CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2483|Reply: 17

[Jenayah] Edisi Kulim : Sumpah saya tak hisap

[Copy link]
Post time 4-8-2013 07:19 PM | Show all posts |Read mode
KULIM - “Jangan tangkap saya encik. Sumpah saya tak hisap dadah. Saya tak nak beraya dalam lokap nanti bapak saya marah."

Itu antara rayuan seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun sambil menangis apabila anggota polis dari Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) Ibu Pejabat Daerah Kulim (IPD) menahannya selepas ditemui bersembunyi dalam semak di ladang kelapa sawit, kira-kira jam 3 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kejadian berlaku di lampu isyarat simpang empat Taman Selasih menuju ke Jalan Simpang Empat Keladi.

Menurutnya, ketika itu beberapa anggota polis berpakaian preman dari Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) Ibu Pejabat Daerah Kulim (IPD) sedang menunggu lampu isyarat bertukar hijau.

“Tiba-tiba suspek yang menunggang motosikal Honda EX5 dilihat datang dalam keadaan laju dan tidak memakai topi keledar menunggang dalam keadaan terhuyung hayang sebelum memecut laju ke arah Taman Semarak.

Polis berada di lokasi kejadian kemudiannya memburu suspek bagaimanapun dia berjaya melarikan diri ke Taman Selasih.

"Polis terus memburunya sehingga ke Jalan 5 Taman Selasih sebelum membelok masuk ke Taman Rhu dan suspek cuba melarikan diri dengan memasuki ladang kelapa sawit. Bagaimanapun suspek berjaya ditahan apabila polis menemuinya sedang menyorok dalam semak,” katanya.

Menurutnya, dari pemeriksaan dibuat mendapati suspek pernah ditahan polis sebelum ini dan masih dalam pengawasan pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Suspek kemudiannya dibawa ke IPD Kulim diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik untuk menjalani ujian air kencing sebelum polis mendapatinya positif morfin.

Difahamkan, suspek akan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Merbahaya kerana memasukkan dadah dalam badan.

Ghuzlan mengingatkan kepada semua ibu bapa supaya sentiasa mengawasi anak-anak dan jangan sesekali membiarkan mereka berpelesiran.

Katanya, sehingga kini ramai kalangan remaja Melayu terlibat dalam  penyalahgunaan dan penagihan dadah.

Menurutnya, sekiranya permasalahan itu tidak diberi tumpuan, ia boleh mengakibatkan lebih ramai kalangan mereka akan terlibat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2013 07:22 PM | Show all posts
umur 16 tahun dah merosakkan diri
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2013 07:24 PM | Show all posts
lain kali belajar hisap dadah dari budak MRSM, SBP, U.

baru tak kantoi.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2013 07:35 PM | Show all posts
KULIM - “Jangan tangkap saya encik. Sumpah saya tak hisap dadah. Saya tak nak beraya dalam lokap nanti bapak saya marah."


aku tak tau nk gelak ke tak bc statement nih. takut bapak rupenye
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2013 07:49 PM | Show all posts
Aku pulak konpius dgn statement dia....dia takut bapak dia marah beraya dlm lokap ke takut bapak marah dia hisap dadah..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2013 09:05 PM | Show all posts
mana la larat mak ayah nak pantau anak2 musibat camginih...takkan nak tambat kat tiang pulak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2013 09:09 PM | Show all posts
jangan bapaknya datang marah polis tangkap anaknya sudah
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2013 09:11 PM | Show all posts
haih mudah ye terpengaruh menda2 mcm nih... kesian anak2 muda skrg.. apa la punca mereka jadi begini..
hurmm.. sayu hati aku baca nasib mereka nih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2013 07:50 AM | Show all posts
Katanya, sehingga kini ramai kalangan remaja Melayu terlibat dalam  penyalahgunaan dan penagihan dadah.


ini yang menyedihkan ....
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2013 08:04 AM | Show all posts
menyesal kemudain tak berguna......
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2013 08:40 AM | Show all posts
apa kata zul nordin kulim.. Last edited by md.jie on 5-8-2013 08:48 AM

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2013 08:46 AM | Show all posts
fieyzha posted on 4-8-2013 09:11 PM
haih mudah ye terpengaruh menda2 mcm nih... kesian anak2 muda skrg.. apa la punca mereka jadi begini ...

pengaruh rakan sebaya
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2013 08:46 AM | Show all posts
kan tak pasal2 beraya dalam lokap........
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2013 08:52 AM | Show all posts
diharapkan mak bapak dia tak saman polis yang tangkap budak tu....
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2013 08:53 AM | Show all posts
budak2 ni....haihhh kecik2 hisap dadah gune duit belanje sekolah

dah besor nnt jadik la pencuri atau peragut... Malaysia2....
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2013 09:24 AM | Show all posts
annehuda posted on 4-8-2013 07:35 PM
aku tak tau nk gelak ke tak bc statement nih. takut bapak rupenye

aku gelak jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2013 09:32 AM | Show all posts
kalau xbesalah watper nk sembunyi dalam semak dik oiiii heheheh
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2013 12:02 AM | Show all posts
xdielzx posted on 5-8-2013 08:46 AM
pengaruh rakan sebaya

antara punca yang femes jugak lah tuh...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.057428 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list