012 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list