CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 22976|Reply: 79

Pelakon baru MIG, Azwan Kombos

[Copy link]
Post time 1-8-2013 09:17 AM | Show all posts |Read mode
Semalam boring2, iols bukak tv, tengok ada cerita Dewi Lasak, iols layan je la.. tiba2 ternampak mamat ni..bagi iols boleh tahan rupa dia, lakonan pon best.. so tadi iols risik2 pasal artis ni, nama dia Azwan Kombos, artis baru MIG, produk ASWARA, boyfriend Nad Zainal. Tengok kat forum ni tak de lagi thread pasal dia, so iols beranikan diri untuk bukak..tolong jangan marah kalau rasa thread ni sendu



PELAKON baharu yang meningkat naik di persada seni menerusi filem Lu Fikirlah Sendiri dan Belukar ini tidak melihat paras rupa sebagai aset utama untuk dirinya berkecimpung dalam bidang seni.

Bekas pelajar Akademi Seni Kebangsaan (Aswara) ini bagaimanapun mempertaruhkan bakat semula jadi yang dimiliki dengan membintangi beberapa drama seperti Gadis Semasa Sunsilk.


Mohd. Al Azwan Kombos yang lebih dikenali sebagai Azwan Kombos, 28, yang ditemui di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini mengakui, sebagai pendatang baharu, dia mahu belajar banyak benda menerusi dunia hiburan.

Justeru, dia menerima apa sahaja rezeki dan merebut peluang yang ada untuk karier yang perlu dibina dari bawah.

Kosmo! berbicara dengan anak muda tersebut yang turut bercakap tentang hubungan cintanya bersama pelakon Nad Zainal serta pandangannya terhadap gosip dalam dunia hiburan tempatan.


Kosmo!: Apakah perkembangan terkini Azwan selain daripada terbabit dalam drama bersiri Dewi Lasak?

AZWAN KOMBOS: Saya sedang sibuk berlakon dalam filem terbaharu MIG iaitu Nasi Kangkang arahan Pierre Andre. Kami baru sahaja memulakan penggambaran, jadi buat masa ini saya agak sibuk fokus kepada filem ini.

Banyak spekulasi bahawa anda merupakan kekasih Nad Zainal. Adakah ia benar dan mengapakah kalian berdua merahsiakan hubungan percintaan ini?

Saya tidak pernah merahsiakan apa-apa (hubungan cinta), malah Nad juga tidak kisah mana-mana pihak yang mengetahui hubungan kami.

Sekiranya ditanya, saya menjawab ya, saya kekasihnya. Bagi saya, tidak perlulah merahsiakan apa-apa.

Apakah reaksi anda apabila mengetahui gosip bahawa Nad dan aktor Shah Iskandar bercinta?

Saya sangat mengenali Nad. Hubungan kami sekarang sudah mencecah dua tahun. Jujurnya, saya memang ada bertanya kepadanya tentang gosip yang mengaitkan dia dengan Shah Iskandar itu.

Bagaimanapun, Nad membalas dengan mengatakan yang saya lebih mengenali dirinya. Oleh sebab itu, saya tidak percaya kepada gosip.

Saya tidak kisah dan faham Nad serta Shah Iskandar rapat kerana urusan kerja dan tidak ada hubungan istimewa. Saya perlu positif dalam pelbagai aspek kerana kami berada dalam industri yang sama.

Adakah kalian pernah berlakon bersama dalam satu produksi?

Saya dan Nad pernah berlakon bersama dalam satu produksi yang sama iaitu Gadis Semasa Sunsilk, namun saya lebih selesa menjadi kekasihnya kerana saya agak kekok bersama dan tidak ada kimia untuk berlakon bersama. Namun, apabila kami bersama, sememangnya kimia antara kami tetap ada.

Adakah kalian mempunyai perancangan untuk membawa hubungan ke peringkat yang seterusnya?

Ya, sebagai pasangan bercinta, kami memang mempunyai perancangan. Cuma saya tidak meletakkan sasaran itu bila kerana saya serahkan semua kepada jodoh. Saya dan Nad pernah berjumpa keluarga masing-masing.

Bagaimanapun, buat masa sekarang ini, kami sedang sibuk dengan karier. Kami pernah berbincang berkenaan hal ini (berkahwin). Jika panjang jodoh kami, insya-Allah. Minta doakan yang terbaik buat kami.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0709&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm#ixzz2afxkGA97
Hakcipta terpelihara


Last edited by KarinaKapur on 1-8-2013 10:32 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2013 09:19 AM | Show all posts
oh ni la pakwe nad zainal.... apasal nama mcm baja kompos kemahiran hidup tingkatan 1 ney?
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 09:20 AM | Show all posts
banyaknye thread pelakon baru...xsempat nak kejar...xde la rembes sangat pon, xlayak dibuka thread..kih kih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2013 09:20 AM | Show all posts



















Last edited by KarinaKapur on 1-8-2013 09:24 AM

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 09:22 AM | Show all posts
ok gak dia ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2013 09:25 AM | Show all posts
ainiz81 posted on 1-8-2013 09:22 AM
ok gak dia ni

ok kan kak ainiz.. sbb skrg ramai pelakon lelaki yg muka jambu macam hadek hadek sangat.. dia ni berlakon jadi cikgu taekwando..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-8-2013 09:28 AM | Show all posts




Dia under MIG tapi terang-terangan mengaku bercinta dgn Nad..artis lain tu kenapa cakap david teoh tak bagi bercinta..










Last edited by KarinaKapur on 1-8-2013 09:30 AM

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 09:29 AM | Show all posts
KarinaKapur posted on 1-8-2013 09:25 AM
ok kan kak ainiz.. sbb skrg ramai pelakon lelaki yg muka jambu macam hadek hadek sangat.. dia ni b ...

haah kak pasan smlm..ala2 kiut gak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2013 09:31 AM | Show all posts
cantik nya diana amir
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2013 09:32 AM | Show all posts
ainiz81 posted on 1-8-2013 09:29 AM
haah kak pasan smlm..ala2 kiut gak

kiut tapi x macam bengkang bengkok kan..tu yg best..susah nak jumpa pelakon camni dah skrg.. hahaha


Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 09:32 AM | Show all posts
citer ni ok la aku suka
takde lah bodo sangat cam citer2 melayu lain
walopun banyak pelakon baru

aku suka tgk si mamat kpop selenga tu
rasa cam nak sekeh2 je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2013 09:35 AM | Show all posts
setankuning posted on 1-8-2013 09:32 AM
citer ni ok la aku suka
takde lah bodo sangat cam citer2 melayu lain
walopun banyak pelakon baru

ha! exactly! tak pernah kot aku layan slot2 aksi ni..tapi semalam macam kelakar pulak cerita ni..yg mamat kpop tu pon ntah papa..hahaha not bad la cerita ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2013 09:35 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 09:37 AM | Show all posts
pakwetizzaqyah posted on 1-8-2013 09:19 AM
oh ni la pakwe nad zainal.... apasal nama mcm baja kompos kemahiran hidup tingkatan 1 ney?

x silap aku, sabahan dia nie
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 09:39 AM | Show all posts
kejap ok kejap tak. tengok angle kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2013 09:40 AM | Show all posts
sekel posted on 1-8-2013 09:37 AM
x silap aku, sabahan dia nie

ha'ah kota belud..tu berdasarkan facebook dia la...hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2013 09:44 AM | Show all posts
suka tgk dia dgn gf si nad tuh....comeyy
semoga kahwin la korng berdua yer....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2013 09:44 AM | Show all posts
macam sayang sungguh kat nad zainal ni..arghh jeles

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2013 09:50 AM | Show all posts
Xizhuren posted on 1-8-2013 09:44 AM
suka tgk dia dgn gf si nad tuh....comeyy
semoga kahwin la korng berdua yer....

nampak sepadan kan sbb dua2 nampak kecik je..haha
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 10:01 AM | Show all posts
lawak pulak ayat dia bab kimia2 tu...
kalu paper tulis direct jer xde chemistry kan sedap skit bunyinya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.077420 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list